Petua perut kempis yang mrhanafi kongsikan dalam artikel ini biasa sahaja. Sungguhpun biasa, ramai yang belum berjaya untuk mengamalkan dengan sepenuh hati dan rasa percaya yang tinggi.
Jangankan kalian semua, mrhanafi sendiri pun belum mampu lagi mencapai bentuk dan saiz perut yang diidamkan.
Nasib baik juga mrhanafi ada menemui video di Youtube berkaitan petua perut kempis.
Boleh juga kita semua ambil motivasi dan inspirasi agar semangat untuk mendapatkan perut idaman sentiasa berkobar-kobar.
Betul tak ?
Apa lagi, jangan buang masa. Kita teruskan kepada topik perbincangan pokok dalam artikel ini.
Table of Contents
Petua perut kempis
1.Jaga pemakanan
Inilah bahagian paling sukar dan mencabar. Mana tidaknya, makanan dan nafsu bagaikan pasangan paling rapat seperti merpati sejoli.
Makanan perlu dikawal sebaik yang mungkin agar tidak melebihi kalori penggunaan badan.
Makanan yang sedap sudah sinonim dengan makanan yang tinggi kalori berserta kaya kolesterol.
Contohnya seperti ayam goreng berempah bersalut cheese hehehe.
Kalau ada lauk ayam rebus dengan ayam goreng , sudah tentu ramai akan memilih pilihan kedua.
Ayam goreng lebih sedap dan menyelerakan walaupun kadar kalori dalam makanan tersebut jauh lebih tinggi.
Persoalannya kini bagaimana untuk mengawal pemakanan yang lebih sihat tanpa dihantui nafsu sepanjang hidup kita.
Mulakan dengan cara pengurangan peringkat demi peringkat.
Latih dan paksa diri untuk berkata tidak kepada pengambilan makanan yang banyak serta berkalori tinggi.
Dengan membiasakan makan makanan yang berkalori rendah berlakulah defisit kalori.
Defisit kalori ini akan mengelakkan lemak terkumpul dalam badan dan seterusnya akan mengempiskan perut secara perlahan-lahan.
Ingat, tiada jalan pintas untuk segera kempis perut dengan cara yang selamat dan sihat.
2.Buat senaman
Pernah mrhanafi terbaca dalam laporan media massa menyatakan Malaysia adalah negara ketiga di dunia yang mempunyai rakyat paling malas berjalan.
Kajian tersebut dijlakukan oleh Universiti Standford di California, Amerika Syarikat yang melibatkan 717,527 orang di 111 negara di seluruh dunia dan menobatkan rakyat Malaysia sebagai negara ketiga tertinggi di dunia paling malas berjalan kaki.
Rakyat Malaysia berjalan secara purata hanya 3,963 langkah sehari berbanding rakyat Indonesia di tempat pertama tertinggi di dunia paling malas berjalan kaki dengan purata 3,513 langkah sehari; dan Arab Saudi di tangga kedua dengan 3,807 langkah sehari.
Jika malas bersenam dan aktiviti harian juga berkurangan tentulah penyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan.
Ditambah lagi dengan makanan yang tidak terjaga.
Bersenam tidak semestinya dalam gymnasium.
Bersenam boleh meningkatkan kadar metabolisma badan.
Apabila metabolisma badan tinggi seperti usia kita muda-muda dulu, proses pembakaran lemak jadi cepat dan mudah.
Tidak hairan zaman muda dahulu, badan kita rata-rata slim, langsing dan menawan berbanding usia sudah tua hahahaha.
Aktiviti berjalan kaki atau berlari anak-anak amat digalakkan untuk membakar lemak yang bersarang dalam badan.
Ada juga yang boleh memberi alasan untuk tidak bersenam kerana tiada masa.
Pesan mrhanafi korbankan masa menonton TV, melayan media sosial dan masa tidur untuk bersenam.
Tiada istilah tidak dapat jika hasrat dan impian untuk mengempis perut sentiasa membara dalam jiwa.
3.Tidur yang mencukupi
Tempoh tidur seseorang dengan yang lain tidak sama. Namun secara puratanya tidur yang mencukupi bagi orang dewasa antara 6 jam hingga 8 jam sehari.
Jika tidur tidak mencukupi, badan akan mengalami penurunan metabolisma.
Metabolisma yang rendah akan melambatkan proses pembakaran kalori dan meningkatkan pengumpulan lemak.
Bukan itu sahaja, tidur yang tidak cukup boleh menganggu emosi.
Emosi yang terganggu menyebabkan badan keluarkan hormon kortisol.
Hormon ini bertindak menyimpan tenaga untuk proses lawan atau lari.
Masalahnya tenaga yang tidak digunakan ini menyebabkan pengumpulan lemak pada badan manusia.
4.Kawal stress
Stress itu lumrah bagi manusia yang normal.
Hampir tiada sesiapa yang boleh mengelak diri dari stress.
Apabila stress badan mengeluarkan hormon kortisol yang mana boleh mengganggu proses untuk mengempiskan perut.
Bagaimanapun stress boleh dikawal.
Cara mengawal stress ada pelbagai cara.
Sebagai orang Islam sudah tentu mengerjakan solat, baca al-Quran, berzikir dan berselawat boleh memberi ketenangan.
Secara langsung akan mengurang atau menghilangkan stress.
Setelah hilangnya stress, perut lebih mudah untuk kempis setelah melalui proses pertama, kedua dan ketiga seperti mana yang telah mrhanafi huraikan tadi.
5.Wajib konsisten
Inilah bahagian yang paling penting dan mustahak sekali dalam menjamin kejayaan petua perut kempis.
JIka tidak konsisten maka proses pertama dan keempat tadi seperti sia-sia sahaja.
Memang diakui buat secara konsisten memang mencabar.
Ada yang bertahan sebulan, enam bulan atau setahun.
Seandainya selepas setahun tidak berubah maka mereka beryhenti dan kejayaan juga tidak tercapai.
Alangkah ruginya kalau begitu.
Kesimpulan
Petua kempis perut ini akan berjaya jika kalian ada iltizam dan keazaman yang padu.
Tiada yang mustahil kerana usaha tidak pernah menipu hasil.
Selamat mencuba dan semoga berjaya.
- Kemas kini 9/1/23
bersenam paling efektif..
betul bro…kasi buang lebihan kalori
Konsisten tu, senang disebut, tapi agak susah dibuat. 🙂
Nur recently posted…Aku tanya apa khabar…?
Ya betul tu…
sanget mencabar untuk kekal istiqamah
perut kempis secara semulajadi. x amalkan diet n senaman pun! Itu yg terjadi kpd abe kie skrg.
abam kie recently posted…Kesukaran bagi anak muda untuk membeli rumah dan kereta
alhamdulillah…ini kesan daripada defisit kalori
Dulu sebelum pandemic saya selalu merasa tak ada waktu untuk workout. Tapi setelah pandemic , dan melihat banyak teman2 yang meninggal karena covid hanya karena ada komorbid seperti diabetes, hipertensi, jantung, saya langsung sadar, tak boleh menunda lagi untuk workout . Lemak berlebih di tubuh sangat bahaya. Bisa mentrigger jantung dan penyakit lain.
Makanya saya paksa diri utk rutin workout, jogging, demi tubuh lebih sehat. Metabolisme jadi tinggi, dan berefek ke tubuh lebih langsing 🙂
wah…sound so goood.
semoga terus konsisten ya