Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Untuk makluman semua,konten ini sangat panjang.Saya nasihatkan pembaca boleh membaca secara penuh,baca sebahagian atau menonton Youtube yang ada kaitan dengan tajuk.
Konten yang saya tulis ini ada tiga bahagian utama.
1.Artikel
2.Gambar yang berinformasi
3.Video
Cabaran jana pendapatan pasif ada pelbagai bentuk dan rupa.Ada yang mudah.Ada yang sukar.Semuanya bergantung kepada qadak dan Qadar seseorang.Jumpa yang susah.Bawa bersabar.Jumpa yang senang.Bawa bersyukur.
Cara pemikiran kita menentukan mudah atau sukar sesuatu cabaran.Kita tidak boleh mengubah keadaan sebaliknya kita sahaja yang boleh mengubah diri sendiri untuk berubah dalam mendepani apa jua cabaran.
Table of Contents
Cabaran jana pendapatan pasif
1. Duit
Rasanya bukan blogger pun ada menghadapi cabaran berbentuk duit.Namun blogger ada kemudahan untuk menjana duit secara pasif.Jika tahu ada hasilnya.Tak tahu, hasilnya jadi zero.
Apa yang perlu dilakukan.Tak lain dan tak bukan selain berusaha,pasang strategi dan jangan berputusa asa.Ramai yang tak berjaya bukan kerana tak boleh buat tetapi berhenti buat.
Orang yang buat akan dapat hasil biarpun hasil yang kita dapat tidak seperti apa yang kita nak.Mungkin lebih baik.Mungkin kurang baik.Yang penting redha.Puas hati kerana dah buat.
Penyelesaian : Promosikan Program FI$H
Video ini boleh dijadikan rujukan yang sangat bermanfaat.Boleh meningkatkan keyakinan bahawa Program FI$H bukan calang-calang.
Jom tonton video dibawah ini:
2.Laptop
Laptop yang sedia ada sudah uzur.Nak beli baru belum bersedia.Tengah usaha cari dana dan pendapatan.Yakin boleh kerana ada doa dan usaha yang konsisten.
Aktifkan juga minda bawah sedar memang dapat punya.Cepat atau lambat sahaja.Kalau nak cepat gambarkan dengan jelas dan selalu.Kalau boleh tiap masa dan ketika.Tak perlu ragu-ragu.Janji buat in shaa Allah akan dapat.
Penyelesaian : Dapatkan duit untuk beli laptop baru.
3.SEO
Sebagai blogger saya mesti tahu SEO.Tak dapat banyak boleh cuba-cuba sedikit demi sedikit.Lama-lama akan mahir.Ilmu SEO berkembang jika belajar dan buat.Selepas buat dan buat lagi.Yang penting jangan meluat.
SEO umpama seni.Perlu berlatih dan berlatih setiap hati.Kejayaan boleh menyusul kemudian.Kesabaran diperlukan kerana SEO adalah kesan jangka panjang.Kalau tak buat sekarang hasilnya bila lagi yang kita akan dapat. Terus berusaha.Terus buat dan buat.
Penyelesaian : Praktik ilmu dari ebook Actionable SEO
Penutup bukan bererti berakhir
Berikut adalah satu artikel yang pernah saya pertaruhkan dalam kontest SEO.Saya dah nak padamkan blog tersebut.Sebelum dipadamkan saya alihkan artikel tersebut ke dalam blog ini peringkat demi peringkat.
Jangan hairan kalau artikel selepas ini panjangnnya berjela-jela.Kalau tak pun ada yang tersasar dari landasan utama.
Blog Jana Pendapatan Pasif
Jika dah rezeki pasti boleh menjadikan blogger sebagai kerjaya utama yang dibanggakan oleh diri sendiri dan orang lain.Apa yang penting blog memberi manfaat kepada masyarakat dalam penyampaian ilmu dan informasi.
Sebagai blogger yang dah berkecimpung dalam dunia blogging sejak tahun 2012 memang wajar saya untuk berkongsikan perkara ini.Namun tidak bermakna saya seorang yang pakar dan hebat dalam bidang blogging.
Blog menjadi menarik jika ditulis dengan gaya bahasa yang tersendiri.Nak tulis panjang boleh.Nak tulis pendek pun tak ada masalah.Yang penting mesej sampai dan pembaca terhibur untuk membacanya.
Sebelum menulis blog, para blogger mesti banyak membaca agar banyak idea dan bahan penulisan juga menarik.
Belajar Buat Blog dari Platform Percuma
Blog adalah platform peribadi untuk kita mengetengahkan jenama,idea dan perkongsian ilmu dengan orang lain.Kekadang perkara yang sama namun ditulis dan diulas dengan cara tersendiri menjadikan ia ada aura yang hebat.
Kunci utama untuk menjadi blog menjadi gempak ialah keunikan persembahan dan gaya yang tersendiri.
Ciri-ciri ini dapat dinilai dari template,domain,tagline,headbanner dan pelbagai lagi.Malah kemesraan penulis blog sendiri yang rajin menjawab komen dan membalas blogwalking telah meletakkan blog kita semakin gempak dengan erti kata yang sebenarnya.
Para blogger sangat wajar untuk menulis blog dengan ayat dan idea yang asli.Tidak boleh menggunakan teknik tampal dan salin secara bulat-bulat.Orang akan tahu dan maruah blogger itu sendiri akan jatuh dibawah tapak kaki.
Belajar membina blog bukannya proses sehari dua.Ia boleh mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya.Tiada kejayaan tanpa kepahitan dalam berusaha.
Blogger Sepenuh Masa Perlu Pendapatan Pasif
Tentu ada dikalangan blogger yang sudah lama menceburi dunia blogging bercita-cita menjadikan blogger sebagai kerjaya sepenuh masa.Dengan kemampuan blog yang sudah menjana pendapatan dan jenama blog yang kini dikenali memang menjadi faktor tolakan ke arah itu.
Menjadi blogger sepenuh masa memang mudah.Kita tulis blog dan menulis setiap hari.Persoalannya dari mana sumber pendapatan yang boleh menampung kehidupan kita sebagai blogger itu sendiri,keluarga dan orang tanggungan (emak bapak la tu).
Jika kita menulis blog dan tiada hasil berupa duit maka tidak wajar meletakkan diri sebagai blogger sepenuh masa.
Gelaran yang paling sesuai ialah blogger separuh masa yang mempunyai pekerjaan utama yang tetap pendapatannya setiap bulan.Meskipun tiada pendapatan kaw-kaw dari blog seseorang blogger itu mesti bermotivasi untuk menulis blog.
Sebabnya blog adalah wacana buah fikiran,pandangan,perkongsian ilmu serta info serta platform terbaik mempromosi bisnes.
Saya berpendapat persediaan untuk menjadi blogger sepenuh masa ialah mempunyai pendapatan pasif.Dengan adanya pendapatan pasif kalian tidak lagi perlu kerja rutin setiap hari.Kalau setahun dua tak apa la.
Sedihnya ramai dikalangan kita termasuk saya sendiri melalui kerja rutin selama belasan tahun,Ada juga yang dah berpuluh tahun tau.Malah seumur-umur pun ada sebagaimana kata rakan saya yang berasal di Sabah.
Pendapatan pasif boleh kita jana melalui banyak cara.Kita boleh menulis blog yang ada ciri-ciri mesin duit.
Kini saya sudah menemui satu lagi cara untuk menjana pendapatan sebagai persediaan menjadi blogger sepenuh masa.
Sekarang saya berharap ada dikalangan blogger sudah nampak alternatif untuk menjana pendapatan pasif.Selain menulis blog untuk produk affiliate,iklan,advertorial atau event , kita boleh juga menulis untuk mengajak seramai mungkin rakyat Malaysia menyertai program FI$H.
