Hati Seorang Perempuan Sukar Untuk Ditakluki

Hati seorang perempuan sukar untuk ditakluki.Penuh misteri dan teka teki.Benarlah seperti kata pepatah, kalau kail panjang sejengkal jangan diduga lautan yang dalam.Ya memang dalam maksudnya.Sehingga nakhoda kapal yang hebat belum tentu tahu jawapannya.Inikan pula seorang lelaki biasa.

Lelaki perlu perempuan.Begitu juga perempuan perlu lelaki dalam melengkapi kehidupan ini.Mustahil sama sekali lelaki boleh hidup bahagia tanpa perempuan.Lelaki dan perempuan memang ditakdirkan untuk hidup bersama meneruskan legasi kehidupan.

Usah ditanya mengapa perlu kehadiran mereka dalam hidup seorang lelaki.Jawapan yang pasti kerana lelaki dan perempuan saling memerlukan.

” bagai aur dengan tebing”

” bagai laut dengan pantai’ 

laut dan pantai

Patah tumbuh hilang berganti.Jika pincang maka umpama lagu tanpa irama.Sedih dan hampa tidak terkata.

Fuhh..

Itu baru mukadimah.

Alkisahnya admin ingin berkongsi cerita seorang lelaki yang enggan dikenali.Dia menceritakan kepada admin kisah duka laranya cuba menakluki hati seorang perempuan.

Jom kita baca cerita beliau yang hanya membahasakan dirinya dengan panggilan ‘saya’ dalam artikel kali ini.

Cerita pun bermula..

Saya anak sulung dari adik beradik.Bekerja biasa-biasa.Bukan golongan korporat.Minta dijauhkan menjadi golongan keparat.

WAJIB BACA :   Kisah lelaki yang demam rindu

Saya berusia bawah 50 tahun namun masih hensem dan ada gaya, mutu dan keunggulan. ( macam ayat iklan rokok pulak dah )

Saya sudah berumahtangga dan dikurniakan 3 cahaya mata.Istilah cahaya mata seakan-akan tidak relevan sebab  mata mereka tidak bercahaya sebagaimana mata kucing yang sinari cahaya waktu malam.hahahaha..Gurau !

Rentetan cerita duka ini cukup lama.Berlaku sekitar tahun 2010 lagi.Pada masa itu saya meletak jawatan dari bekerja makan gaji.Alasannya untuk menceburi bidang perniagaan secara sepenuh masa.

Terjun ke dunia niaga tanpa ilmu dan pengalaman yang cukup memang perit bagaikan menjerut leher sendiri ke tali gantung.Maaf perumpamaan ini agak kasar.

Mana tidaknya.Tersilap langkah buruk sungguh akibatnya.Kesannya masih terasa hingga ke hari ini.Wang puluhan ribu habis licin.Kereta kesayangan berpindah tangan dan paling menyayat perasaan hilangnya kebahagiaan rumahtangga.

Kesilapan adalah guru paling ampuh untuk mengajar erti kejayaan.Tak silap tak belajar jawapnya.Namun jangan beranggapan mesti buat silap dulu baru boleh berjaya.Tak betul juga kerana kesilapan adalah tindakan yang bukan disengnajakan.

WAJIB BACA :   Belajar bersangka baik atau husnuzon

Dengan kesilapan itu saya belajar sesuatu.Saya sedar untuk berjaya dalam dunia perniagaan tidak semudah teori yang dilakarkan atas helaian kertas putih.

Bermula dari kegagalan dalam perniagaan, hubungan saya dan perempuan itu mula goyang.Semakin lama semakin bergoyang.Bukan goyang Inul tau !

Tiada lagi gurau senda.Apatah lagi ketawa ceria.Yang ada ketakutan,kegelisahan dan kegusaran.

Hilang cinta mungkin kerana saya sudah kehilangan pendapatan tetap yang lumayan.Taraf hidup merosot dan menjunam.Bak kata orang kehidupan semakin ke laut biarpun saya duduk di kawasan perumahan yang jauh dari laut.

Jujur siapa yang sanggup untuk pilih hidup susah dalam dunia ini ?

Adapun pendapatan seperti kais pagi makan pagi dan kais petang makan malam.Tak ubah seperti ayam.Cuma ayam bernasib baik kerana cukup masa akan menjadi santapan manusia. hehehehe

Akhirnya saya dan perempuan itu tidak bersefahaman.Hati lain-lain.Tidak bersatu dan tidak bersama dalam melayari bahtera rumahtangga.

Saya kecewa dan hiba mengenang nasib badan.Hati seorang perempuan tidak mampu saya takluki.

