Tiada Duit Jadi Hina Di Matamu

tiada duit

Tiada duit adalah ujian kehidupan.Manusia akan  dipandang hina.Boleh jadi ya.Boleh jadi tidak.Sebab duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya perlukan duit.Setuju tak ?

Kemungkinan kalau tiada duit akan menyebabkan senario berikut :

1.Menyusahkan orang

Inilah perkara yang kita cuba elakkan sedaya upaya.

Bayangkan diri kita tiada duit.Cuba hidup tanpa duit dalam masa seminggu.Keluar ke bandar atau ke mana sahaja tanpa duit.Pada masa itulah kita akan menyusahkan orang sama ada untuk meminta makanan,tambang perjalanan dan sebagainya.

Ketika terlalu lapar segala pertimbangan akal menjadi kosong.Pelbagai kemungkinan  boleh berlaku.Tak percaya.Cubalah tetapi risiko tanggung sendiri la.

2.Kemusnahan rumahtangga

Risiko apabila suami tidak berduit penyebab isteri tidak puas hati.Belanja makan minum tidak mencukupi.Anak-anak terabai.Pendek kata bakal dipulas dan dihempas dengan kesukaran hidup.

WAJIB BACA :   Hijrah Diri : Pengurusan Masa Paling Baik

Hubungan suami isteri tidak bahagia.Anak-anak kurang kasih sayang.Lebih parah lagi apabila suami dan isteri berpisah gara-gara masalah duit.

Bermulanya kesukaran demi kesukaran baik di pihak suami maupun isteri.Lebih sedihnya anak-anak kecil terpalit sama.Malah ibubapa yang sudah tua juga turut terjebak.Maaf tiada kasihan bagimu, kata duit.

Adakah duit yang salah sehingga tiada duit menjadi kepincangan dalam rumahtangga ?.Jawapan ada pada diri kita sendiri.

3.Tergugatnya iman

Tergugatnya iman tidak terkecuali.Anak-anak muda akan menjauhi agama kerana kelabu mata dengan dugaan dunia.Bagi mereka tiada duit umpama bom jangka.Tidak hairan ada yang sanggup mengadai maruah diri untuk dapat duit dengan cara tidak bermoral.

Ada juga yang sanggup pecah amanah gara -gara mahu duit yang cepat dan mudah.Iman kelaut dan agama tolak tepi.Mereka lebih takut tiada duit daripada takut tiada iman.

Iman perkara pokok untuk orang yang beragama.Terhakisnya iman kerana kemelut kegersangan duit mohon dijauhi.Berpeganglah kepada prinsip terakhir ini, biar tiada duit jangan tiada iman.

WAJIB BACA :   Pakej Lelaki Hensem

Miskin dan hina di dunia lagi mulia berbanding merana di akhirat lantaran terhakisnya iman.

4.Kesukaran hidup

Sudah pasti.Tidak seorangpun yang boleh menidakkannya.Bagi orang yang bujang akan sukar untuk berkahwin.Rata-rata jejaka akan kempunan melihat gadis idaman terlepas tangan.Mereka sukar untuk melamar kerana tidak cukup duit hantaran.Alahai kesiannya.

Orang yang sudah berkahwin pula akan kehilngan pasangan kerana tidak mampu menyara keluarga.Anak-anak tidak lagi berupaya untuk menyambung pelajaran ke peringkat tinggi.Kos belajar tidak tertanggung walaupun ada PTPTN.

Malahan orang sakit tenat terus menderita dan menghitung hari demi hari terputusnya nyawa.Dah tiada duit hanya pasrah mampu diluahkan.

Sebenarnya kesukaran hidup lagi banyak untuk disenaraikan.Tidak cukup hari ini akan bertambah ke esok hari jika persoalan ini terus dibicarakan tanpa henti.

WAJIB BACA :   7 Hari Sebelum Tibanya Tarikh Kes Perceraian

5.Timbunan hutang

Dahlah tiada duit, hutang pulak menimbun.Kehinaan manusia semakin berganda.Tekanan hidup amat dirasai untuk mereka yang terbelit dengan hutang-hutang ini.

Hutang peribadi,hutang rumah dan hutang kereta adalah cerita kait mengait.Tiada duit akan menjerumus seseorang ke kancah hidup yang hina.Makan tiada selera.Minum tiada rasa.Bahkan tidur tiada lena.

Sekali lagi duit punya pasal kehidupan jadi begini.Engkau memang tak guna kalau tak ada duit.Hina merempat dan hidup sia-sia.Dahsyat sangat jika diuji dengan tiada duit.

Seluruh dunia tau.Bukan di Malaysia atau Sarawak semata-mata.Selagi nyawa dikandung badan persoalan hutang yang tidak mampu terbayar menjadi peledak kepada kehinaan manusia.

Mohon dijauhkan bala seperti ini.

Kesimpulan

Biar berat macam manapun masalah tiada duit dan hina macam manapun keadaan kita pada mata manusia jangan berputus asa kerana Allah tetap ada.

Dia Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.Kembalilah kepada Allah SWT.Penyelesaian ada padaNYA.Dekati Allah untuk mendapat keampunan dan rahmat Illahi.

Dekatilah Allah dengan bersolat.

12 thoughts on “Tiada Duit Jadi Hina Di Matamu”

  1. betul tu..saya sendiri pernah mengalami fasa dalam bank tinggal RM1.00, dalam beg duit hanya tinggal RM20.00, yang mana menyebabkan saya sangat berkira sama ada nak turut sama makan kat luar dengan kawan-kawan atau memilih untuk duduk di rumah sahaja..apa-apapun, jangan berputus harap pada Allah, kerana walau kita hampir tiada apa-apa, rezeki tu tak pernah putus…
    sunah sakura recently posted…Meeting in the Sky at Capri by Fraser, Johor BahruMy Profile

    Reply
  2. Semuanya tepat sekali !! Bila tiada wang memang macam-macam boleh jadi. Dan kebanyakannya emosi dan perasaanlah yang memainkan peranan tanpa sempat akal fikiran menterjemahkan mana yang baik dan mana yang tidak baik

    Reply
  3. Judul post ini kalau di Indonesia bisa disamakan dengan ungkapan begini :
    ‘ Ada uang, abang disayang. Tak ada uang, abang ditendang’.

    Terus terang saya kurang simpatik dengan karakter orang seperti itu.
    Semestinya tetap kadar rasa sayangnya tak berkurang, bukankah yang namanya cinta itu sepakat dengan susah senang ditanggung berdua.

    Reply
    • dunia ini macam-macam mas..

      memang ada yang suka melihat duit dan hidup senang dari kasih sayang..

      siapa yang menghadapinya ..

      wajar untuk sabar dan bertabah selalu

      Reply
    • aamiin…

      ya dengan berdoa dan meletakkan segala harapan dan bantuan hanya dari Allah.

      usaha dan ikhtiar cuma dari pihak kita sahaja

      Reply

Leave a comment

CommentLuv badge