Saya berharap para blogger yang ada keinginan untuk menjadi blogger sepenuh masa usahakan dulu pendapatan pasif.Gunakan medium blog sama ada yang masih blogspot atau hosting sendiri.
Buat promosi secara online kerana sebagai blogger dunia online bagaikan kuku dengan isi.Rapat sangat sehingga cubit paha kanan terasa sakit pula paha kiri.
Blogger Buat Duit Online
Topik ini amat menarik.Memang mengujakan dan pasti juga bisa memeningkan kepala kepada sebilangan besar blogger.Hanya 10 peratus sahaja yang dah berjaya dan menemui cara yang paling berkesan buat duit online.Saya berada dalam golongan 90 peratus dan kini dalam proses menempatkan diri sebagai Blogger buat duit online.
Sebagai seorang blogger tak kira bergerak sepenuh masa seperti Pakar SEO Blogspot atau blogger separuh masa seperti Pakar Buat Duit Dari Affiliate sudah tentu buat duit menjadi agenda utama.
Dengan adanya duit maka motivasi akan meningkat kerana modal membina blog itu memang guna duit.Itu belum masuk masa dan tenaga serta idea yang tak terkalah siang atau malam.
Serius, bagi saya sendiri kemahiran membuat duit online belum boleh dibanggakan.Saya masih merangkak dan berikhtiar baik cara yang biasa atau lain sedikit dari biasa.
Matlamat akhirnya agar kerjaya sebagai Blogger boleh dijadikan sumber pendapatan yang stabil dan menyakinkan.Memang benar ada gaji dari kerjaya utama namun kos hidup yang sentiasa meningkat memaksa diri untuk keluar zon selesa.
Blogger amat menuntut masa dan idea untuk menulis,mengemaskini dan blogwalking hampir setiap hari.Kehidupan blogger lebih sibuk daripada orang kebanyakkan.
Jadi amat berbaloi kiranya kesibukan begini memberi pulangan dalam bentuk duit.Dengan adanya duit tambahan atau lumayan maka kehidupan harian kita boleh menjauhkan diri dari perasaan mengeluh.Orang mengeluh seperti kecewa dengan kehidupan ini.Pendek kata tak bersyukur.Ingat tu.
Strategi demi strategi boleh digunakan untuk blogger membuat duit dari online.Strategi yang paling ampuh memberi kejayaan yang amat manis.Saya sendiri mencuba pelbagai strategi.
Pengalaman lalu telah memberikan satu kenangan manis dalam menjana duit dari online.Semasa menggunakan blog kakiblog.my,saya berjaya mendapat duit affiliate dari Ashadee ( sebelum ini Jomniaga).Dengan duit tersebut saya membeli domain sendiri dan membina blog baru iaitu Portal Ilmu.(tinggal kenangan)
Melalui blog tersebut saya mengumpul koleksi ebook dan mempromosi secara affiliate.Perjalanan blog ini baru bermula dan keberhasilannya masih dalam impian.
Sudah pasti impian itu sendiri adalah kejayaan kecil untuk mendapat duit dari online.Saya masih belum berpuas hati lalu terfikir untuk membina blog yang lebih berciri-ciri kepuasan menulis dan ada jenama sendiri.
Bermula dari situ saya terus mengerah idea untuk membina jenama sebagai blogger.Dengan langkah berani saya telah membeli satu lagi domain heroborneo dot com (tinggal kenangan) untuk dijadikan blog personal yang ada niche motivasi bercampur baur informasi.
Pada mulanya merancang untuk membina blog di platform WordPress dan ada hosting sendiri.Namun bajet tidak mengizinkan sehingga memaksa saya akur untuk menumpang di platform Blogger.com
Melalui networking begini blogger boleh mencipta peluang yang begitu banyak dalam usaha membuat duit online.Membuat duit dari online tentunya terbaik melalui blog.
Misalnya ada promosi produk sendiri.Kelebihan mempunyai produk sama ada perkhidmatan atau produk sendiri, blogger boleh mengawal harga.Nak bagi diskaun,naik atau turunkan harga.
Itu terpulang kepada blogger usahawan sendiri.Sebab itulah kalau serius nak buat duit dari online perlu ada produk sendiri seperti ebook atau apa-apa yang boleh dijual secara online.
Tak Nak Jadi Blogger Pengamen
Sebelum itu saya nak terangkan maksud istilah Blogger Pengamen.Menurut blog kawan saya, pengamen macam busker iaitu pemain muzik jalanan yang ada bakat seni namun tidak dikomersial pada tempat sepatutnya.
Jadi secara simboliknya blogger pengamen ialah blogger yang belum ada duit dari blog .Namun masih boleh buat berblogging kerana rata-rata blogger memang ada pendapatan dari pekerjaan tetap.
Tidak semua blogger berorientasikan wang dalam penulisan blog.Ada yang suka berkongsikan ilmu dan berharap ilmu yang dikongsikan itu memberi manfaat kepada orang lain.
Secara logiknya blogger ini tergolong dalam blogger pengamen namun taraf hidup mereka stabil kerana kerjaya utama yang profesional.Mereka tak salah.Kita juga boleh salahkan mereka kerana memilih menjadi blogger pengamen.
Namun tidak semua yang bernasib baik kerana memiliki pekerjaan yang baik dalam menampung hidup.Ada yang hidup sengkek dan terpaksa juga mencari rezeki kais pagi makan pagi.
Mereka memang tidak berminat menjadi blogger kerana faktor tidak suka menulis dan tidak mampu mendapat akses internet.Pendapatan mereka hanya untuk keperluan hidup yang utama.
Apa yang saya kongsikan di sini berkaitan blogger pengamen.Mereka menjadi blogger kerana faktor minat dan keperluan untuk mendapat wang tambahan setiap bulan.
Ada yang sudah bertahun-tahun berblogging namun tiada pendapatan dari blog.Terdapat juga sebulan dua menulis blog lalu berhenti kerana nampak usaha mereka tiada berhasil.
Melihat senario begini tentunya saya wajar memberi pandangan.Tambahan pula saya tergolong dalam kategori blogger pengamen iaitu blogger yang mempunyai pendapatan yang jarang-jarang ada.Sekiranya adapun terlalu sedikit sehingga nak bank in dalam bank pun tak lepas.
Saya berpendapat jika tak nak jadi blogger pengamen lagi kalian mestilah masak dan faham dengan sepak terajang dunia blogging.Ianya sama seperti dunia perniagaan.Tak semua perniagaan yang kita buat boleh maju dan bertahan.Kebanyakkan gulung tikar kerana ia adalah adat resam hidup berniaga.Orang bisnes pasti tahu punya!
Oleh itu blogger pengamen adalah ujian sebenar kepada tahap kemampuan dan motivasi seseorang.Jika tahan lasak dan sabar maka blogger pengamen bisa berubah menjadi blogger berpendapatan tinggi.
Tidak mustahil menjadi sepenuh masa pula nanti.Paling ketarapun menjadi usahawan online kerana dunia blogging amat berpotensi untuk diperluaskan dalam pelbagai bidang.
Jalan terbaik berazam untuk berubah dari blogger pengamen.Tak nak blogger pengamen buat selama-lama.Buat perubahan dengan belajar buat duit dengan blog di link ini.Mesti terjah jika nak berjaya.——–>Buat duit dari blog
Blogger Kerjaya Masa Hadapan Terbaik
Ramai yang berimpian untuk menjadi blogger yang berjaya.Blogger yang boleh menghasilkan pendapatan secara tetap,bermusim dan sebagainya.Pendek kata kerjaya blogger yang boleh menggantikan kerjaya rutin seperti yang kita lakukan hari ini.Blogger boleh dianggap sebagai profesional jika sudah memberi satu income yang bagus dan stabil setiap bulan.
Perlu saya ingatkan menjadi blogger bukan kerana duit semata-mata.Lebih dari itu kerana blogger adalah insan yang suka menulis untuk berkongsikan ilmu dan maklumat kepada pembaca.Kepuasan berblogging terpancar jika pembaca mendapat manfaat dan kebaikan dari hasil penulisannya.
Perkara ini bukan trend baru.Ada yang telah memilih blogger sebagai kerjaya sepenuh masa.Mereka ada blog,jenama dan reputasi yang kukuh.Namun saya percaya apa yang mereka perolehi ketika ini tidak berlaku secara semalaman.Bukan sebulan dua.Yang pasti sudah dibina dan diusahakan paling kurang 3 tahun.
Mereka bermula dari tiada sehingga menjadi sesuatu yang boleh dibanggakan.Senang cerita dari zero menjadi hero.
Pada masa kini kehidupan kita terlalu dekat internet.Dulu-dulu internet perkara mewah sehingga saya pernah dikenakan bayaran RM10 sejam untuk melayari internet di pusat siber (CC) sekitar tahun 1997.
Tengok sekarang ini internet dapat diperolehi secara percuma jika berada di Kampung Tanpa Wayar dan lokasi WIFI.Tak kisahlah sama ada di restoren segera,salon atau rumah kawan.Jadi ada internet maka kemudahan bagi seseorang yang bergelar blogger.
Masa hadapan yang saya bicarakan dalam entri ini bukan 10 tahun lagi.Mungkin 3 tahun dari sekarang atau lebih awal daripada itu.Perlu kita sedari bahawa masa tidak pernah menunggu.
Sebaliknya masa akan berlalu sia-sia jika saya dan mungkin juga kalian masih memasang impian tetapi tidak berbuat-buat apa tindakan pada saat itu.
Hanya mereka yang suka menulis,membaca dan tiada pilihan akan menjadikan blogger sebagai kerjaya masa hadapan yang terbaik.HB amat percaya apa yang kita fikirkan hari ini akan menjadi kenyaatan esok hari jika ada sungguh-sungguh dan keyakinan.
Teruskan berimpian dan jangan berhenti sehingga apa yang kita lakukan menjadi kenyataan.Akhir kata itulah cabaran blogger untuk jana pendapatan pasif.
Jumpa lagi.
p/s : Jom Join Grup Whatsapp Pembaca Blog
bukan senang nak jana pendapatan dari blog.. makan masa dan kena banyak bersabar
nikkhazami recently posted…Pengalaman Beli Barang di Hermo
betul tu…
bukan senang nak senang la..
Info yang menarik.. good luck.. semoga tercapai semua impian.. saya juga
Sedang berusaha mempelbagaikan cabang untuk hasilkan pendapatan pasif melalui blog..
Buat masa ini nak fokus kepada seo dan keyword homestay di Seri Iskandar Perak..
anuar recently posted…Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak
bagus tuan…fokus dan kerja yang bersistmatik pasti boleh menghasilkan kejayaan
nice entry.. lptop busyra ni huruf ‘A’ dah x leh guna. haha. kna guna on screen kyboard je dlu ni. before hntr kedai. huhu
sekarang ada keyboard external..
boleh cuba la tu..
Mama baca sampai habis. Tetiba Rasa bermotivasi Pula. Cuma mama sebagai part time blogger mmg Ada kekangan masa sikit utk fokus berblog. Minat Tu mmg ada
wow..baca habis
dia punya panjang konten 2K patah perkataan..
tahniah dan terima kasih
Sambil berblog dan dapat side income, memang berbaloi 😉
ajumohit recently posted…Salam Aidilfitri 1438 Hijrah
begitulah yang sepatutnya..
lagipun sekarang tak boleh dengan satu pendapatan sahaja..
alhamdullillah bro..
bagus tu dah boleh cari duit sendiri melalui online
usaha tangga kejayaan. InsyaAllah, jika ada rezeki pasti xke mana. 🙂
betul tu..
dan saya cukup percaya