Kita semua mempunyai pilihan dalam hidup ini—untuk kekal miskin atau berubah menjadi kaya. Ironinya, pilihan untuk kekal miskin adalah jauh lebih mudah dan senang.
Baru-baru ini, saya terjumpa sebuah video di TikTok yang berkongsi tips praktikal untuk kekal dalam kemiskinan.
Table of Contents
Kekal miskin
Mari kita teliti!
@afiqipin Ada lagi tak tips lain yg korang tahu? Cuba komen😁 #financialtips ♬ original sound – Afiq Ipin
Tips 1: Tidur Berlebihan
Bangunlah selepas waktu subuh, atau lebih baik, teruskan tidur hingga matahari setinggi galah. Kenapa perlu bergegas menjalani kehidupan waktu pagi jika anda boleh menikmati tidur selepas subuh.
Tips 2: Amalkan Sikap Bertangguh
Biasakan diri dengan sikap bertangguh. Semakin lama anda menangguhkan sesuatu, semakin baik untuk kekal miskin.
Tanamkan pemikiran bahawa “esok masih ada.” Jadi, tunggu dan tunggu sahajalah!
Tips 3: Salahkan Orang Lain
Apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku, jangan sekali-kali salahkan diri sendiri. Cari kesalahan orang lain dan anggap diri anda sempurna.
Ini adalah cara terbaik untuk mengekalkan kemiskinan!
Tips 4: Berfikir Berlebihan
Sebelum melakukan apa-apa, luangkan masa untuk berfikir secara berlebihan. Fokus pada kemungkinan negatif dan jangan pernah berhenti berfikir hingga anda terhalang untuk membuat keputusan.
Ini pasti akan menghalang anda daripada bertindak!
Tips 5: Terlalu Asyik dengan Media Sosial
Luangkan waktu anda untuk melayari media sosial dari pagi hingga pagi lagi.
Jauhi aktiviti yang bermanfaat dan pastikan telefon anda sentiasa di tangan, jangan tingggalkan walau sesaat pun!
Layan dan terus layan medsos sampai lebam.
Kesimpulan
Jadi, bagaimana pendapat anda?
Adakah tips kekal miskin ini lebih mudah?
Secara jujurnya, untuk menjadi orang kaya adalah berlawanan daripada tabiat orang miskin. Namun, perlu diingat bahawa kekayaan tidak semestinya diukur dengan harta benda atau wang ringgit.
Kekayaan sebenar juga boleh datang dalam bentuk pahala, senyuman, dan manfaat kepada orang lain.
Sekarang terpulang sama ada mahu kekal miskin atau berubah menjadi orang kaya.
Jom buat keputusan.
Baguih punya tips!
dalam satu sudut yang lain macam bagus hehehe
Dah betul la tu tips nya.. Siapa nak terus miskin sila ikut.. Hihi.
Saya teringat satu peribahasa
yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan..
betul sgt tu kalau berlebihan mmg kekal miskin sampai ke tua lah hehe
semoga kita dielakkan daripada bersikap demikian
Benar juak tips ya.. setuju… sifat² pemalas dan bertangguh ya mmg byk memudaratkan diri dan org sekeliling kita
Kakmim recently posted…Rahsia Rajin Masak Tiap Hari
aok…mohon dijauhkan sikap malas dan bertangguh ini
Bagus juga buat video yang counter productivity macam ni untuk jentik hari supaya lebih motivasi.
Faizal R recently posted…Upgrade Laptop Sendiri Pula
semoga kita semua dijauhi daripada perkara tersebut
Uit, reverse psychology ni. 😀
ya…begitulah tujuaannya
Tips yang bagus. No 5 tu agak susah nak ubah sedangkan sebelum ada smartphone dulu suka baca buku.
Apa boleh buat…zaman sudah berubah
cabaran begini memang sukar untuk dielak
🤣🤣🤣🤣🤣 baguuuus videonya. sindirannya kena telak langsung ke jantung 😂. yg nak miskin , ikuti dengan sepenuh hatilah semua tips di atas 😅. dijamin berhasil 🤭
fanny_dcatqueen recently posted…HOTEL MALAYSIA: MENGINAP DI CORUS HOTEL KUALA LUMPUR
Kan…kalau nka miskin sangat mudah dan perkara yang mudah itu ramai nak buat
baca entry ni teringat kisah anak beranak yg x keje & tak puasa tu… haihhh harapkan duit zakat je…
Moga mereka diberi petunjuk dan hidayah
Sekarang sudah berusia, semakin susah nak cari alasan untuk bermalasan. Tak kerja takda makan utk anak2 kecil
Ya..terpaksa cari alasan untuk jadi rajin bro
perkataan terpaksa terlalu keras, suka tidak suka, penat tidak penat ianya perlu demi tanggungjawab seorang hambaNya
Pencari Info recently posted…Top 3 Crypto Brokers in Malaysia
Itulaj ujian dunia….perlu kita lalui dalam apa keadaan sekali pun
memang kalo ingin kaya harus berusaha keras dan bekerja rajin, kalo cuma males-malesan bakal jadi miskin selamanya 😀
kalau nak jadi miskin cukup mudah…tak perlu buat aoa-apapun sudah ok