Pengalaman Mendebarkan Menanti Hari Pembubaran Perkahwinan

Pembubaran perkahwinan bukan sesuatu yang bagus.Perkara yang kita takuti dan tidak ingini dalam hidup ini.Namun kudrat manusia tentulah terbatas dan terhad.Kita hanya pasrah dan tawakal setelah berusaha sehabis daya.

Admin cuba kongsikan satu pengalaman sedih seorang lelaki yang tidak ingin dikenali.Beliau menghadapi institusi rumahtangga yang bakal dibubarkan.Mari kita sama-sama berdoa kepada beliau agar ujian yang dilaluinya boleh dihadapi dengan penuh redha atau berlapang dada.

Jom hayati luahan hati dan perasaan beliau dalam coretan berikut.

Pengalaman sebelum pembubaran perkahwinan ini bukan rekaan.Benar-benar berlaku dan saya tidak mahu ia berlaku untuk pembaca atau sesiapa sahaja yang kini dalam ikatan perkahwinan.Biarlah menjadi pengajaran berguna untuk pembaca agar menghargai ikatan perkahwinan yang sedia ada.

Saya faham perceraian adalah jalan penyelesaian terakhir kepada suami dan isteri jika peluang berdamai menemui jalan buntu.Bukan suatu yang luarbiasa jika mendapati ada pasangan  yang hatinya nekad dan tidak langsung memberi peluang kedua atau ketiga.

Saya akur perceraian adalah alasan mudah untuk menyatakan sudah tiada jodoh.Pasangan tiada persefahaman dan 101 alasan berpisah walau apa keadaan sekalipun.

WAJIB BACA :   Kisah Sebatang Pen Yang Mengharukan

Saya percaya jodoh pertemuan,ajal maut dan soal rezeki datangnya dari Allah.Manusia tiada apa-apa melainkan semuanya dari Allah.

Kita semua mahu bersama pasangan kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat.Malahan abadi di syurga nanti.Bak kata orang berpimpin tangan menuju Jannah.

pembubaran perkahwinan

Wallahualam.

Saya terkejut.Benar-benar terkejut setelah mengetahui kesungguhan insan X untuk memfailkan kes perceraian di mahkamah.Setiap detik yang berlalu begitu menyiksakan.Hilang sudah harapan dan impian.Yang berbaki semangat jati diri untuk terus berrjuang memperbaiki amal, iman dan takwa.

Kini menunggu hari yang telah ditetapkan.Penantian bagaikan penyiksaan.Menuntut erti kesabaran tidak berbelah bagi.Lagi sabar dan lagi cekal adalah kunci kejayaan dalam menangani hati penuh gelora.

Pembubaran perkahwinan

Sebelum ini saya cuba bertahan.Pelbagai ikthiar dan usaha untuk mengembalikan alam perkahwinan yang bahagia.Masa untuk pembubaran perkahwinan telah  ditangguhkan dari enam bulan menjadi 12 bulan dengan harapan insan X berubah dan mengubah pendirian.Sayangnya tidak sama sekali.

Saya seperti pengemis cinta.Menagih cinta pada insan yang tidak sudi.

WAJIB BACA :   Tatkala Cinta Itu Datang Bertamu [ edisi kemas kini ]

Bacaan tambahan : Hati Seorang Perempuan Sukar Untuk Ditakluki

Demi anak dan demi ikatan perkahwinan itu sendiri saya telah meletak ego diri pada tempat paling bawah sekali.Sehinggalah saya menyedari bahawa jika orang dah tak suka bagaimana mahu dipaksa.

Soal hati milik Allah.Hanya DIA sahaja yang boleh membolak balikan hati hambaNya.

Akhirnya saya mengaku saya tidak berjaya untuk membawa jalan perdamaian.Mungkin inilah yang terbaik sebagai ubat paling pahit untuk ditelan oleh saya ketika ini.

Akibatnya besar.

Kesannya dahsyat.

Konflik rumahtangga yang gagal diselesaikan umpama barah.Perlahan-lahan dan akhirnya akan berakhir dengan penceraian.Memang benar rumahtangga ini sudah lama bergolak,bergoyang dan rentak menanti belah.

Kini menunggu masa untuk pembubaran perkahwinan secara rasmi.Masa untuk membawa haluan sendiri.Melepaskan segala kekusutan dan kemurungan bertahun lamanya.

Umpama tali yang diregangkan terlalu lama akan terputus juga.Selepas terputus baharulah kelegaan bisa terasa.

Mungkin ya.

Mungkin tidak.

Sebab pembubaran perkahwinan membawa kesan emosi yang berat.Sarat dengan kekesalan atas kesalahan lampau sehingga tidak mampu memaafkan diri sendiri.Dikhuatiri sukar menerima kenyataan dan realiti.

WAJIB BACA :   Kenali Hukum Tarikan Bersandar Al-Quran

Sejujurnya saya masih risau, gusar dan sedih.

Risau mengenangkan cinta dengan isteri berakhir dengan ‘sad ending’.Cinta tidak berbalas yang akhirnya meracuni diri sendiri.

Gusar mengenangkan kasih sayang dengan anak-anak kurang sempurna.Mereka menjadi mangsa keadaan dalam usia yang begitu mentah untuk memahami Qadak dan Qadar.

Sedih mengenangkan nasib sendiri yang perlu ‘restart’ kehidupan.Bermula sebagaimana 16 tahun dahulu.Tiada apa-apa.Yang ada sekeping hati yang ikhlas untuk membina rumahtangga bahagia.

Bacaan tambahan : Motivasi Jatuh Merudum Akibat Tiada Awek

Apa-apapun inilah ujian yang terbaik kepada hambaNya.Ketentuan Allah pasti berhikmah.

Mudahan tersingkap pengajaran agar lebih sedar bahawa Allah SWT mempunyai rencana jauh lebih baik dari apa kita rancang sebagai manusia.

Penutup

Admin amat bersimpati dengan keadaan lelaki tersebut.Menurutnya lagi hati beliau tidak tenang dan fikiran asyik terganggu selagi kes pembubaran perkahwinan belum selesai.

Nasib baik juga beliau sudi untuk berkongsikan lagi cerita pada hari perbicaraan  mahkamah syariah nanti.

In shaa Allah.

Comments 10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge