Nama Alieff Irfan atau nama penuh Muhammad Aliff Irfan Aziki, tidak perlu diperkenalkan lagi kerana beliau merupakan Youtuber yang amat berjaya di Malaysia.
Baru-baru ini Alieff Irfan berjaya membeli kereta sport mewah McLaren 720S yang dianggarkan berharga RM2 juta.
Memetik laporan portal Mstar, Youtuber dan Influencer media sosial ini telah bekerja keras selama lima tahun untuk merealisasikan impiannya memiliki McLaren 720S.
Alieff Irfan
Alieff Irfan berasal dari Pasir Mas, Kelantan.
Beliau memulakan content creator Youtuber pada tahun 2016 dengan 1000 orang Subscriber untuk menjana pendapatan.
Kini akaun Youtube Arieff Irfan sudah mencecah 4.32 juta Subscriber setakat artikel ini ditulis.
Selain menjadi Youtuber, beliau juga ahli perniagaan yang menjual barangan kosmetik dan kesihatan, AylaGlow serta pakaian jenama ZB Lifestyle.
Kejayaan membeli kereta McLaren 720S dijadikan obor pembakar semangat untuk terus sukses dalam bidang yang diceburinya.
McLaren 720S ini berwarna hitam metalik yang dikuasakan 212 MPH atau 335 km/ persejam kelajuannya.
Kuasa pecutan dari 0 ke 100 MPH cuma dalam 2.9 saat sahaja.
Bapak punya laju.
Enjinnya pula 4.0L dengan Twin Turbo V8.
Mrhanafi percaya pasti ada di kalangan anda yang turut memasang impian untuk memiliki kereta sport mewah yang selaju ini.
Jangan putus harapan kerana bisnes netcommerce juga menyajikan peluang sedemikian rupa.
Memang paling idola Alieff Irfan ni.. Semoga kita semua juga mampu dapatkan hasil daripada apa yang kita usahakan💪
Adi Channel recently posted…Cara Daftar SSM Online Untuk Perniagaan Enterprise 2022
ya boleh….janji sabar dab terus berusaha pada tahap terbaik
Wah, ramainya subscriber dia.
Nur recently posted…Beriadah di UTP
itulah sumber duit bagi Youtuber…untung tau