Baru-baru ini saya ditanya oleh anak tentang topik apa dalam khutbah Jumaat lalu.
Saya tidak mampu nak jawap sebab sudah lupa 100 peratus isi khutbah yang disampaikan.
Ini tidak bermakna saya tertidur ketika khatib menyampaikan khutbah atas mimbar.
Cuma daya cerapan dan ingatan sudah tidak sekuat zaman muda-muda dulu.
Jadi pada Jumaat kali ini, saya cuba mengingat kembali apa yang disampaikan oleh khatib sebelum saya lupa lagi.
Topiknya menjadi lebih baik.
Saya cuba senaraikan beberapa point yang termampu saya ingat.
1.Berniat untuk buat kebaikan
2.Bergaul dengan orang yang baik-baik
3.Sentiasa bertaubat atas dosa dan kesilapan
Itu saja yang dapat saya ingat ketika saya menulis coretan ini.
Semasa khutbah saya boleh fokus dan khusyuk.
Malah saya faham apa yang disampaikan.
Namun bila keluar sahaja masjid maka amanat dan mesej yang disampaikan itu seperti luput bagaikan angin yang berhembus lembut.
Mudahan apa yang mampu diingat itu boleh diamalkan sebaik yang mungkin.
Jom beramal.
nanti next jumaat bolehla catat dan tulis di sini.. boleh lady n sahabat wanita lain membaca nya 😀
Bagus juga idea nie…
at least ada bahan untuk dijadikan penulisan blog hehehe
maybe mrhanafi boleh catat dalam telefon atau buku nota kecil tentang topik yang diceritakan so that you can convey the messages to your children. i wish you could recover!
Kalau bukan masa solat Jumaat…boleh berbuat demikiam..
patut jadikan habit mencatat dalam buku nota sama ada digital atau konvensional
Haha biasa dengar masa itu ingat. Lama-lama lupa.
kan…salah satu faktor…syaitan selalu hasut supaya ingkar
niat paling utama. sebab segala tindakan kita bermula dengan niat.
Ya betul..
semua tindakan dan perbuatan kita dinilai berdasarkan niat
Itulah faktor usia, namanya. Hehe..
Saya sekarang bila ingat, saya kena tulis, supaya tak lupa.
Terima kasih, share intipati penting khutbah jumaat.
ada betul juga tu
semakin tua semakin lupa kot
betul sangat. masa mendengar ayat yang baik..seolah ayat itu tertancap kemas di minda tapi bila hari berlalu, eh saya dah tak ingat bagaimana ayat itu berbunyi
Kan…Kutbah Jumaat memang ditulis untuk menyampaikan mesej kebenaran…
cuma sangat rimgkas kerana masa terhad