Cerita teh tarik kurang manis

Saya suka teh tarik.Lebih suka jika dibuat kurang manis tetapi pekat rasa tehnya.

Biar rasa kurang manis dan kurang rasa lemak.

Yang pentingnya ada rasa teh yang pekat.

Bagaimanapun kebanyakan kedai kopi/teh tidak mampu menyediakan teh tarik yang menepati citarasa saya yang agak cerewet.

Memandangkan kedai di luar sana sukar buat teh tarik yang bagus, saya ambil keputusan untuk tukar selera.

Kalau boleh saya tak mahu lagi order teh tarik.

Saya beralih kepada air lemon panas kosong.

Jangan ada gula atau garam.

Cuma ada hirisan lemon dan air panas.

Ia cukup mudah untuk disediakan berbanding teh tarik yang sukar ditentukan rasa kalau belum dicuba.

WAJIB BACA :   Iftar Boleh Jimat Mengapa Boleh Boros

Ok cukup.

Mari kita berubah dari minum teh tarik ke minuman yang lebih sihat dan menyihatkan.

Jika tak sanggup melupakan teh tarik, kita kurangkan semampu yang mungkin.

Jaga kesihatan dengan memilih minuman yang menyihatkan.

10 thoughts on “Cerita teh tarik kurang manis”

  1. saya memang lebih suka air suam kosong, kalau nk air berwarna selalu saya pilih kopi o ais kosong, pahit tapi sejuk… bila dah selalu minum sedap rasanya…

    sejak dah makin tua saya memang dah kurangkan gula dalam minuman, cuma sesekali kalau teringin baru oder air bergula

    Reply
  2. fav saya ni. sebelum ni tak suka. tp 1 hari tu sy demam. tekak nk minum air panas. so sy order teh tarik. entah kenapa sy rs teh tarik tu sedap yakmat. since that day kalu g resto mesti pesan teh tarik. tp skrg dah insaf sket. minum kalau terasa nk je heheheeh

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge