Hari pertama jalani diet peribadi

Hari pertama jalani diet peribadi tidaklah begitu ketat dan rigid. Namun saya berusaha untuk mencapai sasaran atas 80 peratus.

Pada 1 Jun 2023 merupakan hari pertama saya jalani diet peribadi.

Sarapan pada paginya saya minum kopi o tanpa gula.

Sedap juga tetapi jika ditambah gula dan kreamer mestilah lebih sedap.

Selain itu ada telur separuh masak bersama dua keping roti wholemeal yang disapu mentega kacang.

Jalani diet peribadi

Jalani diet peribadi

Memandangkan masih berbaki pisang embun, saya hiris halus dan letak bersama roti tadi.

Alhamdulillah saya rasa kenyang sehingga tengah hari.

Semasa makan tengah hari pula, saya mengambil sedikit nasi dari beras Basmati, lauk sotong dan sayur cangkuk manis campur telur.

WAJIB BACA :   Senaman jalan kaki bakar kalori

Oh ya, masakan kami sekeluarga sangat sedikit menggunakan minyak masak.

Minyak masak yang berkuantiti 1 liter berbulan-bulan baru habis.

Kalau masakan banyak berminyak tentu saya paling kuat membebel seperti lagu rap zaman dulu-dulu.

Pada petangnya plan untuk gym.

Jalani diet peribadi

Namun demam selsema pulak menyerang.

Hidung sentiasa basah dengan mukus.

Bersin pula tidak berhenti-henti.

Plan tidak menjadi dan sedikit rasa terkilan.

Program fitness tertangguh sehari.

Akibatnya saya ada masa lapang.

Masa lapang begini saya gunakan untuk makan lagi sebagai minum petang pada pukul 5.00pm.

Menu agak berat juga.

Saya ambil buah nanas, dua keping roti wholemeal dan sesenduk bihun goreng.

Nasib baik bihun goreng yang dimasak orang rumah kurang berminyak, kurang masin dan kurang pedas.

WAJIB BACA :   Manfaat makan kismis setiap hari...ada 5 manfaat tapi nombor 5 paling gempak

Dapatlah saya makan kerana ia menepati selera saya sejak dari dulu lagi.

Sebelah malam pula seusai pulang dari masjid, saya makan lagi.

Jam sudah menunjukkan 8.30pm.

Saya dalam dilema, nak makan atau nak lapar.

Saya mengambil keputusan untuk makan ala kadar sebagai alas perut.

Saya ambik bihun goreng separuh senduk dan dua telur mata kerbau yang digoreng dengan minyak paling sedikit.

Silap saya juga kerana terlupa untuk membeli olive oil sehari sebelum program diet bermula.

Saya minum air kosong saja.

Biasa air milo kosong atau kopi tiga dalam satu.

Beberapa jam selepas itu saya masuk tidur.

Jalani diet peribadi

Ingat hanya tidur lepas dua jam waktu makan.

WAJIB BACA :   3 bahan terlarang untuk diet peribadi

Secara keseluruhan, saya berjaya pada hari pertama untuk jalani diet peribadi.

Saya potong gula, kurangkan makanan berminyak dan elakkan makanan yang bertepung atau makanan proses.

Ia bukanlah perkara mengejut kerana saya sudahpun menjalani diet begini beberapa tahun kebelakangan ini.

Cuma pada diet peribadi yang bermula pada Jun 2023 hingga Disember 2023 lebih baik daripada kebiasaan.

Alhamdulillah.

Semoga ada manfaat juga untuk anda.

Nota kaki:

Tiada ambik gambar sebenar kerana tiada plan untuk buat konten pasal perkembangan  jalani diet peribadi ini.

Harap maaf dan harap maklum.

Comments 32

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge