Pengalaman solat Jumaat semasa PKPP

Sudah sekian lama saya tidak solat Jumaat. Jika dihitung minggu tentulah bermula dari PKP fasa 1 sehingga pada semasa PKPP ini. Rasanya seperti tiga bulan. Mungkin kurang atau lebih.

Seperti kebanyakan orang, peluang solat Jumaat bukannya mudah untuk diperolehi. Tempat sangat terhad.

Mengikut prosedur operasi standard hanya diperuntukan 40 orang jemaah. Namun pada minggu berikutnya jumlah jemaah telah ditambah sehingga 150 orang bergantung kepada saiz keluasan masjid.

Ada masjid yang menggunakan sistem tempahan awal menggunakan perkhidmatan atas talian. Jika kouta sudah cukup maka gigit jarilah sesiapa yang tidak berkesempatan.

Selain itu ada juga masjid yang mengamalkan sistem giliran. Jika minggu ini sudah menunaikan solat Jumaat maka minggu yang seterusnya untuk orang lain pula.

Malah ada masjid yang kekal dengan konsep ‘first come, first serve’. Datang lambat maka tiada maaf bagimu.

Nampakkan bagaimana norma baharu hasil penangan Covid-19 terhadap manusia seluruh dunia.

Ok. Cukup.

Inilah mukadimah yang agak skema dalam untuk artikel kali ini.

Sempat la selfie sebagai kenangan

Sekarang saya ingin ceritakan pengalaman saya semasa solat Jumaat tempoh hari. Tidak dinafikan inilah pengalaman yang termanis dalam hidup saya sejak 20 dekad yang lalu. (Saya mualaf sewaktu berumur 23 tahun )

Sebelum kedatangan hari Jumaat tersebut saya sudah berdoa agar diberi peluang untuk menjejaki rumah Allah.

Seawal jam 10.00 pagi saya bertolak dari tempat tinggal ke pusat bandar. Kebetulan juga saya ada urusan lain yang hendak diselesaikan pada hari tersebut.

Sementara menunggu masuk waktu, boleh juga selesai perkara yang sepatutnya.

Alhamdulilah urusan dunia saya tidak selesai atas sebab masalah teknikal. Kita lupakan hal tersebut.

Berbalik kepada topik yang saya ingin saya kongsikan dalam artikel kali ini.

Ya, seawal jam 11 pagi saya sudah tercegat di pintu pagar masjid. Kebiasaanya pintu pagar masjid dibuka. Kini terpaksa ditutup dan hanya dibuka pada waktu yang dibenarkan sahaja.

Kelihatan beberapa jemaah sudah menunggu. Wajah penuh pengharapan untuk menjadi tetamu Allah pada hari Jumaat yang penuh berkah.

Kami dikawal oleh beberapa orang pengawal keselamatan masjid. Tidak boleh sesuka hati masuk walaupun benar masjid adalah rumah Allah di muka bumi ini.

Saya mendapat nombor giliran 26. Saya antara yang terawal berbaris di depan pagar masjid.

Setelah 20 minit berdiri di depan masjid, barulah saya dan beberapa orang yang lain dibenarkan masuk ke masjid. Pergerakan kami dikawal. Cuma dibenarkan lima orang dalam satu kumpulan.

Sesudah sampai dipintu masjid, saya dan jemaah yang lainnya diperiksa suhu badan, menulis nama dan nombor telefon dalam buku yang telah disediakan. Nombor giliran pula dimasukkan dalam kotak yang letakkannya tidak jauh dari tempat tersebut.

Perasaan memang sangat teruja dan gembira. Dalam hati tidak putus mengucapkan alhamdulillah.

Khutbah dibaca pendek sahaja. Kedudukan kami dijarakkan satu meter. Tiada bersalaman. Nak senyum dengan jemaah lain pun tidak boleh kerana terlindung dengan pelitup muka.

Kami telah dinasihatkan oleh pegawai masjid untuk sentiasa memakai pelitup muka, menggunakan sejadah sendiri dan mengambil wudhuk siap-siap dari rumah.

Perkara lucunya, saya tidak membawa sejadah dari rumah. Mahu atau tidak saya beli juga sejadah kecil dari kedai yang berhampiran.

sejadah kecil sahaja..mudah untuk dibawa ke mana-mana

Nasib baiklah kawasan masjid tempat saya untuk solat Jumaat memang dekat dengan kedai. Sempat juga sambar sejadah mini dengan harga RM8.00.

Seusai solat Jumaat, kami keluar dari masjid mengikut ‘ saf by sfaf’. Tidak boleh menyerbu pintu keluar sekali gus kerana menjaga jarak satu meter antara satu sama lain.

Alhamdulillah rata-rata jemaah berdisiplin dan menurut apa sahaja arahan pegawai masjid yang bertugas.

Cerita pengalaman saya solat Jumaat ini berhenti di sini.

Sebelum balik semula ke tempat saya bertapa, saya sempat layan nasi beriani kambing tanda kesyukuran berjaya solat Jumaat,

Harga cuma RM14 termasuk air lemon panas tanpa gula

Kesimpulan

Minggu yang akan datang ini saya mungkin mencuba solat Jumaat di tempat lain pula. Tidak yakin juga kerana saya dijadual bekerja syif pagi.

Memang susah untuk meninggalkan solat Jumaat kerana nikmatnya hanya Allah sahaja yang tahu.

Doakan saya berjaya lagi menjadi tetamu rumah Allah pada hari Jumaat.

Manalah tahu dapat juga menjadi tetamu Allah pula di Tanah Haram bersama pasangan hidup dunia dan akhirat.

Aamiin

Siapa dia, biarlah rahsia kerana saya sendiri pun belum pasti. hehehe.

12 thoughts on “Pengalaman solat Jumaat semasa PKPP”

  1. mesti best kan perasaan tu bila dpt turn bersolat jumaat? sy baca kat soc med, ada yg membayangkan, mcm mn agaknya kt akhirat kelak, kita dah lps meniti sirat tetiba tak dpt ‘nombor’ nak msk syurga? mungkin lbh teruk perasaannya tu… nauzubillah!

    Reply
  2. subhanallah tentu perasaan mengharap dan teruja akhirnya dpt sembahyang jumaat xdpt bibayangkan kan. kat selangor kena isi borang dulu

    Reply
  3. Semoga berjaya solat Jumaat, samada di masjid yang sama atau yang lain.

    Dan semoga juga mendapat apa yang dihajati.
    Biar kita simpan impian, semoga Allah berkati, Allah makbulkan & Allah redha 🙂

    Reply
    • aaniin dan begitulah yang kita mahukan dalam hidup ini..

      sandarkan pada Allah.

      usaha sedaya upaya dengan kudrat yanga ada kerana di situ ada nilai pahalanya

      Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: