Makanan sihat untuk diet bukan perkara baharu. Malah ramai yang sudah tahu. Tambahan pula semasa bulan Ramadan, inilah kesempatan terbaik untuk kita semua untuk bermula.
Kalau bukan sekarang bila lagi ?
Semoga lepas ini saya dan juga pembaca ada kesedaran tinggi untuk mengamalkan secara konsisten dan istiqamah sepanjang hayat.
Ketika saya menulis artikel ini, umat Islam berada di bulan Ramadan.
Saya pula sudah berpuasa masuk hari kedua.
Masa amat pantas berlalu. Rasa seperti baru semalam puasa pertama dan hari ini sudah masuk puasa hari kedua.
Teringat saya kepada satu falsafah lama.
‘Jika anda merasakan masa cepat berlalu maknanya anda dalam perasaan bahagia’
Betul atau tidak, itu bukan persoalan sekarang kerana saya lebih suka untuk mengupas tentang makanan sihat untuk diet.
Makanan sihat untuk diet
Pakar Pemakanan dan Perkhidmatan Makanan Pantai Hospital Sungai Petani, Norhayati Sandussin berkata pelbagaikan pengambilan jenis makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia
Kenyataan beliau yang dipetik dari Utusan turut menambah makanan yang mengandungi karbohidrat sederhana atau gula dan banyakkan pengambilan air putih semasa berbuka.
Antaranya kuih-muih, buah kurma, bubur kacang dan sebagainya. Elakkan sama sekali makanan yang berat semasa berbuka.
Makan makanan berat hanya selepas 30 hingga 60 minit selepas berbuka.
Macam biasa makanan berat terdiri dari ayam goreng, kambing golek, ikan talapia tiga rasa dan sebagainya.
Itu sekadar contoh. Ada banyak lagi sebenarnya.
Dalam bulan Ramadan ini juga, usahakan untuk minum air putih dengan secukupnya pada waktu malam.
Kalau minum siang hari, itu cari nahas dan membatalkan puasa.
Selepas solat tarawih, kebiasaannya ada moreh.
Kalau saya cukup untuk minum air cokelat atau air susu halia hitam.
Tambahkan menu sihat dengan mengunyah roti kering kalau ada.
Kalau tiada abaikan sahaja kerana pada waktu malam kita sudah bersedia untuk tidur.
Tidur tidak menggunakan tenaga yang banyak.
Untuk makanan sihat semasa bersahur pula boleh ambil oat atau nasi berserta lauk sederhana.
Telur mata, telur dadar atau telur rebus pun boleh dijadikan lauk hebat. Percayalah kerana telur ayam juga berapi harga sekarang ini.
Dulu pernah saya bersahur cuma makan buah kurma dan beberapa teguk air.
Cukup mudah disediakan dan belanja dapat dijimatkan.
Saranan ini amat sesuai kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan atau diet.
Sebelum mengakhiri artikel yang serba sederhana ini, saya sertakan beberapa point penting yang boleh kita amalkan bersama.
1.Abaikan penggunaan lemak tepu seperti minyak sapi, mentega dan keju.
2.Makan banyak sayuran segar
3.Makan buah-buahan segar
4.Minum air dengan mencukupi
5.Elakkan minuman yang berkafein seperti teh dan kopi
6.Makan makanan yang berair seperti sup dan bubur
7.Kurangkan minum air berkordial yang banyak pewarna dan bergula
Kesimpulan
Memang agak sukar untuk mendapatkan makanan 100 peratus makanan sihat.
Malah mencabar juga makan makanan yang banyak sayur dan buah-buahan kerana harganya yang bukan kaleng-kaleng.
Sebab itu kos hidup tinggi.
Seyogia diingatkan kalau hendak seribu cara dan kalau tak hendak seribu dalih.
Semoga kita semua murah rezeki, sihat walfiat dan bertambah iman sempena bulan al Mubarak ini.
Salam Ramadan.
sy secara peribadi x mampu nak jaga dr segi makanan. cuma puasa kali ni sy nak elak air manis dan ganti dgn air green tea kosong dan air masak
tak dapat semua…sedikit pun ok juga
Selama pandemic ini, saya memang sudah lebih aware lah terhadap kesehatan. Karena itu makanan pun mulai saya perhatikan. Kalau dulu selalu makan nasi putih, sekarang untuk Karbo, saya switch ke boiled potato atau nasi hitam. Memang tak sedap Karena dia tak selembut nasi putih. Tapi dari segi kesehatan nasi hitam baik buat badan. Dan saya lebih kenyang walau makan sedikit.
Lauk pauk pun begitu. Goreng-goreng sangaaaat saya kurangi. Diganti dengan masakan soup, makanan yang disteamed atau hanya sauteed .
Berat sangat di awal, tapi sekarang dah terbiasa. Hanya saja, saat saya sedang traveling, sulit untuk tetep begitu 😄. Tapi tak apa, toh hanya sesekali . Bolehlah cheating sesekali, asalkan porsi tetep diperhatikan.
panduan ini sangat berguna dan terima kasih kerana sudi berkongsi panduan tersebut