Saya tercari cari idea cara cari jodoh selepas kejadian ini.Seperti biasa saya keluar pejabat pada waktu tengahari.Tanpa disangka saya terserempak dan terkejut kerana terpandang seorang awek yang begitu cantik di depan pejabat seberang jalan.Punyalah putih dan bertubuh langsing.Ala-ala model la tu.
Jujur semua lelaki menginginkan wanita seperti itu untuk dijadikan suri hidup mereka.Cuma yang tak ingin mungkin wanita sebegitu hahahaha
Cerita tentang wanita cantik saya tinggalkan.Saya tidak berniat untuk pergi jauh.Cukuplah saya berdoa kepada Allah SWT agar mendapat jodoh sebagaimana wanita cantik tersebut.
Aamiin.
Artikel ini sebenarnya panjang.Jadi saya telah membuat keputusan untuk memecahkannya kepada tujuh bahagian.Dalam bahagian pertama ini saya berkongsikan tiga cara dapat jodoh.Cara ini mudah dan praktikal.
Cara dapat jodoh
1.Berdoa tanpa henti
Sebagaimana mukadimahnya tadi, saya telah berdoa untuk mendapat jodoh yang diingini.Berdoa dan terus berdoa tanpa berputus asa.
Pilih waktu mustajab untuk berdoa.Ingat doa adalah senjata orang beriman.Gunakan sebaik mungkin.
Doa boleh jadi cepat dimakhbulkan dan boleh jadi lambat.Mungkin juga di dunia.Mungkin juga ditangguh di akhirat nanti.Pokok pangkalnya terus sahaja berdoa supaya isyarat hambaNYA sentiasa bersambung dengan Sang Maha Pencipta.
Berdoa untuk mendapat jodoh percuma sahaja.Tanpa bayaran apa-apa.Hebatkan amalan berdoa kepada Allah.Ada doa ada jodoh.In sha Allah.
2.Luaskan pergaulan masyarakat
Bukan bermaksud pergaulan bebas.Jika sebelum ini jenis kurang bersosial maka tibalah masa untuk bersosial secara sihat dalam masyarakat.Utamakan adab dan batasan agama.
Pergi kenduri ke, majlis tahlil ke, rumah terbuka ke atau aktiviti NGO.Terpulang pada minat masing-masing.
Kalau saya blogwalking jelah hahaha
Dari hari ke sehari kita akan bertemu ramai orang.Dalam ramai-ramai begitu, mungkin ada di antara mereka jodoh untuk kita.
Tentulah perkataan JODOH tidak kelihatan di dahi.Sebab itu usaha dan ikthiar untuk taaruf diharuskan.Bahasa mudah berkenalan sahaja.
Jika sangkut jodoh.Jika bukan jodoh sekadar kawan tak salah sangat tindakan sedemkian.
3.Guna media sosial
Di Facebook ada group khas mencari jodoh.Komunitinya memang bermatlamat untuk mencari bakal isteri atau bakal suami.
Ramai orang bujang, duda dan janda berkumpul untuk saling memancing bakal jodoh.Dapat atau tidak.Berkenan atau tidak.Suka atau tidak.Semuanya adalah usaha dan ikhtiar.
Malah aplikasi Whatsapp pun ada group tersendiri untuk memikat jodoh.Berminat boleh PM tepi.Cuma jangan disalahgunakan kerana Allah Maha Mengetahu perbuatan dan niat kita.
Penutup
Demikian cara dapat jodoh dalam bahagian pertama perkongsian ini.Ada banyak lagi teori dan tips yang bagus untuk dicuba.
Untuk tidak ketinggalan dan sentiasa mengikuti perkembangan selanjutnya langganlah menggunakan email.
Selain itu boleh juga Like Page Mrhanafi Media atau Page peribadi saya.Setkan kepada setting See First.Lagi mudah.Percayalah.
Jumpa lagi dalam bahagian kedua nanti.
In sha Allah.
[ Edisi kemaskini 24/11/2019 ]
setuju tuh, teringat zaman muda remaja dulu masa bercinta cintun, indah masa bercinta tp hakikatnya perkahwinan lah segala cerita yg sebenarnya…
bersyukur dengan apa yang ada.hahaha..
yang pasti kita tidak hidup lagi di zaman silam
saya berjumpa dgn isteri saya di portal cari jodoh..
terbaik la tuan..
Baituljannah kan ada..
di sana ada matching profile system
mudah juga
Saya setuju untuk meluaskan pergaulan masyarakat agar lebih mudah untuk mendapatkan jodoh
ya..memang cara itu efektif
Cari jodoh emang gampang2 susah 🙂
tp banyak juga jodoh itu datang dengan sendirinya tanpa dicari
betul mas..
cuma tidak semua yang dapat kelebihan ini..
mereka yang ada hubungan ‘rapat’ dengan Allah ..sudah tentu semuanya mudah
berkahwin itu byk pahala nya..semoga bertemu jodoh yg berkenan di hati..
aamiin…
sebab itu orang suka kahwin ternasuk saya hahahaha..
niatkan kerana Allah…dapat pahala tu