Belajar menjauhi Threads, elak leka dan toksik

Threads merupakan platform media sosial berasaskan teks oleh Meta Platforms yang diintegrasikan dengan Instagram.

Benda alah ini dilancarkan pada 2023 dan telah mencatat lebih 100 juta pengguna dalam lima hari.

Kini sudah melebihi 400 juta pengguna aktif bulanan global.

Di Malaysia, Threads dianggarkan mempunyai sekitar 3.6 juta pengguna, bersamaan kira-kira 10 peratus populasi.

Kadar penembusan mencecah lebih 12 peratus dalam kalangan pengguna internet, dengan agihan jantina hampir seimbang.

Platform ini semakin popular sebagai ruang perbualan santai dan interaksi komuniti, sekali gus berpotensi menjadi saluran penting untuk pembinaan jenama digital.

Bagus untuk golongan usahawan digital dalam usaha mencari pasaran kepada produk atau perkhidmatan.

WAJIB BACA :   Pengalaman Pertama Mencuba Whey Protein Jenama Vital Whey

Memang ramai pengguna dan pembaca terutama untuk mendapatkan isu-isu semasa, sensasi dan kontroversi.

Namun saya berusaha untuk menjauhi Threads ini kerana beberapa faktor berikut.

1.Leka

Saya mudah leka dan banyak membuang masa. Sepatutnya masa tersebut saya boleh gunakan untuk menulis blog, blogwalking atau membaca buku.

Kalau nak dapat isu terkini pun saya boleh saja buka portal atau media yang berautoriti.

2.Banyak toksik

Memang tidak dinafikan memang ada juga info, ilmu dan maklumat yang bagus untuk membina minda.

Namun dalam masa yang sama, berlambak dengan isu toksik seperti kes curang dan kutuk orang.

Bahkan ada juga Tele scam yang terang-terang untuk perkhidmatan maksiat yang ‘sedap-sedap’.

WAJIB BACA :   Cara Menyelesaikan Hutang Keliling Pinggang

3.Rehat minda

Saya bekerja dalam media arus perdana. Banyak info, data dan fakta yang perlu dibaca setiap hari.

Jika tugas rutin bermain dengan perkara tersebut, bila masa lagiĀ  minda berehat jika asyik terdedah dengan Threads.

Andainya berjaya, saya bersederhana menjadi penguna Facebook, Youtube, TikTok dan terbaharu Threads.

Kesimpulan

Kejayaan menjauhi Threads perlukan will power yang tinggi, dorongan serta sokongan kawan-kawan semua.

Saya percaya mampu melakukannya dan lepas ini akan ada masa untuk blog.

In shaa Allah.

p/s: Teringin juga nak jadi orang muda sebagaimana dalam potret AI di bawah ini:

Segmen potret AI

Using the attached image as the primary visual reference, recreate a professional editorial portrait of a confident Asian man in his late 30s to early 40s.
He is wearing a maroon blazer with a lapel pin, a black crew-neck shirt, and rectangular eyeglasses. His hair is short, black, and neatly side-parted. His expression is calm, serious, and self-assured.
The subject is positioned beside a large glass window, with a clear reflection of his face and upper body visible on the glass surface. He is leaning slightly forward, resting both hands on a vertical black metal frame or railing, conveying a composed and authoritative posture.
The background consists of a textured beige wall with modern architectural elements. Lighting is soft natural daylight coming through the glass, producing a balanced exposure with soft shadows and subtle highlights.
Composition & Style:
Medium shot (waist-up)
Reflection used as a strong visual element
Symmetrical and clean framing
Warm, neutral color palette (maroon, beige, black)
Minimalist, modern editorial look
Camera Settings:
50mm or 85mm lens
Shallow depth of field
High sharpness on subject
Natural light, no harsh shadows
Ultra-realistic, high resolution
AI Parameters (optional):
–ar 3:2
–style raw
–v 6
photorealistic, ultra-detailed, cinematic lighting

Leave a comment

CommentLuv badge