Mrhanafi sekarang tengah mentelaah satu buku hebat.Buku yang bertajuk Quranic Law Of Attraction hasil penulisan Rusdin S.Rauf.Satu buku yang membolehkan kita mengenali Hukum Tarikan bersandarkan Al-Quran.Memang terbaik dalam kelasnya tersendiri.
Mrhanafi membeli buku tersebut pada tahun 2012.Seingat mrhanafi buku ini sudah dibaca berulang kali.Namun istimewanya kali ini dibaca penuh penghayatan.Sebab mrhanafi tengah menjalani Segmen Sukses Ketiga dengan membawa tema Implimentasi Hukum Tarikan.
Harga buku Quranic Law Of Attraction adalah RM15.90 dan harga ini tidak setanding dengan ilmu yang bakal pembaca ketahui.Kesannya pula akan lebih baik jika dipraktik dan diamalkan secara istiqamah.Apa jua ilmu walaupun sedikit boleh memberi kesan maksima jika dihayati dengan sangat serius.
Intipati terbaik dalam buku ini ialah tenaga doa,syukur dan sabar.Mrhanafi akan kongsikan secara santai bagaimana tenaga doa,tenaga syukur dan tenaga sabar bergabung dalam memberi kekuatan kepada Hukum Tarikan.
1.Tenaga doa
Doa adalah senjata orang mukmin.Senjata untuk kebaikan dan manfaat kepada diri sendiri dan juga orang lain.Dengan keyakinan dan pengharapan sungguh-sungguh in shaa Allah doa kita pasti Allah makbulkan baik urusan dunia maupun akhirat.Tidak kira cepat,lambat maupun ditangguhkan di akhirat kelak,Malah ada doa yang menjadi penghalang kepada musibah yang bakal menimpa kita.Hebatkan manfaat dan kekuatan doa.
2.Tenaga syukur
Dengan mensyukuri nikmat yang telah Allah SWT kurniakan maka nikmat terus bertambah dan bertambah banyak.Hati semakin tenang,fikiran semakin postif dan jiwa semakin jernih.Orang yang bersyukur tidak mengeluh.Sebaliknya hati mereka redha dan pasrah Situasi ini pastinya mengundang rezeki yang luarbiasa dan tak terjangka.Dengan anugerah tersebut mrhanafi yakin bahawa tenaga syukur terus mengalir dalam badan mereka untuk sentiasa mendekati Allah SWT.
3.Tenaga sabar
Sabar banyak hikmahnya.Sabar yang terunggul adalah sifat yang boleh mengawal diri ketika sedang kemarahan.Selain itu tenaga sabar diperlukan untuk kekuatan jiwa dan ketahanan mental.Bukan itu sahaja,sabar juga membolehkan kita tetap tenang menghadapi ujian yang berat maupun gentir.Akhirnya buah kesabaran membentuk pesona karismatik yang sukar dimiliki oleh kebanyakan orang.
Begitulah sedikit sebanyak intipati yang terbaik dalam buku Quranic Law of Attraction.Memang terang lagi bersuluh bahawa Hukum Tarikan memang bersumberkan Al-Quran.Pendekatan dan dimensi lain perlu dikaji dan diteliti dengan mendalam.
Mrhanafi semakin berminat dengan Hukum Tarikan.Biarpun penulis buku dari Barat mendakwa mereka yang menemui ilmu ini namun mrhanafi tetap yakin sumber dari Al-Quran memang tiada tolok bandingnya berkaitan ilmu Hukum Tarikan.
Oh ya mrhanafi nak ceritakan perkembangan yang berlaku pada 28.06.2016.Ternyata sepanjang hari tersebut berjalan lancar.Kadang-kadang sahaja lintasan hati mengatakan pada tahun tersebut adalah tahun terakhir mrhanafi makan gaji.Moga menjadi kenyataan.In shaa Allah
Mrhanafi pasrah dengan keputusan dan nekad dengan pendirian.Keputusan terakhir kita tunggu dan lihat.Yang pasti mrhanafi telah menghantar isyarat tenaga positif kepada semua impian keperluan dunia maupun akhirat.Aamiin.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Ilmu yg bermanfaat buat kita semua. T kasih atas perkongsian ini tuan Hanafi.
Khir Khalid recently posted…Wakaf Pembangunan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat
sama-sama tuan..moga ia bermanfaat
jie belum baca buka2 memberikan tarikan ni..
hbt..
ya..itu cara paling meninimum..boleh diusahakan lebih jauh lagi
Doa, syukur dan sabar.. jika diamalkan.. hidup kita akan lebih bahagia..
betul tu tuan..tidak dapat dinafikan
Saya berminat dengan buku ni, bolehkah tuan jual kepada saya
cik puan boleh cari di kedai buku online atau Shoppe