5 cara tarik line telefon supaya dapat internet laju

Cara tarik line telefon ini dilakukan supaya signal internet laju, pantas dan puas hati. Ia amat berbaloi untuk dicuba oleh mereka yang sering alami line siput babi.

Setakat ini saya masih mencuba cara tersebut sebelum dibuktikan pada masa yang sesuai.

Informasi ini saya rujuk dengan beberapa artikel yang berkaitan seperti blog The Rohani dan Ithmm.com.

Tentu beruntung mereka tinggal di kawasan yang mempunyai signal internet laju. Mungkin di bandar metropolitan atau bandar yang serba maju.

Setakat ini saya belum lagi menggunakan fiber optik yang berkelajuan 1Gbps atau 100Mbps ataupun 30Mbps di tempat kediaman.

Pengalaman terlaju guna line signal telefon cuma pada 18Mbps.

WAJIB BACA :   Sarawak Kini Dilanda Musim Landas

Itupun saya anggap sangat laju dan hebat.

Kebiasaannya saya guna 3Mbps, 6Mbps dan kelajuan asas internet.

Persoalannya bagaimana untuk dapat tahu kelajuan internet begini.

Disyorkan guna  aplikasi Open Signal.

Aplikasi ini boleh dimuat turun menggunakan Play Store di sistem telefon Android.

Selain menggunakan aplikasi, kita boleh juga mengetahui signal line telefon  menggunakan cara di bawah :

Setting -> About Phone -> status -> SIM Status

Bagaimanapun lain-lain telefon berbeza cara untuk mengetahuinya.

Jika anda mendapati signal yang rendah angka itu yang terbaik dan laju.

Jika didapati angka tinggi, itu maksudnya line telefon anda kurang baik
Lihat contoh di bawah :

Atas -111dBm = tidak begitu baik

Bawah -70 DBm = line yang laju

Sekiranya mendapati line telefon anda perlahan apa kita cuba cara tarik line telefon supaya lebih laju dan pantas.

WAJIB BACA :   Pengalaman guna modem Olax AX5 Pro

Cara tarik line telefon

cara tarik line telefon

Cara 1: Clear cache pada setiap aplikasi yang ada dalam telefon. Cache ini memberatkan memori telefon juga.

Cara 2: Pilih setting internet pada telefon untuk menerima isyarat 4G dan ke atas sahaja. Jangan pilih automatik kerana isyarat boleh jatuh ke 2G dan 3G.

Cara 3: Uninstall aplikasi yang tidak digunakan. Aplikasi ini tanpa kita sedar tarik signal internet menyebabkan telefon hadapi beban yang tinggi.

Cara 4: Muat turun aplikasi booster internet di Play Store. Buat pengetahuan saya baru cuba muat turun HSPA+ Optimizer dan Internet Optimization

Cara 5: Buat factory reset. Inilah langkah terakhir sebagai cara tarik line telefon supaya laju dan pantas. Sebelum ini pastikan segala data penting disandarkan dulu pada tempat yang selamat.

WAJIB BACA :   Bersembang dengan ChatGPT tentang isu AI

Kesimpulan

Cara tarik line telefon ini penting dicuba supaya kita dapat signal internet laju dan menyelesaikan masalah berkaitan dan seangkatan.

Perlu juga ingat tahap keberkesananya bergantung kepada penyedia perkhidmatan komunikasi (telco) yang anda guna.

Ada yang bersifat luar kawal.

Sebagai langkah alternatif gunalah pelbagai penyedia telco.

Sungguhpun tidak praktikal ia kadang kala amat membantu  saya sebagai ahli perniagaan netcommorce.yang perlu kemas kini portal Volten Power.

6 thoughts on “5 cara tarik line telefon supaya dapat internet laju”

Leave a comment

CommentLuv badge