Jadual kerja untuk pengurusan masa

Tajuk agak skema.Alahai tak pe lah.Janji penulisan kali ini memberi sedikit info dan manfaat untuk para blogger dan para pembaca yang ingin mengurus masa dengan bijak.

Sebaik-baik kita jangan membuang masa atau mempersia-siakan masa tanpa urusan yang berfaedah.

Ini adalah nasihat untuk diri saya sendiri. Pengurusan masa bagi mrhanafi agak kelam kabut sekarang ini.

Masa yang ada banyak dipersia-siakan dengan melepak dalam media sosial baharu.

Dulu masa sekolah selalu cikgu berpesan jangan melepak dengan kawan-kawan.

Perbuatan tersebut memang membuang masa dan lebih banyak perkara negatif dari positif.

Nampaknya pesanan itu masing terngiang-ngiang dan ini sedikit sebanyak berbekas juga dalam hati.

WAJIB BACA :   Kenangan bayar zakat fitrah yang sukar dilupakan

Baiklah saya nak tunjuk bagaimana rupa jadual kerja untuk pengurusan masa.

Buat permulaan nampak ringkas dan akan diperhalusi dari semasa ke semasa.

Ternyata dengan cara ini sayas dapat membentuk diri supaya lebih menghargai masa.

Harap jangan di zoom la pulak.

Pecah rahsia tentang aktiviti yang saya lakukan setiap hari.

Setelah dikaji semula,rupa-rupanya masa untuk saya berblogging cuma 2 jam sehari.

Dulu-dulu boleh mencecah sehingga 6 jam sehari.

Kini saya sedar dengan pengucupan masa begini mengurangkan pendapatan dari blog.

Bila dah ada jadual kerja baru nampak kat mana banyak masa diperuntukkan.

Oleh itu sayaharap kepada mana-mana yang nak merasai penjimatan masa boleh juga buat jadual kerja pengurusan masa.

WAJIB BACA :   Inilah kelebihan bangun awal pagi yang ramai tak tahu

Belilah mana-mana buku catatan yang murah harganya sebagai permulaan.

Buat secara konsisten dalam masa 21 hari atau 3 minggu.

Dengan cara ini boleh membentuk tabiat yang hebat.

Ramai pakar dan jurulatih kejayaan percaya dalam tempoh 21 hari adalah cara terbaik memupuk tabiat.

Sebab bila dah terbentuk tabiat maka mudah untuk mengekalkan sepanjang hidup anda.

Percayalah.

Saya betul-betul ambil masa untuk menulis entri ini.

Terlalu berat untuk dihabiskan.Entah apa sebab.

Mungkin juga saya mengalami demam selsema semasa menulis ini menyebabkan daya kreativiti seakan –akan merosot.

Dalam artikel sebelum ini ada saya sentuh tentang pengurusan masa yang bertajuk ‘Punca Pengurusan Masa Yang Efektif

WAJIB BACA :   Cerita Ada Makna

Terima kasih kerana sudi membaca.

Comments 17

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge