Kisah jutawan jadi papa kedana

Kisah jutawan jadi papa kedana ini agak terkesan dalam jiwa saya. Mana tidaknya sebagai seorang bapa yang mempunyai anak.

Menurut satu portal ini, diceritakan ada seorang insan yang pernah jadi jutawan telah jatuh miskin.

Kini hidup papa kedana dan mengharap belas ihsan orang lain.

Kisah jutawan jadi papa kedana

orang paling kaya di dunia

Ketika jadi jutawan dahulu, beliau pernah memiliki tiga stesen minyak, ladang sawit, pusat ternakan ayam serta beberapa aset.

Semua harta kekayaan itu telah diserahkan kepada tujuh orang anaknya.

Entah mengapa anak-anak bekas jutawan ini seperti kacang lupakan kulit.

Mereka terus mengabaikan ayah mereka dan tidak memperdulikan beliau lagi.

WAJIB BACA :   Siapa Sofyank ?

Jutawan yang sudah papa kedana ini tiada lagi sumber pendapatan.

Anak-anak pula meminggirkan ayah mereka.

Bukan itu sahaja, insan mulia tersebut menderita sakit dan memerlukan kos rawatan.

Apakah sebab dan alasannya hanya mereka sahaja yang tahu.

Kesimpulan

Sebagai seorang bapa, saya mengambil teladan dan iktibar daripada kisah ini.

Anak-anak tidak boleh terlalu dimanja terutama dalam urusan harta benda.

Mereka perlu berusaha dan membayar sesuatu untuk mendapatkannya.

Tiada jalan yang terlalu mudah walaupun anak daging sendiri.

Bagi seorang anak pula, sama ada bapa yang kaya atau miskin, mereka adalah tanggungjawab dan amanah.

Kasih sayang juga tidak wajar diukur dengan wang ringgit dan harta benda.

WAJIB BACA :   Kisah gadis cantik pengangkat simen 50kg

Berbaktilah kepada orang tua sebagaimana mereka mempertaruhkan nyawa mencari rezeki dari bayi sebesar telapak tangan lagi.

Semoga kisah jutawan jadi papa kedana ini tidak berlaku kepada kita dan hanya berakhir untuk mereka sahaja.

16 thoughts on “Kisah jutawan jadi papa kedana

  1. kalau yg bukan jutawan pun ada berperangai mcm ni. mak ayah beli tanah. bpa dpt ke anak habis digadainya. dpt duit dihantar org tua ke rumah kebajikan..

    1. tak tahu sapa yang salah dalam perkara ini.

      kasih sayang bapa terhadap anak tidak sama demgan kasih sayang anak terhadap bapa

  2. Mungkin masa ayahnya muda, dia kurang meluangkan masa dengan anak2 dan lebih mementingkan harta. Pengajarannya luangkan masa dengan anak2 dan manjakan anak2 dengan kasih sayang dan bukannya wang ringgit.

  3. anak2 yg x diberikan dgn pendidikan agama yg secukupnya memang ada kemungkinan akan menjadi anak2 derhaka bila mrka dewasa. tugas bapa beri pendidikan kpd anak2. harta-benda tu pandai2 la mrka cari sendiri.
    abam kie recently posted…Hati isteri itu lembutMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge