Punca buah pinggang rosak ramai sudah sedia maklumi. Bahkan sebelum ini saya ada berkongsi perkara yang sama dalam blog ini.
Boleh baca artikel ini : 3 punca penyakit buah pinggang…nak selamat wajib baca info ini !
Namun pada kesempatan ini, saya masih juga mahu berkongsi punca buah pinggang rosak agar menjadi peringatan diri sendiri dan pembaca yang lainnya.
Saya berpegang dan percaya kepada prinsip ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’.
Kesihatan itu nikmat yang hebat berbanding nikmat yang lainnya. Cuma nikmat iman letaknya paling atas.
Hanya kesedaran sahaja yang boleh mengubah diri kita sama ada untuk kekal sihat atau sebaliknya.
Berikut adalah penyebab dan punca buah pinggang rosak berdasarkan informasi yang saya ubah suai berdasarkan portal ini.
Table of Contents
Punca buah pinggang rosak
Pertama: Gaya hidup tidak sihat
Kesan gaya hidup tidak sihat tentulah berat badan berlebihan dan kurang senaman yang mengeluarkan peluh.
Obesiti mengundang pelbagai penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, penyakit buah pinggang dan seangkatan dengannya.
Boleh baca tentang obesiti dengan lebih lanjut dalam artikel : Ulasan buku: Gaya hidup sihat mengatasi obesiti
Kedua: Pengambilan makanan kurang sihat
Pakej makanan kurang sihat merangkumi bahan protein, gula, garam, minyak masakan, lemak tepu, makanan segera dan bahan pengawet terlampau banyak.
Apa-apapun perkara jika berlebihan boleh membawa kemudaratan.
Ketiga: Tidak melakukan pemeriksaan kesihatan berkala
Bagi mereka yang sudah berumur 45 tahun ke atas, wajib buat medical check up dua kali setahun.
Kaedah ini sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengesan tanda-tanda penyakit dalam badan.
Tambahan pula penyakit buah pinggang sukar dikesan pada gejala awal.
Keempat : Pengambilan jamu, suplimen dan vitamin berlebihan
Bahan tersebut memaksa buah pinggang memproses lebih keras jika diambil tanpa pengawasan doktor atau mereka yang bertauliah.
Pengguna suplimen wajar meneliti kelulusan KKM.sebelum mengamalkannya.
Info tambahan: Suplimen halia hitam VR4 lulus KKM dan ada pengesahan halal.
Kelima: Kurang minum air
Nampak macam remeh tetapi tanpa sedar kekurangan minum air menyebabkan buah pinggang boleh rosak.
Air berfungsi untuk membersihkan kekotoran dalam darah melalui pembuangan air kecil.
Sebaiknya minum air kosong seperti air mineral atau beralkali.
Kesimpulan
Punca rosak buah pinggang boleh terjadi jika lima perkara yang saya sebut di atas dilakukan.
Marilah kita bersama-sama menghindarkannya daripada menimpa kepada diri sendiri mahu pun kepada ahli keluarga.
Kalau bukan sekarang, inilah masa terbaik untuk mengubahnya.
Permulaan memang sukar tetapi kesukaran pasti tidak terasa apabila sudah biasa.
Jom selamatkan buah pinggang untuk kesihatan sepanjang hayat.
Apa kata teruskan bacaan ke artikel ini pula :
Cara dapat duit dari bisnes netcommerce [ edisi kemas kini ]
- Kemas kini 15/8/22
penah baca 1 artikel katanya pengambilan produk pemutih kulit jg boleh menyumbang kepada kerosakan buah pinggang. yg terbaru, sbb nak nampak cantik ada yg buat drip utk putih kan kulit dan akhirnya merana. kena buat dialisis semggu 3 kali
saya juga ada dengar dan itulah risiko mau cantik tetapi cara yang tidak betul
Salah satu yang kadang kurang diperhatikan itu adalah asupan air minum. Terlihat sepele, ternyata efeknya sangat fatal, ya, sampai bisa ke pinggang juga. Terima kasih abang untuk reminder-nya
ya…sama-sama kita buat peringatan.
moga kita semua selamat dan sihat
Kalo di Indonesia di sebut ginjal. Sejak ada keluarga yg terkena sakit ini, sayapun jadi tak berani menyepelekan air minum. Kurangi manis pastinya, dan tetep air mineral harus habis sesuai porsi yg dibutuhkan. Sengaja beli tempat air 2.5 liter yg saya isi tiap pagi. Dan malam itu harus habis. Jadi bisa tahu kalo kebutuhan air sudah tercukupi
fanny_dcatqueen recently posted…Oleh: Fanny Fristhika Nila
Kesedaran begini yang kita mahukan kerana bila sakit betapa tahu nilainya sihat
tq mr h for sharing..
mamapp recently posted…Resepi Biskut Tart Nenas Lejen Mak Mertua
ya…semoga kita semua dapat manfaatnyta