Cerita sekeping gambar (Siri 4)

Sejujurnya saya tidak pasti adakah gambar ini asli atau hasil ciptaan AI yang berlatar belakang runtuhan bangunan di Gaza, Palestin

Jika benar sekalipun tidak juga mustahil kerana kuasa Allah itu mengatasi segala-galanya.

Ramai yang terkorban dan masih ramai juga yang masih hidup dan selamat walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

Populasi penduduk Gaza sekitar 2.2 juta dan hidup dalam tempat yang sangat padat dan terhad.

Ketika coretan ini dikems kini, gencatan senjata selama empat hari bermula pada Jumaat iaitu 24 November di antara pejuang Hamas dengan teroris Zionis.

Namun begitu puak teroris Zionis sudah memaklumkan untuk melancarkan lagi serangan selepas gencatan senjata tersebut berakhir.

WAJIB BACA :   Keunikan Tasbih Biji Pisang Sunan Bonang Amat Mengujakan

Alasan mereka untuk menghapus Hamas walaupun hakikat sebenar mahu menjarah dan menjajah bumi Gaza secara tuntas

Selepas itu mereka mahu menguasai 100 peratus kawasan masjid Al-Aqsa untuk dibina Solomon Temple.

Namun hasrat puak penjajah dan pengganas ini ditentang keras oleh Hamas berbanding Fatah yang agak berlembut dengan negara Israhell.

Apakah tugas kita sebagai umat Islam atau sebagai manusia yang berhati perut melihat kemelut ini ?

Kita teruskan berdoa, menyumbang dan boikot produk Israhell sedaya upaya yang ada untuk memberi kesan ekonomi terhadap pihak berkenaan.

Adakah kita masih percaya dan buta dengan propaganda mereka untuk membunuh seramai mungkin orang awam demi menghancurkan pejuang Hamas ?

WAJIB BACA :   Selesai Ujian Kelayakan MRSM Anak [edisi kemas kini]

Jangan terpedaya atau percaya dengan lakonan puak teroris Zionis yang terkenal dengan tipu muslihat, hipokrit dan mungkin janji paling tinggi.

Mari kita hayati kata-kata ini iaitu ‘From river to sea, Palestine will  be free’

Akhir kata, tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah SWT sahaja.

22 thoughts on “Cerita sekeping gambar (Siri 4)”

  1. para pemimpin dunia seolah-olah memandang dgn sebelah mata apa yg terjadi kpd palestin.. skrg angka kematian melebihi 12 ribu org.. semnoga kemenangan utk rakyat palestine..

    Reply
  2. Saya juga baru melihat gambar yang hampir sama seperti ini dan saya percaya ia adalah gambar original dan bukan AI kerana gambar itu dishare oleh penduduk Palestin yang tak mungkin ada masa untuk mengedit gambar. Saya doakan semoga mereka kuat dan dilindungi Allah selalu. Tiada daya upaya melainkan dengan kekuasaan Allah sahaja..

    Reply
  3. negara-negara Arab sendiri pun ada yg bersekutu dgn Israhell…jahat sungguh pihak zionis, semoga rancangan mereka tidak kesampaian sampai kiamat..

    Reply
  4. tadi ada lewat di stories saya ttg perkataan menteri mereka, bahwa siapapun kaum yg membela Palestine akan mereka bunuh.

    ringaan sangaat mulutnya cakap kan 🤣🤣. serasa hebat nak menyerang negara lain yg bela palestin. makin kuat saya nak boikot selamanya produk2 yg berhubungan dengan mereka

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge