Sindrom semangat yang hilang

semangat yang hilang

Pernah dengar lagu, semangat yang hilang. Saya sendiri pernah dengar dan kini mengalami sendiri bagaimana kondisi semangat yang hilang.

Apabila direnungi kembali, ada kemungkinan saya mengalami sindrom ini kerana faktor usia.

Apabila usia semakin menginjak tua, pelbagai hormon dalam badan semakin menyusut.

Cuma saya bersyukur kerana masih diberi rezeki sihat…alhamdulillah.

Apakah tanda-tanda semangat yang hilang kepada saya secara peribadi ?

Biar saya jawap sendiri.

1.Cenderung untuk tidur awal
2.Sukar bangun pagi
3.Kurang ceria sebagaimana zaman muda-muda
4.Makan sedikit tetapi cepat kenyang
5.Kurang rajin dengan permulaan siang
6.Kurang rajin dengan permulaan malam
7.Rasa gembira tahap minimum

Inilah penyelesaian kepada sindrom semangat yang hilang iaitu sibukkan diri dengan mengingati Allah, paksa diri untuk banyak beribadah dan kurangkan memikir perkara yang berada di luar kawalan.

WAJIB BACA :   Ais Batu Campur Spesial Penyejuk Hati

Cukuplah penyenaraian tujuh tanda-tanda semangat yang hilang tersebut.

Risau juga jika terlalu banyak menyebabkan anda jadi kus semangat pulak.

Akhir kata jom layan layan lagu XPDC…semangat yang hilang.

Comments 30

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge