Join Grup Whatsapp Pembaca Blog

Grup wasap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Saya berbesar hati untuk menjemput anda join satu Grup Whatsapp pembaca blog.Dalam grup Whatsapp tersebut para ahli akan mengetahui konten terkini dari blog mrhanafi dot com mendahului pembaca yang lain.Pantas dan semuanya di hujung jari.

Tiada paksaan.Jika rasa tak sesuai boleh tinggalkan grup ini tanpa ‘hard feeling’.Anda bebas untuk left grup dan masuk grup semula tanpa prosedur yang rumit.(Itupun tertakluk kepada kelulusan admin grup).

Peringatan mesra buat ahli grup whatsapp

Peraturannya tidak boleh ada iklan bisnes atau yang sesuatu dengannya.Jika ada berlaku juga senang cerita.Admin grup akan keluarkan ahli tersebut serta merta tanpa ‘hard feeling‘.Adilkan untuk semua.

Manfaat sertai  grup Whatsapp

Para ahli boleh berinteraksi dengan admin secara langsung untuk pertanyaan atau saranan berkaitan perkara yang saya tulis dalam blog.In shaa Allah ada komunikasi dua hala untuk manfaat bersama.

Saya akui komunikasi Whatsapp lebih pantas berbanding Facebook atau email.Rugi kalau tidak memanfaatkan teknologi tersebut untuk kepentingan bisnes dan pemasaran branding.

Jika ada soalan yang boleh saya jawap, in shaa Allah dapatlah keputusan segera.Sekiranya sukar mungkin mengambil masa kerana saya perlu merujuk kepada yang pihak yang lebih arif dan bertauliah.

Objektif grup Whatsapp tersebut  untuk mendapat input yang positif supaya ada penambahbaikan terhadap kualiti artikel,gaya penulisan dan sebagainya.

Atas sebab demikianlah sumbangan idea dari grup pembaca ini amat saya perlukan.Pada anda mungkin idea tersebut kecil namun untuk pembaca lain mungkin besar manfaatnya.Termasuk dengan saya.Tak perlu malu jika kena dengan tempatnya.

Para ahli boleh mencadangkan apa-apa topik yang perlu saya tulis dalam blog.Misalnya artikel  Cinta Lahir Untuk Balas Budi adalah cadangan salah seorang pembaca blog kepada saya.Terima kasih kepada gadis tersebut.

Jika semuanya berjalan lancar dan sempurna tidak mustahil juga saya akan menghargai pembaca dengan pemberian yang ada nilai komersial atau nilai sentimental ataupun yang setara dengannya.

Tak nak berjanji tetapi ingin berusaha kalau ada.Doa-doakan.

Saya amat menghargai dan berterima kasih.Setidak-tidaknya saya bukan menulis syok sendiri.Kepentingan pembaca wajar saya utamakan berbanding kepentingan sendiri.

Tanpa pembaca tiada gunanya blog saya.Tak akan la saya sendiri tulis dan saya sendiri baca sorang-sorang.Jika begitu takdirnya mungkin hasrat murni saya untuk menjadi manusia yang banyak bermanfaat kepada manusia lain tidak tercapai.

Jom berinteraksi dengan penulis blog.Gelanggang untuk komen membina, saya buka dalam grup Whatsapp.Ruangan komen dalam blog yang biasanya rakan rakan blogger suka gunakan untuk berinteraksi dengan admin blog.

Sekiranya ada sesi perkongsian dan perbincangan sesama ahli memang saya galakkan.Jika ingin keluar dari topik boleh sahaja PM tepi supaya tidak mengganggu ketenteraman ahli-ahli grup yang lain.

Berikut adalah manfaat luar kotak fikiran untuk ahli grup Whatsapp ini.Manalah tahu kalau ada para ahli grup Whatsapp yang ingin bertemu jodoh,dapat kenalan baru atau prospsek yang berpotensi untuk mereka yang berkenaan.Sebab kemasukan ahli grup ini datangnya dari seluruh negeri di Malaysia.

Tindakan bijak anda sebagai pembaca ialah menjadikan grup whatsapp tersebut sebagai one stop centre.

Yang paling penting, jangan langgar peraturan grup dan hormati admin berserta ahli ahli grup yang lain.In shaa Allah langkah selanjutnya ditanggung beres.

Jika berminat boleh sertai sekarang juga di >>>SINI

Sumber rujukan:

1.Panduan Jana Pendapatan Pasif

2.Cara Tarik Rezeki Melimpah Ruah

3.Panduan Dapat Duit Cepat

4.Cara Meroketkan Jualan Di Facebook

5.Produk Tahan Lama Untuk Lelaki

6.Software Terbaru Untuk Peniaga Instagram

7.Mantera Pemasaran Untuk Jualan Luarbiasa

(Visited 120 times, 1 visits today)

15 thoughts on “Join Grup Whatsapp Pembaca Blog”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge