Telefon hilang kerana dicuri, apa perlu anda buat ?

Saya tidak sangka telefon hilang pada pagi 2 Mac 2020. Memang terasa juga penangannya. Sebab kerja hakiki saya menggunakan 100 peratus telefon bimbit yang ada akses internet.

Jika telefon hilang kerana dicuri, perkara pertama yang perlu dibuat ialah ucap alhamdulillah. Tarik nafas dan bertenang seminit dua. Selepas itu baharu fikir apa tindakan selanjutnya.

Izinkan saya ceritakan kisah saya yang kehilangan telefon. Hilang kerana ada orang rembat gajet paling penting buat saya.

Saya tinggal di kediaman sewa yang tidak mempunyai sistem keselamatan yang baik. Memang kebetulan pula saya tinggal seorang diri ketika itu.

Telefon hilang

Telefon hilang

Kejadian berlaku sebelum azan Subuh berkumandang. Ketika itu saya terjaga kerana ingin membuang air kecil dan ambik wuduk.

Ketika saya membuka pintu bilik, saya perasan ada orang luar ( bukan penyewa) keluar dari arah tandas.

WAJIB BACA :   Kenangan Terindah Ke MRSM Betong

Sebagaimana biasa, saya tidak kunci pintu bilik waktu keluar.Bukan lama pun. Masanya kurang dari lima minit begitu.

Dalam hati sudah ada perasaan curiga. Apasal pulak lelaki yang bertopi, berbaju dua lapis dan seluar jeans berada di luar bilik awal pagi-pagi buta.

Saya menafikan perasaan curiga.Lantas masuk tandas seperti biasa.

Tidak lama selepas saya keluar dari tandas dan mendapati pintu bilik sewa saya ternganga luas.

Pada masa itu saya sudah rasa syak ada perkara kurang baik berlaku.Saya cari telefon yang berada dekat dengan tilam.

Sah!

Telefon saya sudah kena kebas orang. Saya sudah mensyaki lelaki misteri tadi.

Saya menarik nafas panjang dan bersyukur kerana diberi ujian begini. Rezeki untuk pencuri tetapi ujian kesabaran untuk saya.

Alhamdulillah.

Saya masih bertenang. Walaupun saya terduduk diam selama beberapa minit selepas kejadian. Saya berdoa agar segala salah dan silap diampuni Allah.

WAJIB BACA :   Rahsia menulis dengan baik

Aamiin.

Saya akui silap dan leka. Kebetulan pula pada pagi ini saya bangun awal dari biasa. Rutinnya bangun lambat dari waktu tersebut..

Dengan izin Allah juga, si pencuri tadi sempat masuk ke bilik saya dan mengambil telefon tersebut. Nasib baik dia tidak rembat laptop dan wang tunai yang saya letakkan berdekatan.

Dia cuma sempat sembat beg sandang yang dalamnya tiada isi apa-apa. Memang betul la. Rezeki tidak salah alamat. Benda yang bukan rezeki saya, tetapi rezeki untuk si pencuri.

Rezeki saya pula kerana terselamatnya beg duit, laptop dan beberapa keping wang kertas yang diletak dalam sampul surat lutsinar.

Setelah hari beransur siang, saya terus ke kedai telefon untuk beli yang baharu. Saya tiada pilihan kerana telefon adalah nadi tugas dan kerja hakiki saya.

WAJIB BACA :   Apakah bisnes terbaik masa kini ?

Saya beli telefon yang murah.Telefon klon yang cukup ada Whatsapp.Itu sudah memandai.

Selepas itu saya hubungi pihak Celcom untuk memaklumkan telefon dan nombor saya telah dicuri. Pihak mereka akan barkan nombor tersebut untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Rasanya itu sahaja perkongsian kali ini.Saya berlapang dada biarpun kehilangan telefon tersebut menyebabkan bajet pada bulan ini tersasar dari landasan.

Saya tidak mahu stress kerana stress penyumbang kepada masalah kesihatan.

Moga doa pembaca semua mengiringi kejayaan kita bersama dalam menghadapi ujian demi ujian.

Aamiin.

Jangan lupa untuk teruskan bacaan ke artikel –> Wow….ini memang betul-betul punya ! Kuasa tindakan beri impak luar biasa

  • kemas kini 4/5/22
  • kemas kini 15/8/22

Comments 10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge