Percaya tak cerita gempar ini berlaku di hotel murah Sibu. Ia memang kisah benar walaupun tidaklah segempar mana hehehe.
Saya sampai di bandar Sibu sekitar jam 3.30 pagi pada 20 Okober 2021 yang lepas.
Bertolak dari Kuching jam 9.00 malam menggunakan Bus Asia pada 19 Oktober 2021.
Perjalanan mengambil masa 6 jam 30 minit.
Sepanjang perjalanan saya kesejukan walaupun menggunakan jaket Exhaust.
Rasa pening dan mual.
Nasib baik tidak termuntah.
Untuk meredakan keadaan saya telan beberapa biji kapsul halia hitam VR4.
Seingat saya ada dalam lima kapsul.
Saya terus tertidur ayam. Sekejap lena dan sekejap terjaga.
Buat makluman anda semua halia hitam VR4 ini sebagai Petua menurunkan tekanan darah tinggi secara semula jadi
Berbalik saya kepada cerita tadi.
Hotel murah Sibu
Sampai sahaja di Sibu, saya terus tercari-cari tempat untuk berehat dan menyambung tidur.
Saya terjumpa beberapa hotel murah Sibu.
Ada yang sangat menakutkan.
Seram dan kurang meyakinkan.
Alhamdulillah hotel ketiga yang saya jumpa ialah Hotel Ria.
Hotel ini memang murah dengan bayaran RM55.00 semalam.
Terdapat dua katil single. Ada aircond dan tv.
Itupun sudah mencukupi kerana saya terdesak memerlukan tempat tinggal pada masa tersebut.
Selesai proses pendaftaran dan pembayaran…apa lagi.
Tidur lah jawapnya.
Beberapa kali saya terbangun semasa tidur.
Inilah cerita gempar saya ketika bermalam di hotel murah Sibu.
Jeng..jeng..jeng
Saya terjaga semula pada jam 4.30 pagi.
Bunyi penggera dari telefon betul-betul mengejutkan saya dari tidur yang lena.
Namun rasa mengantuk menyebabkan saya tidur kembali.
Tidak lama selepas itu, saya terjaga lagi kerana bunyi tv yang saya buka sebelum tidur mengeluar suara pembaca berita.
Saya abaikan sahaja. Telinga saya sudah kalis bunyi.
Akhirnya saya betul-betul bangun setelah mendapat panggilan dari seseorang untuk mengerjakan solat Subuh.
Baik betul dia.
Siapakah dia, tetap menjadi rahsia dalam coretan kali ini.
Alhamdulillah, setelah selesai solat Subuh, saya memulakan kerja-kerja yang tertunda sebelum saya berangkat ke Sibu.
Akhirnya pada jam 10.30 pagi saya daftar keluar dari hotel murah Sibu dengan senyuman dan kegirangan.
Puas kerana rehat mencukupi dan rasa selamat dari terus mengalami kegemparan yang tidak terjangka.
Semoga cerita gempar ini tidak menakutkan anda untuk bermalam di hotel.
p/s: Sekiranya cerita ini menarik dan ada manfaat jom share atau sertai grup Whatsapp : Jurnal Usahawan Digital
Oh tiada seram sangat.
hahhaha…boleh dikatakan tidak seram.
sebab cerita ini sebagai catatan saya waktu check in di hotel sahaja
Ini bukan cerita gempar… Ini cerita berdiri bulu roma!
hahaha
saja jer tuan..
sebagai koleksi konten saya nie
Bertuah tu dibangunkan solat subuh. Syukur alhamdulillah..elok bersangka baik kan Tuan..Terima kasih ya dapat jejaki Etuza blog..komen tuan di hargai..Agaknya suatu masa blogger ini dapat berjumpa kan
sama-sama tuan.
in shaa Allah kita akan jumpa nanti jika ada rezeki
alhamdulillah kembali segar selepas dah rehat
inilah kelebihan kalau bercuti