Barang idaman dari Johor ke Sarawak

Sudah lama saya mengintai barang ini. Nak kata mengidam sudah keterlaluan. Seeloknya saya gunakan sahaja impian.

Impian yang bakal menjadi kenyataan dan akan berada dalam genggaman. Cuma sekarang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuching.

Saya sengaja memilih untuk membeli di Johor Bahru. Mungkin kerana ada faktor penarik yang seakan-akan berada di sana.

Jika berdasarkan pengalaman peribadi, Johor, Melaka dan Terengganu belum pernah saya jejaki.

Negeri yang pertama kali saya pergi adalah Selangor pada tahun 1996 dan yang terbaharu pada tahun 2019 adalah Kelantan.

Itu pasal negeri. Ini pasal barang impian yang baik punya.

Menurut jejak rekod dari Pos Laju, barang impian ini sudah mereka diterima. Kini dalam perjalanan untuk ke tempat si penerima.

Berapa lama untuk sampai ke Sarawak saya tidak pasti kerana bergantung kepada penerbangan pesawat.

Kalau guna jalan laut lagi la lama rasanya hehehe.

Barang impian saya ini dihantar menggunakan khidmat kurier Pos Laju. Jejak rekod ( track record) Pos Laju boleh kita kesan melalui pautan di bawah :

https://www.tracking.my/poslaju

Membeli dengan kaedah atas talian ( online) memang mudah. Kita sebagai pembeli cuma perlu percaya dengan penjual dan barang yang kita ingini.

Pelbagai cara untuk mengenali dan mengsahihkan mereka. Dapatkan nombor Whatsapp dan lihat bagaimana respons mereka.

Selain itu boleh follow up di media sosial. Hanya scammer sahaja yang tidak berani mendedahkan identiti sebenar mereka.

Kepada pembaca yang ingin membeli barangan guna kaedah atas talian pastikan SOP ini jangan ditinggalkan sama sekali.

“Hubungi mereka sebelum membeli”

Lainlah kalau beli barang yang berharga bawah RM10. Rasa curiga boleh dilenyapkan.

Barang impian saya dibeli pada 19 Jun 2020. Tarikh sampai pula akan dimaklumkan kemudian. Cuma kita doakan yang baik-baik sahaja dan terima kasih kepada pihak yang terlibat.

Rasanya itu sahaja perkongsian saya kali ini.

Kepada sesiapa yang ingin membeli telefon boleh menghubungi Bro Bin di talian 017-7824487.

Jika pembaca memang berada di Johor Bahru boleh terus ke premis mereka untuk bertanya dan membeli gajet impian anda.

Difahamkan ada ‘Free Gift’ menanti atas pembelian yang berjaya dilakukan.

Premis perniagaan mereka ada di:

IT Smarttone Mobile,
88, Jalan Wong Ah Fook, 80000 Johor Bahru.

Apa tunggu lagi, jom hubungi Bro Bin hari ini juga.

017-7824487
017-7824487
017-7824487

18 thoughts on “Barang idaman dari Johor ke Sarawak”

  1. assalamualaikum… hi everything! 😉 sihat ke tu? maaflah… baru laa ni dapat memunculkan diri. bukan sebab kuarantin tapi… err malaslah nak cakap hahaha… tak tau nak cakap apa. just harap lepas ni kita dapat bertegur sapa lagi macam dulu2… jgn lupa jenguk2 blog sy tu. sy dah bersihkan segala habuk dan sawang2 hahaha…see ya!

    Reply
    • wsalam anies..

      dah rasa merajuk pulak nie..orang dh tak suka kita hahaha

      BTW welcome back …saya seperti biasa akan membalas komen dan melawati siapa yang komen blog ini…sebagaimana sejak tahun 2015 lagi

      Reply
  2. jauh juga barang tu terbang ye tuan..moga selamat tiba ke destinasinya…

    saya beli barang dari kuching nak dihantar ke bintulu, dari 12hb sampai sekarang belum sampai2..apoo..hahaha

    Reply
    • barang yang saya nak beli tiada di Sarawak so terpaksa juga cari di seberang sana hahaha..

      ada sebab kelewwatan begitu kerana faktor logistik yang tidak mengizinkan kot..

      Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: