Hikmah susah hati yang tersembunyi…mari kita bongkarkan !

Susah hati adalah perasaan kurang gembira, sedih dan gelisah atau susah hati in English ialah sad.

Bahkan susah hati sinonim kepada benguk, berduka, galabah, gobar hati, gundah, masygul, merana, murung, pilu, prihatin, samak, sedih, sedu, senak bermuram durja dan seangkatan dengannya.

Pendek kata, ia melibatkan emosi dan jiwa. Seboleh-bolehnya jangan seperti susah hati simpulan bahasa ini

ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta

Penyebab susah hati ada pelbagai. Namun saya tidak mahu highlight dalam artikel ini.

Saya cuma mahu ajak pembaca melihat sisi positif susah hati. Jangan ingat berasa susah hati tidak membawa hikmah atau manfaat.

Nak tahu tak ?

Kalau nak tahu jom kita terus bongkar persoalan ini.

Susah hati

susah hati

1.Peluang untuk mengingati Allah

Bila hati susah, perkara pertama yang perlu kita ingat tentulah Allah SWT. Dengan mengingati Allah, hati jadi tenang dan damai.

WAJIB BACA :   10 Tanda Istri Sayang Suami Ketat-Ketat

Setuju ?

Adakah semudah itu?

Sudah pasti tidak mudah kerana kecenderungan untuk gelisah lebih kuat  bagi kebanyakan manusia.

Oleh demikian, wajar kita temui cara untuk mengingati Allah dengan membaca al-Quran dan jangan biarkan rasa tak sedap hati tanpa sebab.

2.Al-Quran adalah syifa

Berduka adalah penyakit hati. Tiada ubat yang terbaik dan paling berkesan selain daripada membaca al-Quran.

Berikut ialah ayat susah hati yang boleh dijadikan doa sebagai mana dalam al-Quran surah al-Ghafir ayat 44.

https://fb.watch/bSBd9LTvjQ/

Bagi mereka yang belum mampu membaca al-Quran boleh juga mendengar alunan ayat tersebut daripada Youtube atau telefon. Paling mimimum pun baca al-Quran dalam solat.

Yakinilah bahawa solat memang  terbaik untuk menguatkan hati dan perasaan.

3.Segera dirikan solat

susah hati

Aktiviti solat amat besar kesan kepada hati dan emosi. Biarpun tidak dinafikan solat dalam keadaan gundah kurang khusyuk dan kurang kualiti.

WAJIB BACA :   Belajar berubah jadi terbaik

Jangan pulak dijadikan alasan tidak solat. Akuilah  kesan daripada solat baik sama ada  sedar atau tidak memberi ketenangan pada hati dan diri.

Dalam solat itu sendiri ada juga bacaan selawat yang sangat ampuh kepada terapi jiwa.

4.Perbanyakkan selawat nabi

Antara amalan yang dijamin terima oleh Allah SWT tentulah berselawat. Amalan yang diterima memberi kesan segera kepada pengamalnya.

Sudah tentu solusi kepada susah hati. Hati bila sudah tenang lebih mudah beribadah.

Jika susah hati belum ada penawar dan semakin parah  maka  solusi terakhir menggunakan istighfar sekerap dan sebanyak yang mampu.

5.Istighfar tanpa henti

Istighfar merupakan perbuatan yang mengakui dosa dan menyesali kesilapan diri. Terutamanya sedar  diri mengenang banyak dosa.

Lagi dikenang dosa lagi rasa hati semakin susah. Itu tandanya cahaya hidayah datang menyinggah.

WAJIB BACA :   Tangisan Pelarian Syria Semakin Sayu

OIeh demikian hapuskan dosa dengan beristighfar siang dan malam tanpa henti. Allah itu Maha Pengampun dan penerima taubat hambaNya. Lagipun selagi nyawa dikandung badan maka pintu taubat sentiasa terbuka.

Bertaubatlah segera agar hati lebih tenang dan damai sebelum ajal datang menyapa.

Kesimpulan

Nampak tak hikmah susah hati kepada manusia yang beriman.

Kalau tiada susah hati, ada kemungkinan untuk melakukan lima perkara yang telah saya nyatakan di atas tidak mampu dilakukan.

Ini tidak bermakna susah hati perkara yang digalakkan tetapi wajar dielakkan.

Sehingga kita jumpa lagi dan berdamailah dengan diri sendiri bahawa susah hati itu ada hikmah yang terindah.

Info tambahan :

Suplimen halia hitam boleh diamalkan untuk stabilkan hormon dan secara langsung boleh menjadikan hati jadi sihat dan kuat

10 thoughts on “Hikmah susah hati yang tersembunyi…mari kita bongkarkan !”

  1. bila kita ambil dari sudut positif insyaallah..Allah gantikan susah hati itu dengan ketenangan.
    Tapi kalau kita rasa susah hati itu sebagai bebanan..maka akan hadirlah “kawan yang tak diundang” untuk berbisik pada kita

    Reply
  2. Terima kasih, Bang untuk remainder-nya. Kalau lagi kalut dan tak mengingat Allah, bisa-bisa bertambah-tambah kepeningan di kepala, tapi dengan hal-hal positif yang disebutkan di artikel ini, insyaAllah, Allah akan menjaga kita

    Reply
  3. Susah hati boleh menurunkan berat badan so sesiapa yang ingin sangat nak kurus dan slim Sila la susah hati selalu…peace

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge