Krisis Sri Lanka dan mesej untuk kita

Hari cuti biasanya mrhanafi luangkan masa untuk berehat dan bersantai. Waktu pagi seusai rutin harian, mrhanafi akan baca berita dalam negara dan seluruh dunia

Tertarik dengan satu berita luar negara berkaitan krisis Sri Lanka diancam kebuluran. Berita ini bukan perkara remeh kerana melibatkan isu kemanusiaan sejagat.

Memang di negara ini ramai juga kelaparan tetapi belum lagi ke tahap kebuluran sehingga lima juta penduduk atau 22 peratus.

Menurut Wikipedia, populasi rakyat Sri Lanka ialah 22 juta pada tahun 2020. Bahasa utama Sri Lanka ialah Sinhala dan Tamil.

Sri Lanka pada asalnya dikenali sebagai Ceylon dan telah merdeka dari penjajahan sejak tahun 1948. Negara ini pernah dijajah Portugis, Belanda dan Inggeris.

Pada tahun 1972, nama Ceylon telah ditukar secara rasmi menjadi Sri Lanka. Ibu negaranya, Colombo dan mata wang menggunakan Sri Lankan rupee.

WAJIB BACA :   Cara hilangkan migrain sebelah kiri

Sri Lanka dibebani hutang negara berjumlah RM227.28 bilion dengan ketiadaan rizab pertukaran asing dalam import dan eksport.

Keadaan negara diburukkan lagi kerana bekalan bahan api, perubatan dan keperluan lain sangat terhad. Kadar inflasi dilaporkan mencecah 80.1 peratus.

Fakta ini belum lagi menyentuh emosi kita. Ia sekadar fakta dan ia memang nyata.

Krisis Sri Lanka

Krisis Sri Lanka
Terpaksa menunggu tiga hari untuk dapatkan bekalan petrol

Menurut portal online yang mrhanafi baca, ada keluarga yang hanya makan sekali sahaja roti dan selepas itu tidak makan lagi.

Harga makanan sangat mahal sehinggakan penduduk ada yang membeli makanan hanya 100 gram sahaja sekali beli..

Bekalan makanan ada tetapi kuasa membeli sangat rendah.

Harga makanan naik setiap hari kerana bekalan bahan api sangat terhad.

WAJIB BACA :   Tiada Duit Jadi Hina Di Matamu

Isu politik, ekonomi dan kemanusiaan saling berkait menyebabkan rakyat marhaen terhimpit pada titik terendah dalam kehidupan.

Bekas perdana menteri, Gotabaya Rajapaksa terpaksa letak jawatan akibat desakan rakyat yang kian memuncak.

Krisis Sri Lanka
Gotabaya Rajapaksa

Beliau kini dalam pelarian di luar negara untuk menyelamatkan diri.

Namun tampuk pemerintahan Sri Lanka masih bergolak kerana tiga calon perdana menteri baharu masih dalam pemilihan iaitu Ranil Wickremesinghe, Dullas Alahapperuma dan Anura Dissanayake.

Itulah krisis Sri Lanka yang wajar kita insafi.

Apa mesej yang mrhanafi cuba selongkar di dalam persoalan begini ?

Pertama, kos hidup tinggi umpama cabaran berantai kepada kehidupan. Tiada pilihan selain wajib dihadapi dengan menambah pendapatan. Contoh mudah ceburi bisnes netcommerce seperti Volten International.

WAJIB BACA :   Tabiat bangun pagi sebelum Subuh untuk insan hebat dunia

Kedua, pertahankan kestabilan politik agar sektor ekonomi semakin rentan dengan inflasi dunia. Para pemimpin wajar melupakan kepentingan minoriti demi keutamaan majoriti yakni rakyat marhaen. Kepentingan massa diabaikan maka mengundang kucar-kacir dalam pemerintahan.

Ketiga, sebagai orang yang beriman mari kita melihat agama sebagai pendekatan kepada penyelesaian holistik. Mari kita mendekati Allah dengan mengikuti ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah seperti rajin berselawat. Boleh baca blog Jom Berselawat sebagai panduan asas.

Kesimpulan

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian.

Jalan penyelesaian akan terbentang luas jika hati kita semua sanggup melepaskan ego masing-masing.

Sekian. Semoga perkongsian mengenai krisis Sri Lanka ini ada manfaat untuk kita semua.

Comments 7

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge