Cerita Sebalik Kejayaan Dalam Cabaran Komen 2018 Anjuran Denaihati

Terlebih dahulu admin nak ucapkan selamat tahun baharu 2019 buat pembaca yang budiman.Itupun kalau ada.Jika tiada admin syok sendirilah jawapnya.

Sepanjang bulan Disember 2018 yang lalu ada berlangsungnya Cabaran Komen Paling Banyak 2018.

Cabaran tersebut anjuran blog Denaihati.

Admin sempat menyertainya dan bersyukur kerana berjaya menempatkan diri dalam kalangan Top Five.

Foto: Denaihati.com

Alhamdulillah admin dapat hadiah wang tunai RM125.Jumlah ini besar nilainya kepada mereka yang memerlukan.

Sewaktu cabaran ini berlangsung admin mengalami beberapa halangan.

Antaranya masa admin yang terhad dan sibuk dengan kerjaya hakiki.

Sungguhpun demikian admin gagahkan diri untuk terus menulis komen tanpa melihat cabaran yang dihadapi sebagai penghambat kejayaan.

WAJIB BACA :   Sedekah pintu rezeki yang tidak disangka [ Edisi kemas kini 2023]

Pada mulanya admin ingin menyaingi tiga blogger yang teratas.

Syok juga kalau dapat tempat pertama.Boleh menjadi kenangan terindah tahun 2918.

Rupa-rupanya tidak.

Mereka begitu bersungguh-sungguh bersaing sesama sendiri sehingga admin tidak mampu memintas mereka.

Tidak dinafikan admin sudah diserang sindrom jemu untuk menulis komen.

Bayangkan menulis komen sehingga berpuluh-puluh sehari.Ada masanya admin menulis komen sehingga mencecah seratus.

Namun admin lawan perasaan negatif tersebut.Lawan tetap lawan dan akhirnya menang juga untuk berada di tempat ke empat.

Bersyukur juga.

Apapun admin faham bahawa tidak mudah untuk berjaya dan harga kejayaan cukup manis untuk dirasai dalam awal tahun 2019.

Penutup:

Akhir kata tahniah buat rakan blogger yang berjaya.

WAJIB BACA :   Kelebihan Blog Guna Nama Pena

1.JMR23.com

2.Nikkhazami.com

3.mommavogue.com

4.coretannuar.com

29 thoughts on “Cerita Sebalik Kejayaan Dalam Cabaran Komen 2018 Anjuran Denaihati”

  1. wah yang menang pertama tu beribu komennya. banyak gak entri denaihati sampai boleh komen beribu. apapun tahniah mr hanafi. setiap usaha pasti ada hasilnya.

    Reply
    • saya sendiri tak dapat bayangkan bagaimana rasa letihnya memberi komen sehingga lebih 2 ribu dalam sebulan.

      kalau menulis artikel pernah juga sehingga 3K patah perkataan

      Reply

Leave a comment

CommentLuv badge