Rahsia menulis dengan baik

Sebenarnya bukan rahsia kalau sudah tertulis dalam artikel ini. Rahsia ini dibocorkan oleh bos saya sendiri.

“ Hanafi, kalau nak menulis dengan baik perlu kuasai dua elemen ini. Gaya bahasa dan kekuatan fakta.

Jika salah satu tiada, penulisan jadi hambar. Kurang menarik dan tidak hidup.

Ada fakta kalau tidak ditulis dengan gaya bahasa akan jadi skema.

Ada gaya bahasa tetapi tiada fakta juga menyebabkan artikel tiada perkara berilmiah,” jelas bos dengan panjang lebar.

Saya mengangguk tanda faham.

“ Beginillah, kalau amoi cantik tetapi tidak pandai berkomunikasi, tak best juga.

Sama juga kalau amoi pandai berkomunikasi tetapi kurang cantik, susah juga nak jalan,” kata bos lagi sambil ketawa.

WAJIB BACA :   Teknik Visualisasi Penting Untuk Berjaya

Tapi bos, saya cuba mencelah,
“Amoi tak cantik tetapi hati baik dan akhlak mulia, saya on sahaja”

Kami berdua cuma ketawa.

Satu hari penuh ceria buat kami berdua.

Rupanya menulis bukan semudah dijangkakan. Tiada masa sehari dua untuk menulis dengan baik, menarik dan memukau. Tambahan pula sekarang ini dijangka semakin kurang orang membaca perkara yang berilmiah.

Minat orang lebih kepada conten video dalam medsos berbanding buku dan akhbar.

Sebagai penulis, saya cuba mengintai peluang dan meneka rasa pembaca. Dalam erti kata lainnya, menulis berdasarkan kemahuan pembaca secara majoriti.

Penulis menyajikan fakta secara bersahaja dan bercerita. Jika tidak, mereka cuma membaca pada tajuk semata-mata.

WAJIB BACA :   Bina Kerjaya Sebagai Telco Networker

Satu kerugian kerana mesej tidak berjaya disampaikan. Mesej yang baik berada pada artikel yang ada dua rahsia tadi, yakni gaya bahasa dan kekuatan fakta.

Semoga bermanfaat.

Comments 4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge