Kata-kata menarik hari ini (Siri 7)

Sudah lama juga saya tidak kemas kini segmen untuk kata-kata menarik hari ini. Bukan tiada idea tetapi tiada kekuatan dan semangat untuk berbuat demikian.

Maklum saja, zaman blogger tidak semeriah dulu. Kini ramai yang lepak dan lagha di platform media sosial sehingga tabiat menulis blog semakin terhakis.

Perkembangan ini bukan sesuatu yang bagus. Boleh dikatakan merunsingkan dalam sudut lainnya.

Kurang blogger menyebabkan Google kurang konten terkini.

Google kini berharap dengan konten yang dihasilkan oleh AI dan plaform media sosial.

Itu mukadimah yang memang lari dari topik asal yang ingin saya kongsikan

Berdasarkan poster di bawah biar saya huraikan secara santai.

WAJIB BACA :   5 tips mudah untuk kekal miskin

Pendapat ini tidak semestinya betul dan mungkin juga bercanggah dengan aliran pemikiran ramai.

Orang miskin

Orang miskin dikatakan takut kaya kerana mereka sudah rasa selesa dengan gaya hidup serba kekurangan dan tidak mahu berfikir terlalu jauh dengan status quo yang mereka miliki.

Nanti kalau sudah kaya boleh jadi sombong, riak dan angkuh.

Itu cara fikir orang miskin jika ditanya mengapa tidak mahu jadi orang kaya.

Orang kaya

Orang kaya memang sedaya upaya untuk mengelak menjadi orang miskin.

Mereka tahu menjadi orang miskin akan membawa banyak kekangan dan kesulitan dalam menikmati hidup.

Mereka berusaha untuk memastikan kekal kaya dan bertindak terus mengumpul kekayaan agar dapat diwarisi ke satu generasi

WAJIB BACA :   Nak baca buku atau layan media sosial ?

Kesimpulan

Sama ada kaya atau miskin itu semua adalah ujian daripda Allah SWT kepada hambaNya.

Kalau hidup kaya tentulah bersyukur dan kalau ditakdirkan miskin wajarlah bersabar.

Sebab dunia adalah kehidupan sementara dan akhirat pula kehidupan abadi sama ada untuk orang orang kaya dan orang miskin.

Sebaik-baiknya kekayaan  berupa amal, iman dan takwa.

Segmen potret AI

Use face from photo reference. Preserve exact facial identity.
Create a cinematic vintage Malaysian comic rental shop scene. The atmosphere feels warm, crowded, and nostalgic—like spending hours reading comics in a small neighborhood rental.
The subject maintains the exact facial identity from the reference image. Expression is focused and immersed.
Styling & outfit:
Simple casual: t-shirt, shorts/jeans, sandal vibes.
Scene setup:
Small shop with shelves stacked tightly with comic books. Slightly cramped, colorful covers everywhere.
Main frame:
Subject sitting on floor or low stool reading a comic.
Secondary frame:
Close-up of face focused on pages.
Wide frame:
Full shop with rows of comics, stacked piles.
Detail:
Hands flipping pages, worn comic edges.
Lighting:
Warm indoor light, slightly dim.
Vibe:
Cozy, childhood memory, slightly chaotic.
(masterpiece, ultra realistic, analog film photography, vintage comic rental, photorealistic)

 

Leave a comment

CommentLuv badge