Amalan sebelum tidur ini merupakan pendekatan yang hebat untuk mencipta kejayaan. Sayangnya ramai yang tidak menyedari walaupun sebenarnya amat mudah untuk diamalkan.Untuk dapatkan hasil , amal dan amal serta terus beramal.
Buat dulu sebelum percaya.
Dalam artikel ini saya sedaya upaya untuk berkongsi sedikit amalan atau rutin yang ternyata begitu unggul. Tidak salah mencuba kerana untuk berjaya kuncinya cuma satu.
Praktik dengan istigamah.
Menurut Eric Ho, seorang speaker motivasi antarabangsa, menyatakan ada lima amalan sebelum tidur yang sangat digalakan.
Impak dari amalan ini ialah kejayaan secara optimum. In shaa Allah jika kena caranya dan percaya akan keajaiban tersebut maka kejayaan besar atau kecil dalam genggaman.
Table of Contents
Amalan sebelum tidur
1.Menjauhkan diri dari telefon pintar
Saya akui perbuatan ini bukan mudah. Cukup mencabar dan berat untuk diamalkan terutama anak-anak muda. Bahkan orang bukan muda macam saya sudah menjadikan telefon seperti bayang-bayang.
“Kemana sahaja kupergi, ke situ jugalah dia menemani”
Sebelum kita tidur usahakan untuk menjauhkan diri daripada telefon atau gajet seumpamanya. Ia dapat menghindari kita dari terus leka scroll media social.
Apa alasannya?
Jika terlalu banyak input yang berbentuk gosip, cerita sedih, kisah kejam dan sebagainya menyebabkan lambakan maklumat kepada minda kita setiap malam. Semasa tidur minda bawah sedar akan bekerja untuk mencari jawapan kepada maklumat tersebut.
Ada perkara yang kita memang tidak mahu berlaku dalam kehidupan. Namun kita benarkan juga menggunakan minda separuh sedar semasa tidur.
Cara untuk atasi.
Tutup sahaja gajet tersebut satu jam sebelum kita tidur. Biarlah kita tidur dalam suasana tenteram dan aman damai tanpa ada gangguan dari teknologi dan media sosial.
Tidur yang nyenyak dan berkualiti akan memberi tenaga untuk menjalankan apa yang telah dirancang baik dalam pekerjaan maupun perniagaan.
2.Menghayati kesyukuran
Sebelum menutup mata pada hari tersebut alangkah baiknya kita imbas kembali nikmat yang kita dapat sepanjang hari tersebut.
Jika rajin, tulis dalam buku secara manual. Jika kurang rajin boleh sahaja congak menggunakan minda sudah memadai.
Hadirkan rasa seronok, rasa bahagia dan rasa bersyukur.
Ucap Alhamdulillah dan terima kasih kepada Allah yang telah mengurniakan nikmat tersebut. Hadirkan rasa syukur dalam hati.
Jika ada pasangan sila luahkan perasaan terima kasih kepada orang yang telah mendampingi kita masa susah dan masa senang.
Terpulang kepada pembaca sendiri. Yang pentingkan tunjukkan perasaan bersyukur kita kepada mereka dengan ucapan terima kasih. Setidak-tidaknya mereka sedar ada orang menghargai mereka.
Perlu ingat, orang yang bersyukur akan ditambah nikmat rezeki.
3.Sesi meditasi / masa zikir
Menurut Eric Ho sesi meditasi sangat bagus untuk mendapat rasa tenang dan cool. Bagaimanapun bagi mereka yang beragama Islam dan merasa was-was dengan sesi meditasi boleh gantikan dengan cara berzikir.
Zikir, selawat atau istighfar adalah kaedah ampuh untuk mendapat ketenangan yang optimal. Yang penting dilakukan dengan penuh khusyuk dan penghayatan.
Selesai sahaja ritual ini kita akan tidur dan berehat. Jadikan minda dalam keadaan tenang dan bersih dari pelbagai toksid info. Minda yang sudah bersih akan memastikan kita bangun dengan lebih bersemangat serta fokus kepada matlamat untuk dicapai pada hari seterusnya..
4.Visualisasi impian
Visualisasi dalam bahasa mudahnya ialah berangan. Ramai yang suka berangan sebelum terlelap.
Adakah ia berkesan untuk mencipta kejayaan ?
Boleh jadi ya dan boleh jadi tidak. Sebab berangan tanpa emosi bukanlah cara yang betul dalam proses visualisasi.
Visualisasi yang betul menggunakan minda dan emosi secara serentak.
Misalnya kita nak dapatkan kereta baru. Mulakan visualisasi rupa kereta, warna dan sebagainya. Disusuli selepas itu perasaan kita yang teruja dan seronok dengan kereta tersebut.
Selebihnya biarkan minda bekerja untuk kita semasa tidur.
Berapa lama nak buat ?
Terpulang kepada kemampuan dan kesungguhan. Saya percaya untuk mendapat kesan yang optimum lakukan secara konsisten.
Jangan berhenti sehingga berjaya mencapai impian yang didambakan sebelum ini.
5.Set it, forget it
Saya sukar juga menterjemahkan atau menggantikan istilah tersebut dalam Bahasa Melayu. Namun saya cuba huraikan dalam bahasa yang mudah faham. Lagipun ayat tersebut tidaklah sesusah manapun untuk difahami.
Sebelum tidur setkan target. Jika berniaga setkan jumlah jualan pada sekian angka tertentu. Jika bekerja makan gaji pula, setkan impian untuk laksanakan tugas sebaik mungkin atau sepantas yang boleh.
Ada kerajinan, boleh tulis dalam buku. Ini cara yang lebih praktikal.Sekiranya tidak sanggup boleh sahaja main congak.
Paperless katakan.
Selepas itu jangan difikirkan lagi sama ada berjaya atau tidak. Rasionalnya agar hati tidak kecewa dan rasa sedih jika belum tercapai apa yang diimpikan tersebut.
Penutup
Amalan sebelum tidur ini bersifat universal dan bukan berbentuk keagamaan. Maksudnya boleh dipraktik sesiapa sahaja.
Tahap keberkesanan juga bergantung kepada kesungguhan untuk istiqamah dan percaya kepada diri.
Akhir kata selamat mencuba dan semoga berjaya untuk tahun-tahun yang mendatang.
- Kemas kini 30/7/24
mekasih di atas semua tips, cuma yang no 1 tu payah sikit lah. cumanya selalu 10minit sebelum tido baru dapat jauhkan diri dari hp, lepas dah lelap memang lepas kul 6 lebih baru cari hp
ok juga tu…cuba naikkan ke 30 minit pula selepas ini
tq mr H tips yg bagus utk dibuat azam tahun baru. selamat tahun baru semoga tahun 2020 lebih menjanjikan kemanisan
aamiin dan sama juga dengan Mamapp…moga beroleh kejayaan demia kejayaan dalam tahun 2020 nanti
Selamat tahun baru..
ya..selamat tahaun baru juga buat awak
Buat dan terus buat. Selamat tahun baru 2020 kepada semua..
Nurhidaya recently posted…Aku Dalam Teka Teki (Lirik) Wann Cover
betul tu..
istiqamah itu sangat penting untuk berjaya
Terima kasih untuk perkongsian ini
Selamat Tahun Baru 2020
Wan Zawawi recently posted…Selamat Tahun Baru 2020
yes…selamat tahun baharu juga
terimakasih en hanafi atas perkongsian ini saya kalau dah ngeblog lupa nak buat apapun
Munir Ardi recently posted…Skutel Singkong untuk Cemilan sore hari
ini memang sudah hebat..
kerja yang cukup asyik