Alhamdullillah hati mrhanafi lega apabila anak selesai Ujian Kelayakan MRSM. Ujian tersebut untuk kemasukan Tingkatan 1 pada tahun 2016.
Jelas terpancar juga kepuasan pada wajah anak mrhanafi kerana berjaya menduduki ujian tersebut.
Sambil berseloroh mrhanafi cuba menanyakan peluang kejayaan dalam ujian tersebut. Anak mrhanafi membuat analisis awal bahawa dia boleh dapat peluang 70 peratus .
Katanya ujian berkomputer mudah dan boleh dijawab sebaik yang mungkin.
Cuma sesi temuduga secara perseorangan dia agak gementar. Maklum sahaja dengan umur 12 tahun tentunya terlalu baru untuk sesi temuduga sedemikian.
Dalam ujian kelayakan MRSM ini ada 4 sesi sebenarnya.
Ujian Kelayakan MRSM
Anak mrhanafi menduduki sesi pertama kerana kami berdua datang awal. Sehari sebelum itu sudah membuat persediaan dokumen dan salinan seperti berikut:
1.Salinan kad pengenalan anak dan ibubapa
2.Salinan slip gaji ibubapa
3.Salinan keputusan UPSR 2015
4.Salinan surat berhenti sekolah
5.Salinan surat tawaran
Apabila semua sudah selesai bawa sahaja ke pusat ujian kelayakan MRSM yang diingini.
Pada masa tersebut mrhanafi dan anak memilih untuk ujian kelayakan di MRSM Kuching.
Terima kasih banyak kepada kakitangan yang bertugas di MRSM Kuching.
Mereka menjalankan tugas dengan terbaik dan melayani keperluan kami sebagai ibubapa dengan thumb up.
Bersyukur organisasi MARA kerana mempunyai barisan tenaga kerja sebegitu.
Ini pula cerita sebelum ujian kelayakan MRSM.
Mrhanafi dan anak sempat singgah untuk sarapan pagi di Bandar Baru Semariang, Kuching.
Perkena dulu mee jawa dan teh tarik.Anak pekena mee kolok dan ia memang kesukaan dia yang sukar dinafikan.
Jangan tanya rasa mee jawa tersebut. Memang rasa mee jawa la jawabnya.
Lidah mrhanafi susah nak akui kesedapannya. Sekadar boleh dimakan untuk mengenyangkan dah kira ok.
Lagipun makan untuk sarapan pagi sangat penting kepada konsep kenyang berbanding konsep nyaman.
Peluang anak mrhanafi untuk masuk MRSM memang cerah jika dilihat dari segi kecemerlangan dapat 5A dalam UPSR. Kelayakan asas dengan dapat 3A dan 2B sudah memadai.
Selain itu kemampuan pendapatan ibubapa akan diambil kira.
Mrhanafi bekerja sebagai CEO Cully memang berada bawah kemiskinan di bandar.
Isteri mrhanafi pula penjawat awam dalam kategori kakitangan rendah. Pendapatan kami berdua jika ditambah pun masih layak untuk menerima BR1M.
Namun begitu jangan pula nak menagih simpati dengan nasib badan. Apa yang penting anak-anak mrhanafi berjaya mendapat peluang pendidikan terbaik agar boleh bersaing secara global setelah dewasa nanti.
Aamiin.
- Kemas kini 17/6/23
All the best untuk anak MrHanafi. In sha Allah dimudahkan segala urusan. Sekarang urusan nak masuk sekolah lebih susah, nak kena interview bagai dari darjah 1 pun.. huhu
disebabkan persaingan la jadi macam tu..
kecik-kecik dah dibuat interview..
belum lagi dah dewasa nanti..
anak sedara saya pun interview mrsm juga. ssemoga berjaya anak mr hanafi
raihanah recently posted…3 Cara Vitamin C Membersihkan Toksin Dalam Badan
in shaa Allah semoga mereka yang layak tu berjaya
Semoga berjaya ke mrsm kuching. Ramai kawan geliga la lepas ni
tulah yang saya nak..geng sesama genius
alhamdulillah..
semoga berjaya masuk MRSM…
aamiin dan terima kasih.
good luck kepada anak mr hanafi
raihanah recently posted…Tips MokCun: Kenali Jenis Kulit Muka
ho..ho..thank you because give us moral support
Tentu seronok dapat masuk sekolah berasrama penuh yang baik.
akubiomed recently posted…Jom sertai peraduan IWK Selfie & Wefie Photo Contest 2015
ya..bro..anak la yang paling seronok
bukan senang nak masuk MRSM tu.. semoga impian tercapai
nikkhazami recently posted…Fakta Menarik Star Wars The Force Awakens
mereka nak terbaik…
Saya pun berharap anak saudara yang sulung berjaya masuk MRSM ulul albab..insyaAllah..semoga anak MH juga berjaya
Noriza Rahman recently posted…Ulat Air yang Menyerang Celah-celah Jari Pulih Selepas Pengambilan Kolagen
ya..sama-sama kita mengharapkan kebaikan untuk mereka.
semoga di permudahkan segala urusan untuk anak bro. moga semakin murah rezeki keluarga anda hendaknya 🙂
aamiin..
terima kasih bro..itulah yang semua kita mahu.
goodluck kepada anak mrhanafi, adik saya pun ambil jugak haritu, sekarang tengah menunggu keputusan kemasukan ke mrsm. harap semuanya berjaya.
azrin recently posted…Penapis Air Coway
keputuasn masuk mrsm dalam bulan Februari nanti..