Sarapan pagi minggu yang syahdu

Perut mulai keroncong pagi. Minta diisi sesuatu. Biasa sarapan jam 6.00 pagi. Namun hujung minggu saya ubah rutin demikian.

Saya plan nak berjogging. Tetapi sayang hujan lebat pulak paginya. Bermakna program pagi minggu dibatalkan.

Nak tarik selimut, mata dah segar bugar seusai solat Subuh.

Ahh…Layan saja medsos sementara menunggu kedai kopi buka.

Dengan menggunakan payung, akhirnya saya meredah hujan yang menitis-nitis dengan hembusan angin sejuk.

Pergh..rasa macam berada di London atau Paris. Hakikatnya belum pernah lagi ke tempat tu.

Berniat dan berazam dulu. In shaa Allah ada rezeki akan pergi bersama-sama isteri tercinta nanti (ketika tulisan ini dikarang bakal isteri).

Ketika melintas supermarket, saya tertarik dengan suasana sesi briefing antara staff dengan penyelia mereka.

Teringat pulak zaman saya ketika menjadi penyelia suatu ketika dahulu.

Sebelum memulakan operasi saya akan memberi sedikit kata-kata motivasi dengan staff agar mereka fokus, bersemangat dan ceria sewaktu berkerja.

Ya, itu kenangan lama. Menarik juga untuk dikenang ketika berseorangan. Kenangan melankolik.

Sampai sahaja di kedai kopi, saya memesan roti jantan dan kopi o. Roti jantan ini sedap kerana roti canai yang dibubuh dua biji telur separuh masak di atasnya.

Kuah dan sambal dicampur sekali untuk memudahkan proses melahapnya peringkat demi peringkat.

Pada hujung minggu ini, kelihatan ramai pasangan otai makan berdua. Sangat sweet mereka begitu.

Saya yang berada di meja yang jauh dari kelompok manusia rasa bahagia bercampur duka.

Bahagia kerana melihat pasangan otai sentiasa bersama minum waktu pagi.

Duka kerana saya masih bersendirian menanti saat untuk berdua.

Apapun saya wajar bersyukur kerana masih sihat dan punyai waktu lapang yang banyak.

Moga zaman keseorangan akan berakhir juga dalam tahun ini.

Dapat juga bersarapan pagi berdua sama seperti pasangan lain yang sewaktu dengannya.

Tidaklah lagi setiap pagi atau hari minggu terasa sunyi dan syahdu.

Aamiin.

8 thoughts on “Sarapan pagi minggu yang syahdu”

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: