Kisah lelaki pemalu begini sukar kita temui. Saya sudah lama mengenalinya. Seorang lelaki hebat dengan karisma dan aura yang luar biasa.
Penampilannya kemas, memang menarik perhatian. Ciri-ciri orang berjaya jelas terpancar pada wajahnya, tutur kata yang berbudi, dan tindakan yang penuh keyakinan.
Akhlaknya yang suka membantu dan menghormati semua orang pasti mempesona sesiapa sahaja, termasuk bakal mertua.
Mungkin ramai anak dara yang cantik jelita berimpian untuk hidup bersamanya.
Kisah lelaki pemalu
Dia memiliki keistimewaan yang jarang dimiliki oleh orang biasa. Kemampuan menyantuni semua orang membuatkan hati sesiapa sahaja tersentuh.
Namun, sewaktu berbicara tentang dia, saya dinasihati agar tidak mendedahkan identiti sebenar. Katanya, dia tidak penting dan tidak perlu dikenali lebih lanjut.
Kira-kira setahun yang lalu, dia menyertai Team Bisnes, bermula dengan pakej RM500. Dia menerima produk dan menggunakannya sendiri.
Kemudian, dia berkongsi kebaikan produk dengan gaya bercerita yang menarik. Dia tidak jemu mempromosikan di media sosial, hari demi hari.
Itulah realiti bisnes masa kini dan masa depan. Keyakinan dan kepercayaan terhadap perjuangan untuk berjaya.
Dia tidak mahu merosakkan saham akhirat hanya kerana terlibat dalam perkara yang salah.
Atas keyakinan itu, lelaki ini berjuang dengan tekad, bermotivasi dan berkesungguhan dalam bisnes. Dari situ, kejayaan demi kejayaan diraih.
Rezeki mengalir deras bagaikan air terjun, pendapatan meningkat, membolehkan dia membeli kereta mewah dan membina rumah yang tersergam indah.
Paling istimewa, dia telah menawan hati wanita yang selama ini diidamkan. Namun, dia berpesan agar saya tidak menceritakan terlalu banyak tentang kisah cintanya. Takut wanita yang kini menjadi pendampingnya merasa malu.
Saya menghormati keputusan mereka, kerana saya tahu keperibadian mereka yang merendah diri dan rendah hati terhadap pujian serta pemalu orangnya.
Cerita ini saya hentikan di sini. Meskipun bukan kisah benar, ia tidak mustahil menjadi kenyataan bagi orang yang berazam, berusaha dan bertindak untuk berjaya.
Semoga kisah lelaki pemalu jadi aspirasi kepada pembaca.
- Kemas kini 28/12/24
Oh, saya ingat cerita tentang Soloz tadi..huhu
saje jer…hahaha
mungkin itu cara yang menarik
tahniah kpd lelaki pemalu berkenaan.
hahhaha…terima kasih tuan
akhlak yg baik insya allah allah sayang dan murah rezeki
hukum dapat rezeki yang murah ialah orang baik dngn orang lain.
selalu saya perhatikan begitu