WAJIB BACA :   PKP dan Covid-19: Ketakutan perlu berasas…

Ketika mengheret semula kisah silam, saya yang bersalah.Saya akui kesalahan dan menyesal tak sudah.Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mengubah nasib menjadi orang yang kaya.Kini mampu beli kaya dan roti walaupun setahun sekali.

Saya silap kerana menjadi lelaki yang belum berjaya,kaya dan ternama.Dahlah tiada banglo mewah, kereta sorong pun tiada.

Pendek kata tiada sesuatupun yang boleh perempuan itu banggakan tentang saya.

Saya pasrah setelah melewati 9 tahun yang penuh duka lara.Berserah diri kepada Allah.Berzikir dan berselawat untuk mengisi kesunyian hati yang tidak bertepi.

Penutup

Cerita lelaki yang admin kongsi ini cuma kisah masyarakat yang belum layak diangkat martabat sebagai Hero Yang Tidak Didendangkan.

Harapan admin agar pembaca semua doakan lelaki tersebut akan menemui cinta yang baharu.Admin juga nasihati lelaki itu supaya jangan terlalu memaksa diri agar  yang disukai manusia.Soal hati dan perasaan tidak boleh dipaksa menjadi suka.

Cuma yang terbaik usahakan agar diri kita disukai Allah SWT ketika hidup dan ketika mati.In shaa Allah.

40 thoughts on “Hati Seorang Perempuan Sukar Untuk Ditakluki”

  1. fuh,nak komen lebih-lebih tak berani sebab belum kahwin lagi,tapi yang part berniaga tu memang kagum, jatuh bangun,sedih dalam bisnes…memang hebat insan yang diceritakan ni,sebab saya pun berjaja kecil-kecilan…sekarang pun tengah sakit sikit, road tax kereta sangkut, tayar kereta pancit pun tak ada duit nak ganti, dah hampir 3 bulan korek duit simpanan..huhu

    Reply
  2. ni kisah benar ke kisah main2…
    sbb mcm nk serius tp mcm lawak2 pun ada…

    tak semua kot wanita pentingkan harta je, tak semua wanita cuma syg bila ada harta, ramai je wanita yg sanggup susah senang bersama suaminya…

    Reply
    • hahahahaha..

      ini kisah benar dan diolah agar tidak terlalu serius…

      tidak dinafikan memang ada wanita yang sanggup susah dan senang bersama suami mereka..

      suami yang memiliki isteri sedemikan amat beruntung

      Reply
    • terima kasih..

      memang tidak dinfikan kehidupan ini pasti didasari dengan duit.

      ada duit lebih mudah.

      tiada duit lebih sukar

      namun duit bukan segala-galanya

      Reply
  3. mungkin ada perkara yg dia terlepas pandang… dari segi luaran mungkin kelihatan ‘perfect’ tp dari segi lain, itulah yg ‘menghalang’ dia utk menakluki hati seorg wanita…

    contohnya… dia mungkin pernah menyakiti hati ibunya tanpa sedar dan rs skt hati si ibu masih berbekas atau dibawa ke mati. dan itulah yg menjadi penghalang terhadap apa yg dia harapkan…. ni contoh je ya 😉

    Reply
    • itulah persoalan yang perlu dirungkai dengan perbincangan dari hati ke hati..

      jika hati sebelah pihak tidak mahu berterus terang maka masalah akan terus menjadi misteri

      Reply
  4. Asalam..betul tu, dekati lah wanita yang beragama ya. Usah terpedaya paras rupa. Lelaki yang baik pasti pasangannya wanita yang baik. Ha ..peranan lelaki lah cari isi hati wanita pilihan tu..kena pegang jg title lelaki sejati ( gentlemen )

    Reply
    • betul..

      jodoh,ajal dan maut semuanya dalam perancangan Allah SWT.

      bagaimana[un kita wajib juga berusaha untuk mendapat yang terbaik

      Reply
    • Aamiin dan terima kasih kerana memberi sokongam moral kepada belaiu..

      moga-moga belaiu mendapat penyelesaian terbaik kepada kemelut rumahtangga yang dihadapi

      Reply
  5. Betul ke duit lebih penting dari kekacakan + kematangan + lurus bendul lebih menjamin kebahagian rumah tangga…hurmmm

    Moga2 ikatan perkahwinan sedia ada ini kekal selamanyaa…ameen

    Buat bro semoga urusan dipermudahkan dan anak2 terus terpelihara secara bersama…ameen

    Reply
    • isu ini sangat subjektif bro..

      majoriti memang memletakkan duit lebih penting…

      minoriti sahaja yang sangggup bersusah payah dalam dunia ini…

      Reply

Leave a comment

CommentLuv badge