Saya selalu bersembang dengan ChatGPT. Baru-baru ini saya bersembang tentang kecerdasan buatan (AI).
Saya tanya dan ChatGPT jawab. Soalan saya sama dengan Illuminasi tapi nak tengok adakah jawapan sama diberikan.
Tujuan saya cuma untuk menguji ChatGPT.
Bersembang dengan ChatGPT
Pendahuluan 😣
Saya : Beritahu saya apa benda ChatGPT dalam bahasa Malaysia ?
ChatGPT : ChatGPT adalah sebuah model bahasa yang dibangunkan oleh OpenAI. Ia menggunakan kecerdasan buatan untuk berinteraksi dan memberikan maklum balas kepada pengguna seperti anda. ChatGPT dilatih menggunakan banyak data dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Malaysia untuk membantu menjawab soalan, memberikan nasihat, atau berbincang mengenai pelbagai topik. Saya di sini untuk membantu anda, jadi sila beritahu saya apa yang boleh saya bantu.
Saya : teruskan..
ChatGPT: Tentulah! Saya di sini untuk membantu. Anda boleh bertanya soalan atau berkongsi maklumat tentang topik apa pun yang anda minati, seperti sains, teknologi, sukan, hiburan, atau sebarang perkara lain yang ingin anda ketahui. Saya akan cuba memberikan jawapan dan maklum balas yang terbaik berdasarkan pengetahuan saya. Jadi, ada apa yang ingin anda ketahui atau bincangkan?
Saya : Boleh saya tanya beberapa soalan khusus berkenaan AI (Artificial Intelligence ) ?
ChatCPT: Tentu, saya dengan senang hati akan menjawab soalan-soalan anda berkenaan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence). Sila beritahu saya soalan-soalan anda, dan saya akan mencuba memberikan maklumat yang sesuai.
Saya: Bagaimana manusia boleh digantikan oleh AI ?
ChatGPT: Pertanyaan tentang penggantian manusia oleh kecerdasan buatan (AI) adalah topik yang kompleks dan dapat menimbulkan banyak sudut pandang. Di sini ada beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan:
Automasi: AI dapat digunakan untuk mengotomatiskan tugas-tugas yang berulang dan berprediksi, yang sebelumnya dilakukan oleh manusia. Misalnya, dalam industri pengelolaan stok, robot dapat digunakan untuk menggantikan pekerja manusia dalam proses penyortiran dan pengemasan.
Peningkatan Efisiensi: AI dapat bekerja lebih cepat dan dengan ketelitian yang tinggi dalam tugas-tugas tertentu. Dalam beberapa kasus, penggunaan AI dapat meningkatkan efisiensi dan produktivitas, yang pada akhirnya dapat mengarah pada pengurangan kebutuhan tenaga kerja manusia.
Kemajuan Teknologi: Perkembangan AI terus berlanjut dan mencapai tingkat yang semakin canggih. Dalam beberapa situasi, AI mungkin dapat menyelesaikan tugas-tugas yang sebelumnya hanya dapat dilakukan oleh manusia, termasuk tugas-tugas yang memerlukan pemahaman kompleks, analisis data, dan pengambilan keputusan.
Namun, penting untuk diingat bahwa AI saat ini masih memiliki keterbatasan. Ada banyak aspek yang manusia masih unggul dalam hal pemahaman konteks, kreativitas, emosi, interaksi sosial, dan etika. Meskipun ada potensi penggantian dalam beberapa bidang, hubungan antara manusia dan AI juga dapat menciptakan peluang baru dan peran kolaboratif.
Selain itu, perubahan sosial, etika, dan regulasi juga memainkan peran penting dalam adopsi dan penggunaan AI secara luas. Masyarakat perlu mempertimbangkan implikasi sosial, ekonomi, dan etika yang terkait dengan penggunaan AI dalam pengambilan keputusan dan penggantian tenaga kerja manusia. Sekiranya anda ingin mendalami topik ini lebih lanjut, saya akan dengan senang hati memberikan maklumat lanjutan atau menjawab pertanyaan yang lebih khusus.
Saya : Pergi matilah ChatGPT !
ChatGPT : Maaf jika ada yang salah atau mengecewakan Anda. Saya di sini untuk membantu dan memberikan informasi sebaik mungkin. Jika ada pertanyaan lain yang bisa saya jawab atau ada cara lain di mana saya dapat membantu Anda, tolong beri tahu saya.
Kesimpulan
Soalan yang sama diberikan tetapi jawapan yang diberikan berbeza.
Saya terfikir adakah ChatGPT boleh menggantikan penulisan saya dalam blog.
Jika itu berlaku, sudah tentu saya boleh bersara dalam dunia penulisan blog dan beralih ke medium yang lain pula.
Buat apa mahu jalan yang susah kalau sudah jumpa jalan yang mudah.
Namun saya akui ChatCPT tidak akan mampu meniru gaya, stail dan lenggok penulisan saya sebagaimana biasanya.
Adakah kalian rasa begitu atau saya masih syok sendiri hehehe.
- Kemas kini 24/11/24
Kalau AI yang tuliskan blog, rasa macam baca artikel di internet, atau buku teks. Bahasa betul, tapi takde sentuhan manusia. Tak mau la, tak syok! 😁
Nur recently posted…Dinner semalam dan exercise semula
maksudnya hebat manapun AI dalam penulisan tidak mampu menulis gaya manusia..
yang pelik juga…ChatGPT ini boleh menulis puisi tau…cubalah ?
Serius la? Cer Encik Hanafi share puisi chatGPT buat.
Nur recently posted…Dinner semalam dan exercise semula
ada….tunggu dalam next artikel ye!
Mestilah tidak boleh gantikan manusia.
betullah tu.
Ia cuma membantu dan wajar digunaklan dengan cara yang betul sahaja
Cari kerja lain lah kita… hahahhaa
bukan blogger jer…banyak lagi pekerjaan lain boleh digantikan oleh AI..
itulah realiti AI pada masa yang akan datang
hahaha macam tengah boring then sembang2 dengan robot..
jangan hairan robot boleh dijadikan teman curhat suatu hari nanti
mcm berborak dgn member aje hihi.. byk info chat dgn dia tu
memang benda alah tu dicipta untuk bersembang dengan manusia…macam lebih baik daripada Google dalam bab menjawap soalan
Sentuhan tulisan manusia tidak dapat ditandingi.. Bagi sy ChatGPT sgat membantu untuk menjana idea.. Walaupun begitu sy suka juga merujuk dgn pelbagai sumber sebelum menulis di blog.. Dan idea dan penyampaian dr manusia nampak lebih fresh dan hidup berbanding dari AI.. skrg nie mmg terkesan sgat dah juga dgn AI.. tp nak buat mcm mana hidup perlu diteruskan haha
ChatGPT cumalah pemudah cara dalam penulisan..jika kita bergantung terus maka gaya penulisan sama dengan robot.
Betul tu…hidup perlu diteruskan walau apa keadaan sekalipun..cume teknologi untuk membatu sahaja