Kisah Sebatang Pen Yang Mengharukan

Kisah Sebatang Pen Yang Mengharukan…Nama saya Pen dan kehidupan sebenar saya memang sebagai pen.Fungsi saya sebagai pen untuk menjadi alat tulis.Mungkin pada seorang pemimpin yang hebat pen digunakan untuk menandatangi surat-surat penting.Wah hebat juga peranan pen kepada  pemimpin.Pen juga boleh digunakan untuk mencoret kata cinta si teruna kepada si dara.Ehem.itu zaman dulu la.Sekarang tidak lagi.Guna telefon kira dah ok.

sebatang pen

Ini cerita tentang saya sebagai pen.Kisah khayalan dan imaginasi.Namun kenyataannya saya sebatang pen yang dimiliki oleh tuan punya pen iaitu mrhanafi.Beliau seorang blogger dan berimpian untuk menjadi bakal motivator yang boleh menjadi inspirasi ramai insan yang nak sangat berjaya,kaya dan bahagia.Aamiin.

WAJIB BACA :   3 cabaran ‘budak baru’ nak jadi abang sado

Saya telah dibeli oleh mrhanafi dekat sebuah kedai,Murah sahaja harganya.Lebih kurang RM2.20 sebatang.Pen biasa.Bukan sebaik pen yang pernah dimiliki oleh mrhanafi sebagai hadiah zaman sekolah dulu.Beliau pernah menjadi pelajar terbaik kelas dan terbaik sekolah.Memang wajar mrhanafi dihadiahkan pen jenama Sheafer yang berharga RM100.

Saya digunakan untuk mencatit beberapa idea yang hebat lagi bernas.Hasilnya nanti tuan punya pen boleh menulis blog.Hasil penulisannya boleh dibaca melalui blog ini.Saya tidak perlu gusar tentang nawaitu beliau.Sebab saya tahu beliau suka berkongsi ilmu,petua,info dan tip yang berguna untuk semua.

Dengar cerita tuan punya pen sekarang ini sangat sibuk.Siap dengan  buku catatan yang tak lekang dari tangan.Maklum sahaja tuan punya pen ini ada matlamat dan impian hebat.Katanya nak kahwin baru.Biar betul.Kalau orang rumah tahu memang gelak sakan.

WAJIB BACA :   Nak lelaki hensem atau lelaki kurang Hensem

Sebab tuan punya pen seorang yang suka bergurau dan tak ambil serius sangat bab macam tu.Lagipun isteri tuan punya pen juga orang yang suka bergurau.Betulkan gurau dibalas dengan gurau.Jadi tiada sebab untuk ambik hati.Pernah dia bergurau, kalau nak kahwin lagi tu kumpul la duit,Tuan punya pen hanya mampu menjawab nak jadi kaya raya dahulu,Barulah nikmat bahagia berganda.Insha Allah.

Namun tak mustahil juga pen yang ada padanya boleh digunakan untuk menandangani surat pernikahan yang sah.Kalaulah pen itu manusia maka ada pahala untuknya.

Walau apapun  berlaku pasti ada hikmahnya.Kalau hendak sejuta cara dan jangan lupa ada cara yang boleh dijadikan al sebab untuk kaya dan bahagia seperti yang ada pada pautan>>>>>TITIAN KEKAYAAN

WAJIB BACA :   Sandal hilang di pagi Raya Aidiladha 2020

{sekilas pandang}

KIsah pen boleh mengharukan jika diolah dengan kesedihan,Gaya bercerita menggunakan objek pen sebagai pencerita adalah kreatif biasa.Selalu digunakan dalam penulisan genre sastera seperti cerpen.

Terima kasih kerana sudi membaca.

24 thoughts on “Kisah Sebatang Pen Yang Mengharukan”

  1. Ibarat kita belajar di masa sekolah,kehadiran pen sangatlah penting…tiada pen tiada kertas nak di tulis…betulkan mr hanafi…? hargailah pen yang anda ada sekarang ini…hihihi

    Reply
  2. teringat zaman persekolahan dulu.. buat karangan macam ni.. macam macam khayalan.. sampai terpesong dibuatnya.. haha

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge