Berapa kandungan air dalam badan ? Jawapan terungkai di sini

kandungan air dalam badan

Sewaktu menulis satu artikel sebelum ini, saya tertanya-tanya berapa kandungan air dalam badan ? Sehinggalah beberapa hari kemudian, baharulah saya menemui jawapannya.

Kesempatan itu juga saya gunakan untuk menulis artikel lagi berkaitan air dan kesihatan.

Kandungan air dalam badan

kandungan air dalam badan

Jawapan tersebut daripada seorang Pegawai Perubatan Hospital Pakar KPJ Rawang, Dr. Nor Liyana Khairuddin melalui satu artikel  ‘Apa jadi bila air kurang dalam badan’. 

Ternyata kandungan air dalam badan adalah 70 peratus.

Bayangkan hanya 30 peratus yang lain-lainnya..

Dr Nor Liyana menyatakan juga tanpa air yang mencukupi badan akan menghadapi implikasi negatif.

Tanda-tanda awal badan kekurangan air seperti letih, tidak bermaya, sakit kepala, sakit otot, sembelit dan kulit yang kering

Kita akan mengalami tekanan darah rendah, demam, sawan dan pengsan serta mengalami kerosakan buah pinggang sekiranya kekurangan air melampau iaitu terhidrasi.

Fakta ini menyokong penulisan saya sebelum ini yang bertajuk Ketahui 5 punca buah pinggang rosak…yang terakhir paling bahaya !

Secara semula jadinya kandungan air dalam badan berkurangan melalui perkumuhan, pernafasan dan berpeluh.

Atas sebab demikian orang yang berpuasa tidak digalakkan untuk bersenam berat sehingga berpeluh terlalu banyak.

Menurut Dr Nor Liyana lagi, kita digalakkan mengambil kuantiti air yang mencukupi bergantung kepada jantina, usia, cara hidup dan tahap kesihatan.

Laporan Institute of Medicine menyatakan lelaki perlu minum 3.5 liter manakala wanita pula sekitar 2.5 liter sehari.

Air ini mungkin dari sumber makanan atau minuman yang kita ambil.

Mungkin ada yang bertanya apakah air terbaik untuk diminum.

Air kosong sifatnya kosong kalori.

Ia cukup bagus untuk kesihatan berbanding air teh atau kopi atau air sirap yang manis-manis.

Oleh itu air yang terbaik sudah semestinya air mineral.

Walaupun kita tahu kebanyakan kita suka beli air bukan mineral kerana harganya lebih murah.

Sejujurnya saya lebih suka membeli air mineral kerana khasiatnya walaupun harganya lebih mahal dari air bukan mineral.

Sebagai ahli perniagaan netcommerce yang memfokuskan kesihatan sudah tentu saya menghargai nikmat sihat pada tempat paling wajar.

Saya mengaku suka minum  susu halia hitam lepas berbuka puasa.

Selain rasanya yang sangat sedap dan nikmatnya tidak terkata.

Saya yakin minum air yang berkhasiat bukan sahaja mencukupkan kandungan air dalam badan malah memastikan kesihatan sentiasa terpelihara.

Cuma jangan minum air berlebihan terutama kepada mereka yang menghadapi komplikasi penyakit jantung dan buah pinggang.

Menurut Dr Nor Fadhlina Zakaria, seorang Pensyarah dan Pakar Perunding Nefrologi, Jabatan Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), memperingatkan minum air melebihi keperluan akan menyebabkan kegagalan organ berfungsi.

Boleh rujuk dalam artikel ‘Minum air secukupnya.’

Kesimpulan

Kandungan air dalam badan biar mencukupi.

Jangan berlebihan dan jangan berkurangan.

Sederhana itu adalah indikator terbaik dan paras keseimbangan ideal untuk kesihatan badan.

Akhir kata moga kita semua sihat sepanjang hayat.

Teruskan ke bacaan artikel ini pula :

Jom tulis 10 perkara pembakar semangat …wajib buat untuk berjaya

Artikel berkaitan

12 thoughts on “Berapa kandungan air dalam badan ? Jawapan terungkai di sini

  1. Kalau sudah terbiasa minum 2.5 liter air, berasa sekali saat kurang minum dari itu. Saya kebetulan dari high school memang banyak minum air mineral, karena dulu sering batuk. Tapi sejak rutin minum sesuai jam nya, dan mencukupi jumlah airnya buat tubuh, jadi sangat jarang batuk. Jadi memanglah harus dibiasakan minum sesuai yg dibutuhkan.

    Bagus memang pakai jam yg mengingatkan kapan waktunya harus minum lagi
    fanny_dcatqueen recently posted…Oleh: Fanny Fristhika NilaMy Profile

  2. Harus banget air tercukupi, apalagi selama Ramadan ini dengan mengatur pola minum yang baik pada malam hari, agar tak dehidrasi pada siang harinya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge