Lagu koir tular: Cintaku Sampai Ke Ethophia

Cintaku Sampai Ke Ethophia merupakan nyanyian asal Ria Resty Fauzi dari Indonesia dan kemudian dipopular oleh Noraniza Idris dari Malaysia

Bagaimanapun versi koir semasa konvo KSKB Sultan Azlan Shah Ulu Kinta pada tahun 2013 menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Video yang dimuat naik dalam Youtube Kael Nafhael sudah mendapat tontonan 2.3 juta dan komen pula mencecah 2,784.

Dalam TikTok pula mendapat tontonan 2.2 juta seperti yang dimuat naik oleh pengguna akaun fieza_love

Saya akui persembahan koir tersebut memang menarik

Gabungan suara mantap dan padu.

Gerakan pula selari mengikut pimpinan konduktor.

Malah lagu yang dinyanyikan secara koir itu lebih feel untuk didengari.

Menurut salah seorang peserta dalam koir, ada memberi komen dalam Youtube bahawa mereka menyanyi sampai meremang bulu roma.

Setelah 10 tahun berlalu tentu pelatih jururawat dalam video tersebut sudah bertebaran menabur khidmat untuk masyarakat.

Mungkin juga ada dalam kalangan mereka sudah berjodohan dan memiliki keluarga bahagia.

Semoga kejayaan mengiringi mereka selalu..

Aamiin.

WAJIB BACA :   5 Strategi Bagaimana Orang Kaya Bermula

Comments 35

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge