Satu restoran kecoh. Saya ketika itu sedang enak menjamu selera.
Saya tidak tahu apa cerita. Tidak tahu hujung pangkal cerits.
Saya hanya mendengar suara nyaring dan kasar pelanggan lelaki memarahi pekerja restoran di situ.
“Cakap-cakap baik dengan emak saya” katanya penuh emosi marah.
“Saya boleh bayar la. Cakap sahaja berapa” tambahnya lagi.
Pekerja restoran tersebut hanya mendiamkan diri.
Tiada kata-kata untuk membalas balik.
Saya faham, apabila pelanggan naik angin tiada apa-apa yang boleh dilakukan.
Mereka adalah raja dan mereka selalunya betul. Ini teori yang diguna pakai dalam industri F&B ( makanan dan minuman)
Ya, pengalaman bekerja di bidang ini selama empat tahun ada juga gunanya.
Dari cerita kecoh tersebut saya hanya menjangkakan lelaki naik angin apabila emaknya cuba diperlekehkan oleh pekerja restoran tersebutnya.
Kasih sayang anak terhadap emak mereka cukup mantap. Cuma sayangnya salah tempat.
Kekecohan mereka menyebabkan selera saya dan mungkin juga pelanggan lain terganggu.
Nasib baik saya sudah lama di situ dan tidak lama selepas itu saya beredar keluar.
Cerita habis di sini tetapi ada kaitannya dengan isu emak saya, emak awak dan emak kita bersama-sama.
Emak sendiri dan emak mentua tidak jauh beza dari segi tarafnya.
Perbezaan mungkin kasih sayang. Mungkin layanan dan perasaan terhadap mereka.
Kita wajar untuk berbakti kepada mereka tanpa mengira sama emak kandung atau emak mentua.
Dalam dream board atau impian peribadi 2021 saya telah meletakan prioriti kebajikan untuk mereka.
Antaranya saya memberi wang belanja RM3000 sebulan. Jumlah ini lebih dari cukup buat mereka sebenarnya.
Namun lebihan duit itu membolehkan mereka belanja tanpa banyak berkira.
Bayangkan pengorbanan, masa, tenaga dan kasih sayang ibu kita tidak terbalas oleh kita.
Jadi dengan memberi wang belanja RM3000 setiap bulan masih terlalu sedikit untuk membalas kebaikan tersebur.
Apa yang menarik juga, saya merancang untuk memberi wang belanja yang sama kepada emak dan bapa mentua.
Biar mereka rasa bersyukur ada anak menantu yang baik. Malah rasa beruntung ada suami yang baik kepada anak mereka.
In Shaa Allah semua ini akan menjadi kenyataan dengan berkat doa pembaca semua.
Aamiin.
Pernah alami keadaan di atas tapi dalam kes yang berbeza. Owner kedai bertegang urat dengan pegawai KKM berkaitan dengan SOP kedai semasa Covid. Dan benar, ia mengganggu selera makan kami. Keesokannya, kami lihat kedai ditutup selama beberapa hari. Walau bukan staf KKM datang sebagai pelanggan, namun tetap orang yang datang ke kedai perlu dilayan sebagai raja. Kerana at the end of the day, pekedai akan dipersalahkan..sekadar sharing 🙂
satu perkongsian yang amat menarik..
pelanggan adalah raja sebab mereka as-sebab rezeki datang untuk mereka
rm3k tu sunguh lumayan., tapi x setaraf dgn pengorbanan yg ibu dan bapa berikan utk membesarkan kita kannn., alhamdulillah
sangat betul wak..
kalau imcome puluhan ribu sebulan…mengapa takut bagi emak bapak kita elaun yang besar ..
jangan nak kereta dan rumah besar je…hehehe..
peringatan untuk diri sendiri juga
alhamdulillah bagus mr h. mak dan mertua mmg sama tarafnya. bagus sgt menggembirakan hati mereka besar pahala
kan…mudah-mudahan Allah peermudahkan urusan tersebut