Saya telah perbaharui domain blog dengan NetKL Network untuk setahun lagi. Ini bermakna sudah enam tahun blog saya bersama NetKL Network.
Ia antara penyedia hosting dan domain terkenal di Malaysia. Sepanjang enam tahun yang lepas juga, saya masih aktif menulis biarpun tidak serancak dulu-dulu.
Minat menulis dan berkongsi kebaikan kepada pembaca tetap sama. Tidak berundur biarpun motivasi itu kadang-kadang boleh ke laut juga.
Untuk tahun ini sahaja, saya memperbaharui dua domain. Salah satunya domain Volten Power.Blog tersebut fokus kepada niche bisnes netcommerce.
Blog mrhanafi ini sudah beberapa kali menukar theme atau template. Lazimnya saya sukar berpuas hati.
Malah untuk mencipta kelainan, gaya penulisan saya selalu ubah. Kadang-kadang santai dan selebihnya serius untuk membincangkan pelbagai isu yang berkaitan.
Saya juga perhatikan masih ramai blogger otai beraksi di platform Blogspot. Cuma blogger yang berpaksi di platform WordPress semakin berkurangan sejak kebelakangan.
Kemungkinan disebabkan kos hosting dan domain agak berapi. Mungkin juga zaman blogger ini samakin suram kerana trend media sosial lebih kepada video.
Jika penghasilan dari blog sangat kurang maka kurang berbaloi untuk kekal lama di blog hosting sendiri.
Oh ya, saya tetap setia menggunakan perkhidmatan NetKl Network. Servis mereka cepat dan pantas. Blog pun sangat jarang breakdown.
Sudah tentu saya sarankan anda yang berminat untuk beli atau perbaharui domain blog sila gunakan perkhidmatan NetKL Network.
Perbaharui domain blog
Akhir kata, doakan saya agar terus istiqamah menulis blog kerana blog menjadi aset penting untuk penyaluran pahala secara berterusan.
Harap terus menulis.
in shaa Allah…itulah yang diharapkan
Abe Kie pun terus setia dgn netkl sejak beli domain pd 2014. So far so good!
kalau puas hati…boleh terus setia la kita hehehee
Blogger² otai ramai yang dah tak aktif blogging. Cuma aktif kat media sosial je. Ada blog yang dah hilang (sebab tak renew hosting / domain). Ada jugak blog yang hidup lagi tapi dah lama tak update.
Kalau masih berbaloi, teruskan je menulis.
Anarm recently posted…Cara Aku Halau Kucing Berak Depan Rumah
perubahan zaman…macam tu la bro.
siapa yang bertahan itu kira lejen terutama yang dah cecah usia 10 tahun blog mereka
Wow… sudah 6 tahun ternyata punya blog. Keren, Brother
ya….sudah lama juga saya jadi blogger
Semoga terus bersemangat untuk menulis.
JiwaSihat recently posted…Makanan Tidak Baik untuk Asma-Pesakit Asma Perlu Elakkan Makanan Ini!
ya…in shaa Allah…terima kasih
semoga lagi bersemangat berbelog. jgn jadi mcm sy tenggelam timbul hahaha
awak teruskan juga menulis…jangan berhenti walaupun timbul tenggelam
Alhamdulillah, saya masih berblog lagi sejak 2007, walaupun kekadang bersawang. Sy pakai kedua-dua platform berbayar dan percuma, WordPress dan Blogspot. Kalau web WordPress down, masih ada Blogspot utk backup. Domain provider saya guna Namecheap. Betul, lama2 gaya penulisan pun berubah, bila saya baca balik artikel lama, kat mana ayat yg tak sedap saya akan ubah dan tune skit.
Banyak kenangan berblog, jatuh bangun, masam manis..
Afiffuddin recently posted…8 Aplikasi Yang Menyekat Media Sosial Supaya Anda Boleh Kekal Fokus dan Lebih Produktif
wah….bro memang otai dan lejen…jom kita terus menulis demi minat