Saya akui kerjaya Blogger tak kejar glamer. Dalam pengetahuan masyarakat umum kerjaya seorang blogger bukan sesuatu yang istimewa.
Ia tidak sebagaimana profesional yang lain.Blogger hanya penulis blog dan menulis idea,informasi dan ilmu melalui blog masing-masing.
Blogger bukan kerjaya glamer. Meskipun nama mereka dan jenama blog mereka boleh menjadi viral di media sosial.
Masyarakat umum masih meletakkan blogger seperti insan biasa yang hampir sama dengan mereka. Kita tak boleh salahkan mereka. Itu hak masing-masing.
Blog adalah wadah dan sumber maklumat.Blog adalah aset harta intelek bagi blogger. Blog yang disayangi ramai ialah blog yang sarat dengan maklumat yang berfungsi menyelesaikan masalah.
Sebab itu penulisan blog yang mempunyai niche kesihatan,masakan dan pelancongan menjadi tumpuan. Kata kunci dalam blog menjadi buruan sepanjang masa.
Dalam pada itu tidak ramai yang tahu bagaimana sisi gelap kehidupan sseorang blogger.Ada yang sanggup bersengkang mata untuk berkarya.
Tak kurang juga ada yang sanggup ke sana ke mari mengejar event untuk bahan penulisan mereka.Mereka juga rela berhabisan duit kerana blog.
Namun tujuan blogger bukan nak kejar glamer.Mereka buat kerana mereka suka menulis dan suka berkongsi informasi untuk orang lain.
Atas usaha dan jerih payah akhirnya mereka mendapat habuan berbentuk pendapatan melalui event,advertorial,affiliate dan pengiklanan.
Blogger boleh buat duit senyap-senyap. Blogger tak perlu glamer untuk mencipta nama. Blogger sudah cukup dihargai jika ilmu dan informasi memberi manfaat kepada orang lain.
Sebab itu ada blogger yang sanggup melabur wang dan masa untuk membina blog Buku Online.
Pendapat ini sekadar luahan hati blogger ini yang telah mengabdikan diri dalam dunia blogging sejak 3 tahun yang lalu.Jangan ditanya apa yang saya dapat sebaliknya tanyalah apa yang pembaca dapat setelah pembaca mengikuti penulisan saya sebelum ini.
Saya tidak mengharapkan glamer.Saya mengharapkan agar saya terus diberi semangat dan kekuatan untuk terus menulis blog.Tak glamer pun tak apa janji kepuasan jiwa itu kian terasa.
Malah sepanjang menjadi blogger saya telah membina jaringan dengan rakan –rakan blogger yang sealiran.
Mereka sangat komited dan sehingga kini masih aktif menulis blog tanpa walaupun tak la glamer mana.
Namun tidak wajar saya sebutkan satu persatu.Biar nama mereka kekal mekar dalam jiwa dan terpahat kukuh dalam minda saya.
*Kemaskini 13 Julai 2020
Kalau saya bukan nak kerja glamour tapi memang minat sangat nak menulis walaupun merapu
kita geng la macam nie..minat punya pasal dah 3 tahun menulis dan terus menulis
patutnya bagi bunga sejambak dua. hahahaha
merapu kejap.
kalau kerjaya blogger menguntungkan, dah lama yeop tinggalkan kerjaya yeop sekarang. ye betul tu, nak menulis bukan mudah. mcm nak melawak atau membina menara mengikut kehendak orang.
he..he..tahu tak pe..
jadi blogger adalah seperti pengamen di jalanan..dia menghiburkan orang tetapi belum tentu terhibur jika perut kosong dan keperluan hidup tak mencukupi..
Memang betul tu MrHanfi, saya pun tulis blog sekadar berkongsi ilmu apa yang ada dalam diri ini. Jauh sekali mengejar glamer. Sesekali ada membuat bisnes online tapi sampai sekarang masih terkial-kial mencari arah.
Banyak lagi kena belajar sebelum dikongsi pengalaman yang ada untuk tatapan orang lain.
Namun belajar dan terus belajar selagi masin bernyawa dan dikongsi buat rujukan pembaca lain yang perlukan maklumat.
sensasi2020 recently posted…Apa Itu Vemma?
bro sebenarnya dah berjaya kuasai ilmu SEO..saya masih terkapai-kapai lagi nie.
Sy pun lebih dah 3 tahun
Cuma fokus utk perniagaan shj.iaitu shaklee
Now dah tahu siki2 pasal blogger
tahniah kerana ada peningkatan dalam ilmu blogging..belajar itu proses berterusan.
Setuju. Sebab ambe sendiri pun tak pikir ke arah glemores dalam berblog. Yang penting ambe puas lepas siapkan satu entry. Pasal komisen dari blog, itu hanyalah bonus untuk kuatkan semangat shj. Bukan priority pun.
ada income dari blog boleh menambahkan glamer juga tu..
Oh…yaka…hahah. Kalau income byk mungkin kot. Sikit-sikit tak rasa apa-apa lagi. Hehehehe….
betul tu..kalau banyak ada yang rasa bangga pulak
Ada juga yang berblogging ni sebab nak cari glemer..masing-masing punya niat dan tujuan kan MH
Noriza Rahman recently posted…Antioksidan Bertindak Mencegah Anti Penuaan Kulit Pramatang?
tak pelah macam tu..blogger itu hak masing-masing
blogger lebih kepada berkongsi info untuk manfaat semua pihak.
*mungkin.. 🙂
memberi manfaat itu ada pahala bro..
Yup, setuju! Cuma kita terkesan, bila ada blogger yg create blog semata-mata mencari glamer dgn meletakkan berita2 gosip yg tidak tahu asal usulnya. Juga blogger2 yg bermotifkan politik sebelah pihak dgn memburuk2kan pihak yg lain…
dah dasar manusia..nak cakap pun susahkan..
Tak suka dengan sebahagian blogger yang hanya menjadi blogger dengan mengumbar cerita sensasi dan menangguk di air keruh.
sebab itu kita tak nak jadi macam mereka
Saya peniaga bukan blogger. Blog tolong saya dapatkan pembeli untuk datang ke laman web. Tak glamor pun tak apa asal dapat customer.
he..he..rasa-rasanya selagi dia dah tulis blog maka dia dah digelar blogger
nak jadi glemer sampai masuk tv tuh takla.. cukuplah sekadar dikenali diruang online…
zik recently posted…Cara nak buat duit dengan google adsense
rasanya bro memang dah dikenali dalam dunia online..
biasalah tu..jalan pintas untuk berjaya
duit dan kemahiran macam best je..
Ya mrhanafi, tekankan kepada duit (maksudnya artikel bermutu) dan kemahiran supaya masa dan juga proses pembelajaran yang dilakukan ini memberi manfaat. Kebaikan yang disebarkan akan kembali kepada kita semula dan manfaat pembaca secara umum.
Adi Azudin recently posted…Permohonan Google AdSense
ho..ho..betul tuan..hasil penulisan berkualiti menarik trafik yang tinggi..
Cita-cita saya nak jadi penulis blog underground yang income 4 -5 angka setiap bulan 😀
Tak glemer dan tak famos pun tak apa hik3
betul tu bro..duit masyuk yang paling penting..glamer tapi tak de duit tak guna juga