Saya dan angan-angan bagaikan aur dengan tebing. Mana mungkin dipisahkan seperti ombak dengan pantai atau kuku dengan isi.
Daripada berfikiran negatif, risau tak tentu pasal dan buruk sangka tanpa sebab alangkah bestnya berangan-angan untuk dapat RM1 juta.
Dapat juga menaikkan hormon serotonin iaitu hormon kebahagiaan dalam melayari hidup ini.
Jika dapat RM1 juta saya akan longgokkan dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF).
Selepas satu tahun, saya akan bayar zakat dan kira dividen.
Zakat saya akan bayar dalam RM25,000.
Andainya dapat dividen 6 peratus, maka saya akan dapat jumlah seperti pengiraan di bawah.
Dividen: RM1,000,000 x 6 % = RM60,000
Zakat: RM1,000,000 x 1.25% = RM25,000
Jumlah bersih: RM60,000 – RM25,000 = RM35,000
Jumlah RM35,000 tersebut akan dibahagi 12 bulan untuk dapat RM2,916 sebulan.
Wang RM2,916 saya akan belanja untuk kehidupan secara sederhana dan sisipkan juga untuk beli emas 9.999.
Selepas pengiraan yang mudah tersebut siapa yang berani kata saya banyak duit dan bergelar jutawan.
Angka tersebut belum tolak kadar inflasi dan perbelanjaan luar jangka.
Cuma saya perlu pertahankan angka RM1 juta dalam KWSP dan menabung sikit-sikit dalam ASB serta Tabung Haji dengan pecahan paling kurang 30 peratus.
Itupun jika bulanan RM2,916 belum habis diguna.
Kalau masih bekerja macam sekarang, memang masih ok dan tak luak sangat jumlah tu.
Mudah-mudahan.
Apa-apapun itu cuma angan-angan saja.
Mana tahu, bisa jadi kenyataan.
Aamiin.
Segmen potret AI
