Program Cakna Anak Cemerlang

Program Cakna Anak Cemerlang

Pada 7 Disember 2023 yang lepas berlangsungnya Program Cakna Anak Cemerlang secara serentak di 20 bahagian di seluruh Sarawak.

Saya mendapat jemputan kerana anak saya yang bongsu dipilih oleh Yayasan Sarawak atas kecemerlangannya dalam ujian PKSK tempohari.

Daripada 400 orang murid di Samarahan hanya 58 yang layak, sekali gus cemerlang.

Jumlah keseluruhan dari Sarawak yang layak untuk program ini ialah 404 orang daripada sekitar 5,000 orang murid.

Pihak Yayasan Sarawak menawarkan program pertukaran pelajar ke Semenanjung Malaysia dan Sabah untuk sekolah berasrama penuh, MRSM dan Sekolah Imtiaz, Yayasan Terengganu.

Pelajar dari Semenanjung dan Sabah pula akan ditempatkan di Sarawak.

WAJIB BACA :   Aplikasi Duit Ajaib Sudah Tamat

Segala perbelanjaan ditanggung oleh Yayasan Sarawak termasuk elaun bulanan, pakaian seragam, buku dan tiket penerbangan pergi balik semasa cuti persekolahan

Yang lebih menarik lagi kos pengangkutan dan penginapan ibu bapa waktu majlis permuafakatan pelajar juga ditanggung.

Itulah serba sedikit kelebihan yang bakal dinikmati oleh para pelajar yang mengikuti program Pertukaran Pelajar Yayasan Sarawak.

Anak saya speechless serta unbelievable selepas  dia tahu bakal ke sekolah yang berasrama penuh yang jauh.

Namun saya faham bagaimana perasaan berjauhan dengan ibu bapa ketika usia baru sahaja remaja.

Dahulu, anak saya yang sulung masuk MRSM dan anak kedua juga masuk sekolah berasrama penuh juga bermula dari1` tingkatan satu.

WAJIB BACA :   Stori Kelas Memandu Jadi Kenangan Terindah

Cuma mereka bersekolah masih di Sarawak manakala anak yang bongsu ini pula akan berada di Semenanjung atau Sabah.

Dalam ertikata yang lain, lebih advance berbanding abang dan kakaknya.

Kini kedua-dua sudah masuk universiti di Johor dan Bintulu.

Rezeki masing-masing kan.

Saya sebagai orang tua hanya mendoakan kejayaan yang terbaik untuk mereka kerana hala tuju hidup ini atas pilihan sendiri dengan izin Allah SWT.

Aamiin …

28 thoughts on “Program Cakna Anak Cemerlang”

    • alhamdulillah…terima kasih

      mungkin nak penuhi impian saya yang sepatutnya ke sekolah berasrama penuh masa kecil tu dulu tapi tak bijak macam mereka

      Reply
  1. Alhamdulillah tahniah buat tuan sekeluarga 👍
    Bagusnya program dan rancangan yg diatur oleh Yayasan Sarawak, sangat bermanfaat dan membantu para pelajar .

    Reply
  2. congrats abang🎉🎉 . Program bagus untuk anak2 belajar di tempat lain, sekalian melatih mereka untuk menjadi mandiri kan. awal2 mungkin speechless, tapi lama2 bisa jadi excited sangat 😄. dulu saya selalu tak sabar nak berangkat tiap ada kesempatan belajar jauh 🤭

    Reply
  3. wahhh tahniah! tahniah si bongsu!👍👍👍👍 terbaiklah💪🔥
    lepas ni boleh turun terengganu. blogger rini ismail belanja keropok lekor😁

    Reply
  4. Selamat ya Mas karena anaknya terpilih mengikuti program pertukaran pelajar.
    Turut senang mendengar kabar baik ini. Sukses selalu buat anak Mas.

    Salam,

    Reply
  5. program yang bagus.. alhamdulillah dpt membantu anak di sarawak terutama yg tidak berkemampuan utk terus belajar..
    kita sebagai mak ayah mesti mahu yg trbaik utk anak2.. insyallah berkorban sedikit demi masa depan yg cerah Insyallah

    Reply
  6. wah.. tahniah!! camne anak ktk tek? terima x offer ya? anak kwn kmk pun dapat, kwn kmk pun dh maok melepas tp bapak & atok neneknya x melepas… so x jadi nya terima… sbb gik kecik gilak kata sidak… x maok nk melepas anak rempuan sidak dolok… nasib anak kwn kmk faham & x memberontak… mcm adik kmk dolok pun dapat STF offer YS tok tp parents kmk pun x melepas sbb ya lah gik kecik gilak x konpiden nk melepas biarlah dpn mata.. masa ya kmk pun sedih juak adik kmk nk sekolah jauh… nasib alu sama sekolah menengah kmk 2 bila nya tolak offer YS ya

    Reply
    • setakat tok hampir 90% wife mok melepaskan tapi kmk 50% jak hehehe

      kinek nunggu jawapan sidak YS jak gik

      sebab anak bongsu ya paling rapat dgn kmk..

      tapi bila fikir banyak kali…kedak best jak anak sekolah jauh

      Reply

Leave a comment

CommentLuv badge