Syukur alhamdulillah saya dipilih Allah SWT untuk menghadiri tiga majlis ilmu. Pada 2 September 2023, saya sempat menghadirkan diri untuk kuliah Subuh.
Topik kali ini berkisar kepada kisah para Sahabat sewaktu kemenangan Perang Badar Al Qubra.
Kisah begini bukan baharu kerana saya pernah baca dalam beberapa buku sejarah Islam.
Namun apabila disampaikan secara kuliah, ternyata jauh lebih menarik dan mengasyikkan.
Ustaz berpesan agar berhati-hati ketika membaca atau mendengar tohmahan yang dibuat kepada para Sahabat.
Majlis ilmu kedua berupa kuliah Maghrib yang disampaikan Ustaz Hasfa pada 2 September 2023.
Intipati kuliah beliau berkisar kepada kemuliaan dan kehebatan beruzlah.
Beruzlah dalam Islam merujuk kepada keadaan bersendirian dalam masjid atau pusat keilmuan.
Amalan ini biasa juga dilakukan oleh para rahib di pusat keagamaan mereka.
Namun dalam Islam beruzlah atau pengasingan diri untuk bermunajat sangat besar maknanya kepada pengamal itu sendiri.
Selain beruzlah, orang Islam yang duduk beriktikaf di masjid dengan mengingati Allah dapat pahala yang mudah.
Penceramah mengajak kita semua untuk sentiasa berada di masjid.
Lebih lama lebih bagus.
Majlis ilmu yang ketiga pula dari kuliah Subuh pada 3 September 2023.
Kuliah ini disampaikan oleh Ustaz Norheyree Nordi.
Intipati kuliahnya menyentuh tentang sebab sempitnya rezeki.
Beliau membicarakan isu berkira-kira beri nafkah kepada anak-anak setelah berlaku perceraian.
Bapa yang culas dengan tanggungjawab memberi nafkah anak-anak akan disempitkan rezeki oleh Allah SWT.
Rahmat Allah SWT tidak sampai kepada bapa yang culas dengan tanggungjawab tersebut.
Ustaz juga menyeru kepada kita jangan berkira-kira dalam membelanjakam rezeki buat anak-anak dan isteri.
Begitulah sedikit intipati ilmu yang saya dapat majlis yang diumpamakan taman syurga dalam hadis.
Semoga ada manfaat dan jangan lupa untuk bergabung dalam saluran Whatsapp.
Alhamdulillah, bukan senang nak dapat peluang dengar ceramah. Cuya hanya mampu tengok online saja, takde dapat pergi masjid untuk program sebegini. Untung dipilih Allah.
Tulah…kalau ada masa lapang jer dapat berbuat demikian…
kuliah online pun bagus juga cuma aura tu kurang sedikit berbanding secara langsung
alhamdullilah bersyukur dapat kesempatan untuk dengar ceramah, semoga bisa jadi pembelajaran dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari.
ya…ini dinamakan rezeki ilmu.
ada yang tiada kesempatan untuk dapat peluang demikian
aktif masjid ni dengan pelbagai pengisian…
yg datang dapat ilmu
yg sediakan program mudah-mudahan beroleh pahala
anies recently posted…llaollao. Bandung
Di masjid…mudah dapat pahala.
dudak dengan niat iktikaf di masjid pun dapat pahala
antara amalan yang paling mudah