Saya bangun sebelum subuh. Mandi seperti biasa sebelum menunaikan aktiviti spiritual sebagai orang Islam. Ini rutin walaupun kadang-kadang terlepas juga.
Seusai mandi, mata tiba-tiba melirik ke pintu tepi tangga.
Alamak, kasut sukan saya hilang. Ada orang kebas sama ada malam hari atau sebelum saya bangun.
Tidak semena-mena saya mengucapkan alhamdulillah. Bukan kerana suka kena curi tetapi bersyukur kerana diuji selagi lagi.
Sebelum ini telefon dikebas dan selipar disembat. Itulah pelbagai kisah yang ada suka dan duka dalam hidup ini.
Hari ini kasut sukan saya pula yang hilang.
Sebenarnya inilah peluang saya untuk berdoa kepada Allah minta ganti yang lebih baik. Mana tahu diganti dengan kereta Axia manual ke ?
Sungguh-sungguh saya berdoa kerana doa orang teraniaya amat mustajab.
Selang beberapa minit azan Subuh berkemundang.
Terlintas pulak dalam hati sumpah-seranah si pencuri supaya tempang kaki kerana berbuat aniaya terhadap saya.
Namun saya tempis cepat-cepat bisikan syaitan demikian kerana tidak berbaloi kepada pencuri tersebut.
Harga kasut cuma RM69.90 manakala harga kaki si pencuri tidak ternilai mahalnya.
Jauh dalam hati terdetik rasa kesian andainya doa kurang baik itu termakbul pada waktu yang amat mustajab. Seriau juga darah saya pada pagi tersebut.
Saya beristighfar panjang dan banyak kali.
Memang sifat manusia apabila sudah marah hati cool terus bertukar hot. Ampunilah dosa hambaMu yang lemah ini.
Gara-gara kehilangan kasut, saya tidak pergi ke gim hari ini.
Kebetulan pula saya hanya ada sepasang kasut sukan. Bukan dua atau tiga ataupun banyak sebagaimana orang lain.
Habis sahaja waktu kerja, saya menapak ke kedai sukan berdekatan. Agak sukar untuk memilih. Bukan kerana banyak pilihan tetapi pilihan yang terhad.
Tengok kiri. Tengok kanan. Macam tu sahaja. Tanpa membuang masa, akhirnya saya memilih kasut jenama Coneli yang berwarna hitam.
Tiada corak yang menarik. Hanya warna hitam dan warna itulah saya yang menarik buat saya. Akhirnya wang RM69.90 berpindah tangan. Kasut sukan baharu sudah milik saya sebagai ganti kasut yang sudah hilang dikebas orang.
Maka benarlah pendapat orang tua dulu-dulu,
“Patah tumbuh, hilang berganti”
Sebelum saya keluar dari kedai sukan tersebut, saya sempat juga sembat beg sukan kecil LINE 7.
Harganya dalam RM33.00. Barang ini memang tiada dalam plan tetapi sebagai insan yang lemah dengan godaan shopping, terbeli juga.
Sudah lama juga berhajat nak beli tapi tak kesampaian kerana kekangan masa dan wang belanja. Hehehe.
Apabila barang sudah terbeli baharulah saya puas dan bersyukur. Rupanya inilah hikmah kasut lama hilang maka ada peluang untuk beli baharu.
Kedai juga ada bisnes. Pekerja dan tauke ada income. Kitaran ekonomi berjalan dan akhirnya beri manfaat kepada ramai orang.
Akhir kata, saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menyumbang kepada pergerakan dan persekitaran bisnes.
Tiada perbelanjaan maka tiada bisnes berlangsung.
Semoga pembaca dan saya diberi rezeki wang melimpah ruah agar boleh berbelanja lagi untuk merancakkan ekonomi negara.
Kalau bukan kita siapa lagi…
tengok thumbnail ingat mahu ucapkan tahniah untuk ‘bantal peluk’ akan tetapi setelah dibaca…
kasut lah pulak hahahaha
Snapbackpacker recently posted…Aktiviti dan Tarikan Di Boh Tea Garden Cameron Highland Pahang
hahaha saya sengnaja buat begitu bro..
ada saspen sedkit
wah penyabar betul tuan,kalau saya memang dah naik angin bila barang hilang.
mahu juga rasa panas tetapi fikir balik..dah hilang nak buat macam mana
Teringat peristiwa kasut kesayangan converse yang baru saya beli hilang di surau waktu solat subuh. Time tu balik kg sempena cuti semester, sampai di stesen bas awal pagi. Pergi surau nak solat subuh, tapi kasut kena rembat..sedih hati di awal pagi..
Nurzarini recently posted…Keguguran | Apa Perlu Saya Buat?
kalau yang cantik biasa akan kena sembat..
memgapa manusia sanggup buat begitu saya tidak tahu
ada hikmah di setiap peristimwa yg berlaku..
kan…
saya berharap dapat hikmah berupa kebaikan dan manfaat yang banyak