Coretan kali ini tentang sabar tiga serangkai. Saya tulis ringkas. Lama tak tulis seringkas begini. Biasa ayat panjang berjela.
Artikel pun panjang.
Kadang-kadang nak juga tukar tabiat.
Ulang.
Bukan buang tabiat.
Saya ada dengar ceramah ustaz di Masjid Desa Ilmu.
Sayangnya saya datang pada pengakhiran ceramah.
Sabar tiga serangkai
Ustaz buat kesimpulan tentang sifat tersebut.
1.Sabar melakukan ketaatan dalam beribadah.
2.Sabar menahan diri dari melakukan maksiat.
3.Sabar dengan ujian yang Allah berikan.
Kesimpulan.
Marilah kita menghayati erti kesabaran.
Bukan sekali.
Yang terbaik.
Kesabaran yang berterusan.
Maka jiwa tenang.
Fikiran aman.
Kesihatan terpelihara.
Ingat.
Dunia cuma persinggahan sementara.
Akhirat jua destinasi hakiki.
Itu pasti dan benar.
Sabar pun berangkai eh? baru tau!
ya uncle hahaha..betul.
macam beranak tiga dan saling berkaitan
salam pagi selasa bro., semoga dipermudahkan urusan aminn
wsalam wak…aamiin
selamat malam dan selamat berehat
Kekadang mmg suka baca post pendek macam ni, less is more gitu… ada masa kita bergaut jugak bah… mun post panjang perlukan masa sikit nak baca.. eh bercampur aduk duhal bahasa kmk duhal… hahaha… salam selasa tuan tanah
Kakmim recently posted…Hello Sarikei!
nadai ngawak wai..antam jak sia hehehe.
menulis pendek lebih santai tapi feel sebagai penulis memang lari jauh.
kitak boleh juak coba menulis kedak ya.
rasanya semua boleh polah
Dolok-dolok postยฒ lamak mmg suka post entri kontot… ikut mood juak ya… mun mood storytelling ya mmg x dpt mok pnjg ditaip… hahaha
Kakmim recently posted…Makan Malam di Sugar Bun
kadang-kadang benda tok suka ati kita adjustnya..dah nama blog personal
mun website atau portal rasmi nang sikpat
betul sekali menerapkan sabar itu tak mudah apalagi sabar menghadapai ujian hidup,karena sebagai manusia biasa tak luput dari cobaan,kalau tak kuat”entah jadi apa
sebab itulah ganjaran sabar besar pahala
pernah saya dengar…asbab sabar dengan ujian dunia…boleh masuk syurga tanpa hisab
yang penting setiap hari kena sabar, sabar dlm semua benda
betul dan saya setuju.
sabar itu perlu berterusan
Betul tu. Kena banyak-banyak bersabar, dalam hidup ini. Apa yang berlaku, semuanya ada hikmah di sebaliknya. Saya sendiri kena ingatkan diri sendiri, supaya sabar selalu, tak boleh nak cepat dapat result dalam sesuatu itu. Ia akan berlaku bila tiba masanya, Insya-Allah.
Nur recently posted…Wifi hilang lagi
kalau faham maka mudah hadam.
sabar adalah sifat yang boleh dilatih.
apabil sampai satu tahap , sabar noleh dipertingkatkan lagi.
Terima kasih berkongsi ilmu tentang sabar. Sesuatu perkara yang senang diungkapkan tapi susah dipraktikkan.
betul…buat pada yang senang dulu.
latih dan latih secara berterusan
Macam puisi la pulak ๐ !
Mohd Shubhi Abdul recently posted…PH, PN, PAS, PKR, BERSATU, UMNO, MIC, MCA dll – Siapa yang perlu anda risau sebenarnya?
hahahaha…
apabila menulis sepatah-sepatah begitulah jadi.
seni menghasilkan ayat yang bergaya dan bermakna…out habis
insya allah terima kasih kerana mengingatkan
Itulah fungsi kita sebagai orang beriman
saling mengingatkan satu sama lain
kagum dengan mereka yang ada kesabaran yg tinggi…
Sabar boleh dipuppuk dan ia memang mencabar juga sebenarnya terutama dalam taat beribadat
Pernah dengar tentang 3 jenis sabar.
Sesiapa yang pernah demgar ceramah tentang sabar…memang ia ada kaitan antara satu sama lain
Akhirat jua destinasi hakiki. Itu pasti dan benar.
Supersekali ๐๐ช
Ya kak Nur.
kehidupan yang bakal kita semua lalui
Mari bersabar insyaAllah Allah akan menolong kita.
ya betul Allah bersama orang yang sabar
sabar mungkim terlihat singlat dan jelas. namun sabar sulit untuk dilakukan. termasuk sabar dalam menahan emosi dan sabar dalam menjalankan ibadah.
Sabar dalam mengerjakan ibadat tu memang mencabar..
tapi kena sabar juga.
lagi satu sabar …masa diuji dengan kehidupan
hidup ni mmg kena byk bersabar..
dan redha akan ketentuanNya.
Hairul recently posted…Cara Pilih Seller Bengkel Gate Pagar Rumah Dari Pengalaman.
Alhamdulillah kalau begitu…sabar itu ibu kepada manisnya kejayaan
sabar tiada berbatas meski ujian terasa semakin berat
Orang bersabar tenang hidup mereka…jadilah orang yang sabar