Bak kata orang bijak, pandai dan hebat…memulakan itu mudah tetapi hendak mengekalkan jadi cabaran yang getir, perit dan pahit.
Hari ini kita semua sudah berada pada hari kelima dalam tahun baharu 2024.
Kepada yang masih panas membara dengan azam tahun baharu dan kini sudah berjaya melewati dengan baik, maka tahniah.
Namun kepada mereka yang semakin sejuk dan menuju rasa tidak kisah maka bertaubatlah segera sebelum hari Jumaat yang kedua dalam bulan Januari ini.
Saya tidak menyindir orang lain.
Sindiran hanya untuk diri sendiri.
Sejak hari pertama ada beberapa sasaran saya tidak mengena dengan begitu baik.
Saya takrifkan semula sebagai permulaan tahun baharu yang kurang berjaya.
Ini tidak bermakna saya berpatah arah kerana masih berbaki 364 hari lagi untuk saya mencipta kejayaan demi kejayaan biar sekecil mana sekalipun.
Baiklah, saya senaraikan beberapa kejayaan kecil dan beberapa kegagalan sementara berdasarkan lima hari yang lepas.
1 Jan 2024
Saya tidak dapat sasaran mninum berselawat 2,379 sehari dan hanya mampu capai 2,372 sahaja.
Secara logik memang lebih kerana selawat yang diucap dalam solat fardu dan solat sunat tidak direkod secara rasmi.hehehe
Di tempat kerja, ada staf seliaan yang kurang perform dengan tugas.
Rasa panas hati mulai terasa dan rasa ingin meledak kemarahan pun ada…namun tidak wajar buat demikian hanya kerana emosi semata-mata.
2 Jan 2024
Jumlah selawat yang saya buat sudah meningkat kepada 6,687 kali.
Boleh dikira kejayaan juga walaupun sasaran harian yang terbaik atas 10 ribu selawat sehari.
3 Jan 2024
Selawat yang saya buat atas 10 ribu dan ini merupakan track rekod yang biasa walaupun bukan setiap hari saya berjaya berbuat demikian.
4 Jan 2024
Saya sepatutnya cuti tetapi masih sibuk buat kerja untuk laporan tahunan.
Setelah siap laporan pergi lagi mesyuarat di pejabat sehingga waktu petang dan sampai ke rumah selepas waktu Maghrib.
Habis satu hari cuti dengan buat kerja hakiki.
Saya lambat buat kerja atau masa terlalu laju buat saya.
Wallahualam.
Nasib baik selawat sudah capai 10 ribu sehari.
5 Jan 2024
Hari ini baru saya perlahan-lahan blogwalking dan membalas komen kawan-kawan blogger.
Kesian komen mereka lama tidak berbalas dan blog mereka lambat dikunjungi.
Maafkan saya.
Nasib baik masih cuti.
Kesimpulan
Cabaran sudah terasa untuk mengekalkan rentak dan ritma supaya konsisten setiap hari seperti berselawat 10k sehari, kemas kini blog setiap hari dan menjadi tetamu di rumah Allah tanpa culas.
Mohon doa semua dan saya doakan semua kawan-kawan beroleh kejayaan, kebahagiaan dan kesihatan yang terbaik.
Mendoakan orang lain pastinya balasan itu kembali kepada orang yang berdoa itu sendiri.
Aamiin dan In shaa Allah.
kena selalu istiqamah tu. biarlah sikit tp berterusan. yg penting terus berusaha, kan? Pasti akan berjaya. Aamiin…
abam kie recently posted…Keputusan Pengomen Tegar Blog Abam Kie 2023
Betul Anam Kie…sikit tapi istiqamah jauh lebih baik daripada banyak dan berhenti
Allahuakbar..saya masih jauh ketinggalan masih dalam usaha nak lebihkan 1000 sehari berselawat&istighfar
kalau konsisten 1000 itu kira cukup baik…
Apa yang perlu istiqamah sampai bila-bila
Betul itu hendak istiqamah itu susah.
Itulah dinamakan cabaran…mahu atau tidak mahu
ada kala kita di atas ada kala kita di bawah… begitulah skor kerajinan kita pun sama… level menyiapkan tugas hakiki pun begitu… apapun semoga dipermudahkan semua urusan kita
yalah tek..lumrah kehidupan yang tidak bisa kita nafikan
oklah tu janji ada update artikel post walaupun terasa bahangnya itu..
MYiDEAKiNi Dot Com recently posted…Selamat Tahun Baru 2024 Untuk Semua
Update blog setiap hari ada cabaran tersendiri..
tapi kalau sudah biasa…in shaa Allah akan jadi mudah
Masya Allah amalkan selama 40 hari tanpa culas ianya akan jadi tabiat.
InsyaAllah
Mrs. A recently posted…Terima Kasih Kepada Tujuh Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2023
Mudah-mudahn boleh berterusan hingga ke 40 hari..
cabaran yang besar juga tu
Alhamdulillah, doakan untuk lady juga yer..
In shaa Allah..
Aamiin Ya Rabbil Aalamin
istiqamah dan konsisten memang susah but it’s going to be worth it! fighting!!
Mudah-mudahan kita semua mampu melalui dengan cara terbaik
Bangga dengan MrHanafi. Uncle rasa malu dengan diri sendiri
tak perlu malu la uncle…kita ada rezeki dan jalur hidup yang lain-lain
tapi destinasi dan matlamat kita sama iaitu redha Allah SWT
Wow. Saya sendiri tidak mampu untuk selawat sebanyak itu. Tapi akan terus cuba sebanyak mungkin.
Semoga Encik Hanafi dapat konsisten dalam melaksanakan azam.
Terima kasih atas dorongan dan sokongan
Cabaran untuk berselawat datang dari hasutan syaitan kerana ia jeles dengan kebaikan yang bakal kita dapat
semoga jadi tetap Istiqomah..gak mudah melakukan sebanyak itu, niat harus di sertai praktek,walau berat mungkin lama”akan terbiasa
In shaa Allah dan terima kasih bagi sokongan dan dukungan yang bagus buat saya
mungkin blog tu boleh buat draft dulu kot. then set masa utk publish.
itu yg sy buat utk seminggu. BW pada sebelah mlm atau bla berkesempatan
wah…satu pengurusan masa yang bijak
boleh sangat untuk ditelandani
Istiqomah itu memang berat ya Mas. Tetapi tetap harus selalu diupayakan.
Salut dengan 10.000 salawat setiap hari.
Salam,
wsalam..
itulah cabaran sebenar apabila nak konsisten setiap hari dengan jumlah begitu