Bilik sewa sememangnya berbeza dengan rumah sewa.Namun dari segi fungsi lebih kurang sama yakni sebagai tempat berteduh dari hujan atau panas.Dalam artikel ini admin berkongsi cerita tentang pengetahuan admin berkaitan bilik sewa dan rumah sewa.
Table of Contents
Bilik sewa
Tempat yang kecil sahaja.Harga agak murah namun dari segi keselesaan memang kurang.Ini kerana konsepnya berkongsi dengan penghuni yang lain.Berkongsi tandas,bilik mandi dan dapur.
Tentu ada yang kurang selesa dengan perkongsian begini terutama percampuran lelaki dengan wanita di satu tempat.
Bilik sewa kurang digalakkan kepada pasangan yang sudah memiliki anak-anak.Sebabnya keadaan yang sempit dan kurang selesa.
Kasihankan dengan anak anak kerana mendiami tempat sempit dan kurang seleasa.
Rumah sewa
Bayaran untuk rumah sewa agak mahal berbanding bilik Sewa.Namun kelebihannya lebih banyak berbanding bilik Sewa.Tinggal di rumah sewa amat sesuai kepada mereka yang sudah berkeluarga.
Cuma dalam jangkamasa panjang penyewa rumah sewa akan rugi kerana membayar bukan untuk memiliki.Dalam sisi lain penyewa membantu tuan punya rumah membayar harga rumah tersebut sekiranya maasih dalam pinjaman bank.
Ini tidak bermakna tuan rumah untung besar.Mereka juga berhadapan dengan kos penyelenggaraan rumah yang tinggi.Kos ini tidak menentu tetapi pasti dihadapi sekiranya ada penyewa seperti makhluk perosak.
Jumlah sewaan
Jumlah sewaan tidak seragam.Nilainya berbeza mengikut lokasi dan jenis bilik sewa atau rumah sewa.Bilik sewa biasanya dalam lingkungan RM200 sehingga RM300.Lebih tinggi pun ada.
Rumah sewa bermula dengan RM500.Semakin bagus rumah maka semakin tinggi bayarannya setiap bulan.Jumlah sewaan lebih mahal jika rumah sewa terbabit dilengkapi perabot.Jumlah sewaan boleh mencecah kepada lebih seribu ringgit sebulan.
Bayaran deposit
Bilik sewa maupun rumah sewa memang memerlukan bayaran muka atau bayaran deposit.Ada yang menetapkan sebulan atau dua bulan bayaran deposit.Bayangkan jika deposit untuk dua bulan berjumlah RM600 hanya untuk bilik sewa.
Jumlah ini pasti membebankan golongan penyewa yang baru hendak memulakan kehidupan sekiranya bekerja diluar kawasan.
Lokasi strategik
Lokasi yang paling sesuai ialah kawasan bandar.Di situ tinggi permintaan kerana banyak peluang pekerjaan.Banyak pekerjaan maka banyak juga akan mencari tempat tinggal.
Orang bujang akan mencari bilik sewa manakala orang yang sudah berkeluarga akan memilih rumah sewa.
Rata-rata bilik sewa atas kedai manakala rumah sewa akan berada di kawasan perumahan.Kadang -kadang sahaja rumah sewa yang dibina dekat kampung.Memang ada namun dalam jumlah yang sangat sedikit.
Kesimpulan
Sebelum mengambil keputusan untuk tinggal di bilik sewa atau rumah sewa,admin sarankan untuk melihat kemampuan kewangan.
Jika mampu untuk membayar atas dari RM500 sebulan maka digalakkan tinggal di rumah sewa kerana keselesaan dan keselamatan.
Sekiranya belum mampu maka berlapang dada untuk mula menyewa di bilik sewa sahaja buat sementara waktu.Lupakan seketika faktor keselesaan.
Akhir kata tidak semua kehidupan dilalui dengan selesa untuk tinggal di bilik sewa atau rumah sewa.Jika tak nak menyewa bilik atau rumah sewajarnya beli sahaja >>
yups
setuju
kalau budget sikit sewa bilik jer
ada budget baru sewa rumah
hehehe
kalau ada bajet lagi beaar..
beli la rumah
mama selalu book homestay kalau pergi beramai-ramai. jimat sikit
homestay memang best..
jauh lebih baik dari hotel yang cuma ada katil dan tandas..
kecuali hotel apartment
banyak kemudahan dan ada sekuriti tu paling penting
nikkhazami recently posted…RPK dan RSM JPJ: Ini yang Perlu Anda Tahu
ya memang tidak dinafikan..
keselamatan perlu diutamakan
Klu bujang atau yg dah berkahwin tapi kena posting kerja ke sesuatu lokasi lain, ada baik ambil bilik sewa berbanding rumah kan.. lebih jimat dan memudahkan urusan.
Khir Khalid recently posted…LinkedIn Local Professional (Series 1) – Penjenamaan Dan Profesionalisme
itulah..
kalau hidup sama ada single ada PJJ maka bilik sewa adalah pilihan yang terbaik
bila ada duit berlebih tentu nak beli rumah tapi kalau belum bisa ya mesti sewa dulu
ABD KADIR RUSDI recently posted…Pulau Samalona tempat yang harus anda kunjungi bila ke Makassar
sewa itu kurang menguntungkan..
boleh dikatakan kerana terpaksalah jawabnya
Pendapat saya, kalau mampu beli rumah sendiri, lagi baik dari menyewa. Sebab dah jadi hak kita. Betul tak ?
ya…batul
namun tidak semua mampu berbuat demikian
Pernah tengok famili ada anak 4 kecil2 menyewa kat bilik sewa yang sempit. Kesian sebab anak2 takde tempat nak bermain.
keadaan hidup memaksa mereka..
itu lebih baik dari tinggal tepi jalan
Nice sharing
terima kasih ..lain kali boleh datang lagi
kalau ada rumah secantik tu…
fuh!
alangkah indahnya dunia ini
kalau dah berkeluarga, memang rumah sewa selesa sikit tapi kalau masih bujang tak kisah mana2..yang penting tengok dulu kemampuan.
kauthar mohd recently posted…Set hamil pilihan ibu – bekalkan nutrisi semulajadi
sememamgnya begitu la kejadiannya
Fully furnished berbaloi kalau harga RM500.
yang penting tiada konsep sharing.