5 kebaikan kos sara hidup tinggi yang ramai tak tahu…

Kos sara hidup tinggi sekarang ini sudah mencengkam emosi dan menghimpit diri golongan B40 dan M40. Golongan T20 pula rentan dan kalis situasi ini.

Untuk makluman, takrifan kos sara hidup merujuk kepada belanjawan minimum untuk membeli sekumpulan barang dan perkhidmatan dalam mencapai tingkat taraf hidup tertentu.

Istilah B40 pula kepada golongan yang berpendapatan isi rumah bawah RM4,850 sebulan dan M40 pula punyai pendapatan isi rumah di antara RM4,851 hingga RM10,970 manakala pendapatan untuk T20 pula ialah RM10,970 dan ke atas.

Jom kita berjuang dan berusaha untuk menempatkan diri dalam T20.

Sebelum saya bercerita kebaikan kos sara hidup tinggi, wajar juga saya menyentuh sedikit ke mana kita berbelanja sehingga mencetus kegusaran dan kerisauan dalam menghadapi kehidupan seharian.

Pertama, wang pendapatan banyak digunakan untuk tempat tinggal sama ada beli atau sewa.

Selepas itu untuk kos pengangkutan baik pengangkutan sendiri atau awam.

WAJIB BACA :   9 Impian peribadi 2021 (Bahagian 7)

Yang terakhir sekali, sudah pasti kepada kos makan minum sama ada masak sendiri atau tapau ataupun makan di restoran.

Itupun belum termasuk perbelanjaan untuk pendidikan, kesihatan dan hiburan.

Kalau campur semua maka pendapatan RM10 ribu sebulan akan berbaki RM500 sahaja.

Berikut adalah kebaikan kos sara hidup yang tinggi.

Tapi sebelum itu..

Mana mungkin kita kembali ke zaman kos sara hidup rendah melainkan berjaya dalam dua perkara ini.

Berjimat cermat tahap minimum dan meningkatkan pendapatan secara maksimum

Anda sangggup?

Kalau belum teruskan pembacaaan berikutnya.

Kebaikan kos sara hidup tinggi

kos sara hidup tinggi

1.Manusia lebih produktif

Kalau dulu boleh selesa dengan satu pekerjaan tetapi kini terpaksa melakukan banyak pekerjaan untuk mendapat pelbagai sumber pendapatan.

Sudah tentu ada yang bekerja sebagai pemandu Grab atau rider Foodpanda walaupun sudah ada pekerjaan tetap.

WAJIB BACA :   Pengertian orang tua, inilah penjelasan ringkasnya

Tenaga dan masa digunakan sebaik mungkin tanpa dipersiakan begitu sahaja.

2. Mengurangkan pembaziran makanan

Semasa harga makanan mahal memang agak keberatan untuk membazir makanan.

Jika dulu boleh masak seekor ayam tetapi kini separuh sudah mencukupi.

Kekerapan makan di luar semakin berkurangan dan lebih gemar masak sendiri untuk tujuan penjimatan.

3.Gaya hidup sihat

Aktiviti untuk berfoya-foya semakin dilupakan.

Alasan terkuat adalah kerana pendapatan yang semakin mengecil dan keinsafan untuk berbuat kejahatan semakin pudar.

Walaupun berfoya-foya bukanlah untuk perkara kejahatan semata-mata.

4.Merancakkan aktiviti perniagaan

Dunia perniagaan semakin diceburi ramai orang.

Mereka melakukan sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa, rela atau paksa.

Demi survival akibat kos hidup tinggi, perniagaan adalah talian hayat terakhir untuk keluar dari kemelut tersebut.

Lihat kiri kanan anda, begitu banyak premis perniagaan sama ada berlesen atau tidak yang didirikan.

WAJIB BACA :   Cerita lelaki berselipar buruk dengan kereta mewah

Ini lebih baik dari sekadar berpeluk tubuh mengharap bantuan atau terus menanti keajaiban yang jatuh dari langit. Hehehe

5.Pengecilan ahli keluarga

Ada satu kajian yang telah saya baca menyatakan semakin besar bilangan ahli keluarga maka semakin tinggi potensi untuk jatuh miskin.

Bukan bermaksud menidakkan kefahaman orang dulu-dulu iaitu semakin ramai anak maka semakin banyak rezeki.

Kebiasaanya ramai orang kaya tetapi sedikit anak-anak mereka.

Dalam keadaan sekarang kualiti jauh lebih penting dari kuantiti untuk curahan kasih sayang dan penyediaan pendidikan terbaik.

Kesimpulan

Kos sara hidup tinggi adalah realiti yang mesti dihadapi.

Cara menghadapi bukan sekadar pasrah tetapi berusaha menambah pendapatan dan naik taraf status kewangan.

Antara saranan yang wajar ialah menceburi bisnes netcommerce kerana platform ini antara yang terulung dan terbaik setakat ini.

Jangan percaya kata-kata ini selagi belum lihat sendiri bukti dalam pautan —-> KLIK SINI

Comments 14

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge