Lelaki hensem di dunia sering jadi topik perbualan santai golongan hawa baik yang masih muda mahupun yang sudah berpunya. Itu perkara biasa kerana fitrah manusia suka kepada kacak, cantik dan menarik.
Table of Contents
Lelaki hensem di dunia
Istilah “hensem” merujuk kepada lelaki yang mempunyai penampilan menarik, kacak, dan sering kali dianggap sebagai ikon gaya.
Namun, kecantikan adalah subjektif dan berbeza bagi setiap individu.
Dalam konteks ini, kita akan melihat beberapa ciri umum yang sering dikaitkan dengan lelaki hensem.
Ciri-Ciri Lelaki Hensem
- Penampilan Fizikal:
- Raut wajah yang simetri
- Badan yang sihat dan berotot
- Gaya rambut yang kemas
- Keyakinan Diri:
- Lelaki yang hensem sering kali mempunyai keyakinan yang tinggi. Mereka tahu cara membawa diri dan berinteraksi dengan orang lain.
- Gaya dan Penampilan:
- Memiliki gaya berpakaian yang sesuai dan menarik. Mereka biasanya mengikuti tren fesyen tanpa mengabaikan keselesaan.
- Perwatakan:
- Sikap yang baik, penuh rasa hormat dan empati terhadap orang lain. Kecantikan dalaman sering kali melengkapi penampilan fizikal.
Contoh Lelaki Hensem di Dunia
- Henry Cavill:
- Dikenali sebagai Superman, Henry Cavill mempunyai wajah yang tampan dan badan yang berotot. Dia juga terkenal dengan sikapnya yang rendah hati.

•
- Idris Elba:
- Pelakon dan pengarah dari Britain ini sering dipuji kerana karisma dan gaya menariknya. Dia juga terlibat dalam pelbagai kempen kesedaran sosial.

- Chris Hemsworth:
- Dikenali sebagai Thor dalam Marvel Cinematic Universe, Chris mempunyai penampilan yang mengagumkan dan sering dikaitkan dengan gaya hidup sihat.

- David Beckham:
- Bekas pemain bola sepak ini bukan sahaja hensem tetapi juga merupakan ikon fesyen. Gaya dan keperibadiannya menjadikannya salah satu lelaki paling menarik di dunia.

Lelaki hensem menjadi satu kelebihan empunya badan. Ramai orang yang suka.
Orang kata sedap mata memandang. Lebih mengujakan kalau ada lelaki hensem mempunyai pakej yang sempurna.
Ada kerjaya yang mantap. Kewangan yang stabil.
Pegangan agama yang kukuh.Akhlak pula sentiasa terjaga.
Lelaki hensem begini menjadi dambaan kepada wanita. Biarpun bukan semua tetapi pasti ada yang mengingininya.
Bukan sesuatu yang pelik bagi wanita mahukan lelaki hensem sedemikian rupa.
Namun begitu ia bukan perkara mutlak.Hensem adalah subjektif. Hensem adalah bonus. Yang menjadi wajib adalah agama dan akhlak.
Agama yang dipelihara dan akhlak yang dijaga akan menjadi seorang yang kurang hensem bertukar jadi lelaki hensem.
Jika rasa diri hensem tetapi tidak menjaga agama dan akhlak bukanlah pakej lelaki hensem.
Kesimpulan
Definisi lelaki hensem boleh berbeza-beza bagi setiap orang. Namun, penampilan menarik, keyakinan diri, dan sikap positif adalah beberapa elemen yang sering kali dikaitkan dengan mereka.
Lelaki hensem bukan sahaja menarik secara fizikal, tetapi juga memiliki nilai-nilai yang membuat mereka lebih menonjol dalam masyarakat.
- kemas kini 24/1/25
Asalam..kuat pegangan agama, sederhana berakhlak baik ..itu lelaki idaman wanita. Bukan hanya rupa..
wsalam.
rupa adalah bonus..
ramai juga yang begitu..hensem dan full package
HENSEM JIWA RAGA MMG TERBAIK
paridahishak recently posted…PATIN TEMERLOH
kan…itu yang terbaik
lagi hensem lelaki tu kalau agamanya hensem
hahaha..
betul sangat
Pun hansem dan duit, wanita suka, haha..
hahahaha…ya betul tu
Untunglah lelaki hensem bolehlah jadi model iklan kat tv.. bnyk peminat, eh 😀
sumber cari makan juga buat mereka tuan..
masing-masing ada cara tersendiri untuk mencari rezeki
beruntung mereka yg ada pakej lengkap..semua itu takdir Ilahi..bersyukur dgn apa yg ada..
hensem atau tidak adalah anugerah Allah..
yang penting ada takwa sebab itu kehenseman yang kekal di akhirat nanti..
hensem ni subjektif, asalkan kita pandang dah buat sejuk hati pun syukur.
biasanya la kan, lelaki hensem pasangannya biasa2 je.kecuali retiss.hihihi…
masing masing ada kelebihan tersendiri..
lain orang lain pula pandangannya